Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berputar putar tanpa henti..

INGAT WAKTU KEWAJIPANMU..

Tuesday, August 30, 2011

29th august (9.45pm)-30th august (3.25am) (jawapan yang sudah pasti)

Assalammualaikum
Bimillahirrahmanirrahim

akhirnya jawapan telah pun diketahui...
segalanya telah berakhir..
tapi tak tahu adakah ia juga akan turut berakhir hingga tiada masa depan..
ataukah ada harapan untuk ku kembali kepada matahari yang pernah menyinari hidupku di masa hadapan:??

setelah matahari yang bersinar itu bergerak pergi dengan sayu...
walaupun berat rasa dan tak ingin melepaskan ia pergi..
namun .....
segalanya telah terjadi..
mendung pun bergerak dan menyapa hari..
hanya titis2x hujan sahaja yang mampu untuk mendamaikan hati..
di atas sehelai tikar sejadah ku melepaskan segalanya...
apa yang terbuku 
ku luahkan segalanya...


bukan tidak mahu berbicara
tetapi lebih baik memendam rasa
takut ada hati yang terasa..
hanya nukilan di sini sahaja 
yang mampu ku luahkan


dan kini aku sendiri
sendiri dalam menjalani hidup ini kembali
sendiri dalam mengejar cita2x yg pernah dibina bersama
sendiri dalam mencari kembali kemana hilangnya kekuatan dan kesabaranku..
dan hanya doa yang mampu kumohon kepada YANG MAHA ESA
semoga aku dan matahari diberikan kebahagiaan yang hakiki di dunia dan akhirat untuk selama-lamanya...


amin ya rabbal alamin...





Tak kupinta malapetaka
Yang jatuh menimpa dan menguji cinta kita
Namun daku tak sanggup lihat mu
Mengorban hidupmu semata-mata untukku

Wahai sayang
Kau sepatutnya dicinta jejaka yang lebih sempurna

Pergilah sayang
Dirimu kan tetap daku kenang
Setiap malam berlinang airmataku
Jadi perangsang merindu mu sayang

Jangan pula dikau salah sangka
Kumungkiri janji ku tak mencintai lagi
Tapi kini izin kuundur diri
Kerana ku tak mampu untuk membahagiakanmu

Memang sayang untukku melepaskanmu
Biarku tanggung deritaku

Pergilah sayang
Dirimu kan tetap daku kenang
Setiap malam berlinang airmataku
Jadi perangsang merindu mu sayang

Dakaplah daku untuk kali terakhir
Oh kasihku
Berikanku peluang ku menatapi wajahmu
Agar abadi di ingatanku

Sunday, August 28, 2011

penantian yang tak pasti...

bismillahirrahmanirrahim..
assalammualaikum...

genap malam 25 ramadhan...
jangkaan yang sudah pasti..
betul2x terjadi..
namun kenapa harus begini pantas??
belum sempat untuk bersedia...
segalanya berlaku dalam sekelip mata...

semuanya angkara amarah 
naluri buruk sangka...
kenapa manusia dilahirkan dengan pelbagai perasaan??
kenapa manusia tidak diberikan satu perasaan sahaja??
'bersangka baiklah kamu terhadap sesama manusia'

disebabkan akal dan fikiran yang melulu
kebahagiaan yang bakal dicipta dan dibina
dirampas tanpa sebarang
penjelasan
tiada istilah peluang..

salahkah aku dilahirkan di tempat yang berbeza dengan mu?
salahkah aku dilahirkan di dalam budaya yang berbeza mu?
salahkah aku jika aku dilahirkan di dalam suasana keluarga yang berbeza?
salahkah aku??

semua itu adalah kehendak DIA yang berkuasa..
DIA tahu mengapa aku berada dalam budaya yang berbeza denganmu..
DIA tahu mengapa dia menentukan untuk aku dilahirkan di dalam situasi ini..
dan DIA tahu mengapa aku dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana begini...

namun mengapa ada manusia yang sukar untuk menerimanya secara terbuka dan rasional?

mengapa harus hati & perasaan untuk mencari kebahagiaan menjadi mangsa dalam semua ini??

tidak ada belas kasihan ka untuk semua ini...

kalau ikutkan rasa hati
hendak sahaja ku cantum dunia ini
menjadi satu..
hendak sahaja ku inginkan supaya 'pintu suka' hati doraemon sentiasa berada dekat dengan ku..
supaya aku senang untuk ke sana dan kemari
tiada lagi isu ttg kejauhan..

salahkah untuk aku mencari dan mencipta kebahagiaan dari semua ini...??


dan sekarang...
kata putus yang masih tergantung gantung...
setiap waktu hati ku berdetik dan ingin tahu 
apa kesudahan episode ini..
dalam sekelip mata suasana sudah berubah menjadi kelam kembali..
namun aku redha..semua ini pasti ada hikmah yang terbaik..
hikmah untuk mengejar cinta ALLAH kembali...
mungkin bukan cinta sebegini lagi...mungkinkah juga cinta yang berlainan caranya dari sebelum ini..namun hanya satu cinta yang diredhai ALLAH...








Sekali lagi ku lalui jalan sepi
Yang cukup diri ini kenali
Ku sangka dia yang ku cari
Telah ku jumpa
Namun dia yang menghancurkan jiwa

Cukuplah sudah hatiku dipanah duka
Cukuplah sudah segala sengsara
Dan aku tak mahu lagi dibelenggu rindu
Kerana ia akhirnya membunuhku

Seperti yang ku jangka terjadi
Tewas sekali lagi
Menambahkan luka ynag sudah ada
Seperti yang ku jangka terjadi
Cinta datang dan pergi
Mungkin takdir ku hidup menyendiri

Harapan terakhir ku rupanya sama saja
Dengan yang terdahulu darinya
Biarkan aku hidup tanpa belaian cinta
Biar semua tahu ku kecewa

Seperti yang ku jangka terjadi
Tewas sekali lagi
Menambahkan luka ynag sudah ada
Seperti yang ku jangka terjadi
Cinta datang dan pergi
Mungkin takdir ku hidup menyendiri

Mungkinkah takdir hidup ini menyendiri
Bertemankan sepi
Yang pasti setiap malam
Ku imbas kembali
Kenangan indah menyentuh hati
Yang pasti itulah saja mampu ku miliki
Mungkin sepanjang hayat ku bermimpi

Wednesday, August 24, 2011

Dia Kekasih ALLAH





Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada
Allah

Tuesday, August 23, 2011

malam ini 23.8.2011

Bismillahirrahmanirrahim...

23 ramadhan
malam terawih yang ke 24....


inshaALLAH setelah beberapa hari tertangguh..
malam ini akan ku mulakan semula usaha ku dalam mencari redha-MU ya ALLAH...
mengejar nikmat setiap malam 
di akhir2x ramadhan ini...


mencari dan memohon petunjuk dari-MU
dalam menentukan setiap yang terbaik untukku..
memohon setiap keampunan darimu
dalam setiap dosa yang telah ku lakukan di luar kewarasanku...


aku mohon ya ALLAH
aku mohon petunjuk dari mu
aku mohon petunjuk dari mu 
dalam memilih yang terbaik untukku,dunia dan akhiratku...
aku mohon petunjuk dari mu
dalam memilih yang terbaik untuk zuriatku kelak...
aku mohon petunjuk dari mu
dalam memilih yang terbaik untuk hati ku...untuk jiwaku,kasih sayangku dan kecintaanku padamu...bersandarkan dengannya...
aku mohon petunjuk dari mu
semoga kau memberi petunjuk kepadaku...
dalam memilih yang terbaik untukku
yang boleh menjadi pendamping ku hingga akhir hayatku...dan menjadi kredit untukku menjadi  pendamping untuknya iaitu sebagai bidadarinya di 'SANA' nanti...


kuatkan aku..tunjukkanlah aku dan kabulkan untuk ku ya ALLAH...


takkan henti usaha ini sehingga mendapat petunjuk dari mu tuhan...


amin ya rabbal alamin

Monday, August 22, 2011

ARAZZZ tak puasa!!!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum wbt..



situasi ni merupakan situasi yang tak disangka sangka...sedang aku sibuk menyiapkan kerja..tiba2x syariezman datang menyapaku..

'cikgu2x..cikgu tgk bah di dapur'
'kenapa?' kataku..
syariezman senyum ja..

dalam hatiku..mesti ada something ni ...
so aku pun standby dgn hp ku ..mana tahu ada yang menarik untuk dirakam..
perlahan-lahan aku ke sana 
rupa rupanyaaaaaa

Araz tak puasa!!!..
yang lucunya..
dia makan seorang....manakala kawan2x nya pula jadi tukang perhati sambil telan air liur...hehehe
(dalam hatiku nasib baik tak tumpang makan sekali) 

sebenarnya aku yang membenarkan araz makan dan biskut tu pun aku sengaja keluarkan dan sembunyikan di meja untuknya...ibu bapanya dah bagitau awal2x yang araz tak puasa..n benarkan dia untuk makan..tapi secara sembunyi sembunyi...

dan araz pun memang tak nak kawan2x dia tahu yang dia tak puasa...

tapi kawan2x nya ni cepat perasan kalau araz hilang ja dari pandangan mereka...last2x..
mungkin disebabkan terlalu lapar..araz dah tak peduli dah kawan2x dia cakap apa...yang penting perutnya kenyang hehehe


tapi anak2x ku ni bijak jugak...

bila mereka dapat tahu yang araz tak puasa..aku pun cover lah araz..

explain kat anak2x yang lain..
kenapa araz tak puasa...
dan berikan alasan yang masuk akal..
(pening jugak nak memberi alasan ni)


tapi walaupun mereka nampak araz tak puasa..
tapi alhamdulillah anak2x yang lain kuat semangat untuk terus berpuasa..
cuma ada sorang ja lah yang hampir2x nak tergoda..hehehe


cuma dari video tu baru aku sedar..alif dok tgkkk ja tin biskut tu hahahah


<3 hazel purple

19 ramadhan yang lalu

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum...

aku rasa hari ni merupakan hari yang betul2x lucu bagiku...macam2x kerenah yang anak2x muridku lakukan..dan sakit perut jugak lah aku dibuatnya sebab menahan gelak he3x..

apa dia yang lucu??

start minggu ke 2 lagi aku telah memasang lagu raya di kelas..
bukan apa..sambil anak2x menyiapkan latihan mereka,sambil mood mereka lebih stabil bila dgr lagu raya..(dalam hati..habislah aku kena marah ngan cikgu sebelah ..maklumlah psiko nak balik raya cepat ja..hehehe dah lah jiran sebelah ku tu ialah BILIK GURU hahaha) sabar je lah ye cikgu2x..hehehe


sedang aku syok nyanyi2x lagu raya sambil tanda buku..aku sempat rakamkan aksi aqmal haqim yang syok menari sorang2x..hehehe ada bakat terpendam rupanya aqmal ni ye...tarian dia tu lain macam ja rupanya...mcm tarian tolak kereta pun ada jugak aku tgk hahaha


next!!!






ha ni cite tentang hafizuddin kan...
kalau saya marah..senang ja nak tarik attention dia..


"HAfizuddin bin KAdir!!!!!"


terus dia pandang aku..hehehe


hafiz ni hensem..tapi nakalnya alhamdulillah..cukup membuat kan aku untuk tersenyum..tapi nak dukung tu memang tak larat dah..apa lagi kakinya setiap hari akan hitam..bukan apa hitam tu jadinya sebab dia suka jadikan kakinya tu mop lantai..lantai yang bersih...tapi kakinya yang hitam hahaha


hafiz ni dia suka main dengan kerusi..
macam2x function rupanya kerusi ni ye..
semua tu aku tahu dari hafiz lah ni hehehe


hafiz ni..kalau diberikan latihan dan minta untuk dia siapkan sendiri..confirm takkan habis punya...
cuma ada satu cara sahaja yang dia akan buat sampai habis iaitu...jom tgk ni




ya kena buat sistem ganjaran untuk hafiz serta anak2x di kelasku ni..
aku buat 'sistem sticker' dan buat permulaan nya aku menggunakan pengaruh sticker batman untuk memancing minat anak2x ku termasuk c hafiz ni untuk belajar..dan alhamdulillah nampaknya kaedah ku itu berkesan..
rasanya bukan setakat aku sahaja yang mengguna pakai kaedah ini..mesti ramai lagi cikgu prasekolah di luar sana yang menggunakan kaedah yang sama ..betul tak???


semakin banyak sticker dikumpul ..semakin BESARRR chances mereka untuk dapat hadiah buku lukisan...buku lukisan tu pun buku lukisan spiderman..(utk lelaki) dan utk puteri2x ku aku akan hadiahkan buku lukisan fairytale utk siapa yang paling rajin....
(tapi setakat ni belum ada seorang pun lagi yang dah dapat hadiah tu hehehe)


indah nya hidup dikelilingi oleh anak2x kecil seperti mereka...<3 hazel purple...













Sunday, August 21, 2011

ROHID ....

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum wbt


hari ni 21.8.2011 genap sehari rohid meninggalkan dunia ini..
dan aku masih ingat lagi waktu pertama kali bertemu dengannya,sewaktu aku menjadi volunteer di hospital likas penghujung tahun lepas..

di sana aku bertemu dengannya..
dan aku masih ingat lagi..
hari pertama aku menjalankan aktiviti sukarelawan tu secara individu dan memasuki bilik rehat untuk pesakit kanak2x beriadah..aku nervous..sangat2x nervous..bayangkan pertama kali berada di satu suasana yang berbeza bukan di prasekolah tetapi di hospital..tapi disebabkan memang itu kemahuanku..aku cuba buangkan nervous itu...

dan aku ingat lagi...sewaktu aku sedang menunggu pesakit kanak2x dipanggil untuk datang ke bilik yang telah disediakan untukku...tiba2x datang seorang kanak2x yang tingginya hanya paras pinggangku, badannya kurus dan kecil, perutnya sedikit kembung,kulitnya hitam manis berseri, dengan melihat fizikalnya sahaja kita boleh mengagak yang dia adalah pesakit disini..

Hanya dia seorang sahaja yang baru masuk ke bilik ku..
dan aku menjemputnya untuk duduk bersebelahan dengan ku...
'siapa nama?'
'Rohid'
Umur?
15 tahun...

mulanya aku terkejut...mana mungkin kanak2x yg sebesar ini umurnya 15 tahun..sedangkan murid ku tahun 4 pun sudah hampir sama tinggi dengan ku...
tapi aku biarkan sahaja..lambat laut pasti aku akan tahu berapa umur sebenarnya...

aku pun memberikannya buku latihan yang sesuai untuknya
aku ambil buku cerita untuknya
aku minta dia bacakan untukku...
kemudian dia menggeleng menandakan tak nak buku tu..
sedangkan bagiku buku itu menarik...
kemudian ku berikan dia lembaran kerja matematik
pun dia tak nak..
akhir sekali..aku berikan dia kertas lukisan serta warna untuknya..alhamdulillah nampak dia berminat untuk itu...
dan mungkin dia tahu aku ingin bertanya soalan padanya...tetapi belum sempat ku tanya dia sudah menjawab..

'kakak,aku sempat sekolah 3 hari saja kak..jadi aku tidak tahu membaca..'sambil dia tekun mewarna

aku tersentap...
kemudian aku memegang kepalanya dan mengusap kepalanya..

'takpa rohid...rohid warna ni pun cukup cantik..kalah kakak yang tua2x ni rohid..kakak warna langsung tak cantik..'hehehe

ku lihat rohid tergelak ...
tak lama selepas itu, ibu rohid pun masuk untuk melihat rohid..dan aku berkenalan serta bersembang sembang dgn ibunya..dan dari sana baru aku tahu,betullah umur rohid 15 tahun..
sejak dia bayi lagi, dia telah di diagnose dengan thalesemia+diabetic...
kata ibunya..hospital ini bagai rumah kedua bagi dia dan rohid..keluar seminggu dari hospital masuk berbulan bulan semula dalam wad...
kalau diikutkan kata Dr. jangka hayat rohid tidak lama..tapi itu semua hanya jangkaan yang tahu ialah tuhan yang ESA...dia telah tahu dan bila dia ingin mengambil nyawa seseorang itu...dan sebab itulah tuhan memberikan rohid semangat dan kekuatan untuk meneruskan hidupnya sehingga dia dapat menyambut hari lahirnya yang ke 15 :-)

(itu kenangan pertama aku dengannya)

sejak dari itu ..sepanjang 1 bulan setengah aku menjadi sukarelawan di hospital tersebut..menjadi cikgu kepada anak2x yang tinggal di wad sana...aku ingat lagi wad melur 2...
wad yang banyak membuatkan aku lebih tenang dan lebih menginsafi diri dalam menghargai diri sendiri..

Dalam seminggu aku ada 3x session bersama anak2x di sana..
dan orang pertama yang setia menanti ku di sana ialah Rohid..jika aku terlewat sedikit..pasti dia akan menelefon ku
tanya aku di mana..datang ke tak..jika aku ada di sana..dia setia bersama ku hingga habis session hari itu..dan aku masih ingat lagi...Ada satu hari..Rohid sangat degil untuk ikut kata doktor..hingga doktor datang ke bilikku dan cuba untuk memujuknya..satu ja caranya ialah ...aku kena habiskan session tu awal..sebab selagi session tu berlangsung selagi tu Rohid tak nak keluar dari situ....he3x rohid2x..
dan selepas sebulan setengah aku di sana...dan akan memulakan hari persekolahan yang baru...aku tak menganggap itu adalah hari terakhir aku ke sana..sebabnya..selepas itu..hampir 2 minggu sekali aku akan melawat rohid di sana...sebabnya.. ..dunia ni sungguh kecil..
cerita punya cerita dengan ibunya...rupa2xnya kakak rohid merupakan rakan sekelasku sewaktu sekolah rendah..apa lagi dari sana semakin rapat lah aku dengan rohid dan ibunya...

cuma sejak kebelakangan ini aku agak sibuk..dan tidak berkesempatan untuk melawat rohid di hospital...hampir setiap minggu rohid akan menelefon ku dan bertanya bila aku hendak melawatnya...dan meminta aku untuk membawa dvd untuknya..sebabnya dia boring berada di wad...
dan aku ingat lagi minggu ni..hari isnin...jam 11 lebih malam dia called aku...bertanya aku di mana...dari nadanya dia nak aku pergi melawatnya malam itu juga..tapi aku memberitahunya inshaALLAH jika diizinkan jumaat ni aku akan melawatnya..
rabu petang pun rohid kembali menghubungiku dan bertanyakan perkara yang sama...namun aku masih memberikan jawapan yang sama...

Jumaat..kebiasannya aku akan bertolak awal dari tempat kerja ku untuk balik ke kota kinabalu..namun pada hari itu, aku agak lewat bertolak dari waktu biasa..sebab telah berjanji dengan dua orang cikgu yang ingin sama2x mengikut ku balik ke kota kinabalu..sampai d kk dan menghantar dua rakan ku itu ke destinasi mereka masing2x..aku singgah ke bazaar ramadhan dan membelikan sedikit juadah untuk rohid dan ibunya..sedang aku memandu untuk ke hospital..tiba2x no rohid tertera di hp ku..

'hello rohid...'
namun bukan suara rohid yang ku dengar
tetapi ibunya...
'ain..rohid tenat sudah ni..dia tiada harapan sudah..kami tengah tunggu ambulan untuk balik ke kampung ni ain..'
'akak call ain,sebab rohid selalu contact ain dan sebut2x nama ain..'

hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan ku bagaimana waktu itu..kedua2x tangan ku yang sedang memegang stering kereta agak sejuk...dengan keadaan jalan yang agak sesak..
sepatutnya 10 minit aku dah boleh sampai ke hospital..
40 minit aku sampai..semuanya gara2x jammed..

'kak..saya cuba sampai ke sana secepat yang mungkin...akak tunggu ya' itu sahaja yang mampu aku sampaikan kpd ibu rohid..

aku sempat mengambil adikku di rumah..sebab sebelum itu aku sudah plan utk membawa adikku melawat rohid dan terus berbuka puasa bersama-sama dgn nenek...

namun...

'ain kami dah dalam ambulan dah ain..rasanya kita tak sempat jumpa ni ain'

dalam hatiku..
Ya ALLAH sempat kan aku untuk bertemu dengan Rohid walau hanya sebentar sahaja..

aku memecut laju dan masuk ke kawasan hospital dan masuk ke kawasan emergency..aku lihat sebuah ambulance betul2x ada di depan pintu hospital..aku parked keta, terus aku masuk ke dalam ambulance..(1st time aku masuk dalam ambulance)
aku lihat rohid terbaring sambil menahan kesakitan..aku lihat kulitnya sudah kuning..dan aku lihat matanya hanya memandangku...aku tahu dia ingin bercakap..namun dia hanya menyebut 'mak..mak..'
sambil memandangku...
aku memegang kepala nya..memegang pipinya...
(ku tahan air mataku daripada keluar..aku tak nak rohid melihatku sedih apabila melihat keadaannya)

'rohid..kuatkan semangat ya...kakak tahu rohid kuat...tahan ya rohid...'itu sahaja yang mampu aku ucapkan padanya...dalam hatiku hanya berdoa supaya diringankan kesakitan yang dialaminya...

5 minit aku di dalam ambulance itu..aku memeluk ibunya...aku lihat ibunya seorang yang tabah..dan nampak telah bersedia untuk berhadapan apa sahaja kemungkinan...

'rohid ..kakak balik dulu..'
rohid cuba untuk tersenyum dan melihatku....
aku turun dari ambulance...
tanpa menoleh ambulance tu lagi...dan terus masuk ke kereta...

esoknya..aku rasa hari tu mcm serba tak kena..aku asyik teringatkan rohid..lepas sahaja berbuka puasa...masuk dalam kereta aku cuba call ibu rohid..tak dapat utk dihubungi...

tiba di rumah...aku cuba called kembali...
dan ibunya mengangkat..
'kak mcm mana dgn rohid?'
'Ain..rohid tiada sudah...4.02 pagi dia dah pergi ain..'

cemburunya akak padamu dik...
kau pergi di bulan ramadhan yang sangat mulia..dan setiap orang menginginkan dirinya untuk pergi dan menghadap tuhan di bulan ramadhan..
tapi kau yang terpilih dik..kau cukup bertuah dik...

maafkan akak sebab tak dapat bertemu mu sekerap mungkin ...dan tak dapat untuk menunaikan permintaan mu dik...

semoga rohmu sentiasa tenang di sana...
dan akak tahu..
kau pasti ditempatkan di tempat yang terbaik untukmu disana..amin ya rabbal alamin






Thursday, August 18, 2011

18 ramadhan (keletah anak2x murid ku)..

Bismullahirrahmanirrahim...
Assalammualaikum wbt..

alhamdulillah hari ke 18 umat islam berpuasa..tinggal 12 hari sahaja lagi kita akan melalui ibadah puasa kita..ibadah terawih kita..tadarus ...ermm...(tapi yang paling menyedihkan bila nak meninggalkan terawih sebab hanya di bulan ramadhan sahaja yang kita dapat melaksanakannya di bulan2x lain tak boleh dah..ye tak???)


apa yang ingin ku kongsikan hari ini ialah..mengenai ragam2x anak2x muridku di sepanjang bulan ramadhan ni ...macam2x kisah lucu dan menarik yang mereka cipta dan keluarkan dihadapanku..ada yang melucukan..ada yang menyentuh perasaan adede..itulah anak2x kecil..keletah mereka cukup membuat perut ini terasa kenyang..kerana setiap tingkah laku mereka seakan akan membuat ku lupa bahawa aku sedang berpuasa...hehehe


Alhamdulillah anak2x ku dari minggu pertama hingga ke hari ini..alhamdulillah mereka anak2x yang hebat dan kuat menyahut cabaranku untuk berpuasa setengah hari di prasekolah...


mula2x pada minggu pertama...setiap kali aku kata
'Ok boleh rehat..'
apa lagi ada ah 2,3 orang anak2x ku tu 
'Yeahhhh cuci tangan...makan!!!' sambil berlari ke dapur..


hahahaha


aku pula yang tercengang tgk gelagat mereka tu...
apa lagi murid2x lain semua kata..


'OHHHH TAK PUASA!!!!!'


dgn muka selamba anak2x tu..


'lupa lahhhhhhhhhhhhhhhhhhh'


tapi dengan muka monyok sebab rasanya mereka dah lapar dah kot ..
aku pula senyum ja tgk hehehe


itu satu situasi...


situasi yang lain..


bila aku sengaja tayang kan gula2x choki2x kat depan anak2x ni
(cara supaya mereka menurut perintah!!!) hehehe
setiap kali ada anak2x ku yang dekat dgn ku..
'cikgu2x lapar'...
sambil tolak2x kerusi ku lah..
sambil peluk2x pinggang ku lah
sampai satu tahap..hafizudin lah ni...adakah sebab lapar sampai nak bergayut n picit2x leherku...(nak minta simpati lah tu hahaha)
sebab nak makan...makan makan makan...nak choki2x..


apa lagi aku pun buat lah pegang2x perut drg gosok2x kan minyak angin lah ...psiko ja pun..


'kalau hafiz nak buka puasa boleh..cikgu benarkan hafiz makan..tapi masalahnya cikgu ada choki2x aja hafiz..makanan di dapur semua dah habis dah,choki2x ni kalau hafiz makan sekarang..hafiz dapat 1 ja...kawan2x lain pula ketawakan hafiz sebab tahu hafiz tak puasa...kalau hafiz tahan sikit lagi sampai balik sekolah..cikgu beri hafiz 2 choki2x ahhhh lagi kenyang tu hafiz..'




apa lagi hasilnya...dari 10.30 sampai 11.30 muka nya depan meja ku ja..semua kerjanya di dibuatnya di mejaku..hahahah...sejam lah dia jadi cctv ku..hahahaha takut aku berikan choki2x tu kat kawan2xnya yang lain hahaha...hafiz2x...


tapi sejak kejadian tu...aku perasan hafiz macam lain macam je kat aku...yang aku paling seronok kalau dia main ja mesti dia jatuh...percaya atau tidak..hafizzudin tak akan kekal di kerusinya lebih dari 10 minit...sebab pasti dia akan jatuh dari kerusi..kalau aku kenyit mata sikit ja kat dia mesti dia jatuh kerusi..aku ucap i love u kat dia ..mesti jatuh kat kerusi..mungkin sebab tu lah mungkin dia dah geram sangat..
dijadikannya kerusi2x kat prasekolah tu jadi kereta sorong...diangkutnya beg kawan2xnya yang lain..dijadikannya kereta sorong..apa lagi disorong lahh keliling kelas ku ni..akibatnya koyakkkkkkkkkk lapis lantai kelas ku..adede...anak bijak bukan hehehe...






tu kisah lain..


ni kisah lagi satu...


disebabkan waktu berpuasa maka rehat mereka agak panjang...maka anak2x murid ku ni pun adalah pula pandai2x berpegang kepada mazhab mereka sendiri iaitu..membawa mainan dari rumah..(sedangkan aku tak suruh pun bawak adede)
sampai kan cikgunya sendiri pun ikut main sekali..
cuba tgk apa c miqdad bawak ni...


hahahaha PSP tuuuuuuuuu
cikgunya pun tak nah main psp..dia pula yang memperkenalkan psp kepadaku siap tunjuk ajar lagi hahaha...
tapi yang lucunya boleh dia tension bila main game...
n setiap kali dia main game..
'Miqdad nak bernafas lahhhhhhhhh!!!!!!!!!!!'
macam mana tak dapat nak bernafas..kalau dah semua kawan2x dia keliling dia 360 darjah hahahaha semata mata nak tgk dia main..ada sampai jadi spiderman melekat kat dinding semata mata nak cari angle yang terbaik untuk tgk c miqdad main psp dia hahaha...tapi itu tak kekal lama sebab aku dah pun laporkan kepada umi nya...last2x umi nya sembunyikan dalam bonet keta hahahah kesian miqdad...


dan minggu ni pula apa yang bestnyaaaaaa haaaa


selalunya cukup ja 14 hari kita berpuasa..hari ke 15 nya pastiii dah kedengaran lagu raya betul tak...
so watch this!!!


cikgu2x pasang lagu balik kampung...
apa lagi setiap kali rehat..aku pun pasanglah...
drg pula yang terebih excited sedangkan rumah dorang itulah kampung dorang..yang macam cikgunya ni..3 jam perjalanan nak balik kg hehehehe


ish3x...
kalau nak diceritakan disini
sampai bila pun takkan habis
dengan gelagat anak2x ku ni
walaupun sekadar anak murid..
tapi mereka boleh tahu
bila aku merajuk
bila aku letih
bila aku sedih
bila aku hepi mereka pn hepi
bila aku merajuk
ada ja cara mereka nak pujuk
bila aku letih..senang ja
'alinnnn urut cikgu hehehe'
bila aku sedih semua senyap...


naluri anak2x...


ya ALLAH lindungilah anak2x didikku ini menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat kelak...lindungilah mereka dari segala kesakitan,kelukaan,dan kesedihan..berikan mereka jiwa yang berdikari..kebahagiaan yang hakiki dunia dan inshaALLAH akhirat nanti amin ya rabbal alamin..




semoga mereka mengingatiku sehingga mereka dewasa kelak...
(walaupun time tu aku dah tua dah) hehehehe




love u...purple..

Wednesday, August 17, 2011

17 ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum...










alhamdulillah sudah 17 hari kita melalui hari2x ramadhan kita..dan sekarang kita sedang melalui hari2x yang menuju pengkahiran kepada bulan ramadhan..sebelum kita menginjak ke bulan syawal...


bila hari pertama berpuasa..sudah kedengaran lagu2x raya berkumandang di shopping2x complex..bagaikan mereka tidak sabar untuk menghabiskan bulan ramadhan dan ingin menyambut syawal...sedangkan sepatutnya bulan ramadhan yang harus di rai kan lebih 'UP' lagi daripada bulan syawal...ramadhan seperti yang kita maklum..'si tanduk dua' itu sudah dirantai sekuat kuatnya dan kita hanya berdepan dengan satu cabaran sahaja iaitu 'NafSU' itulah dugaan yang paling kuat untuk kita dalam bulan ramadhan ini...tetapi syawal?? 'si tanduk dua' itu tidak sabar2x lagi untuk dilepaskan rantainya dan bersorak gembira kerana dapat meneruskan kembali tugasannya dalam menganggu kedamaian manusia..sigh


dapatkah kita untuk menentang 'Nafsu' kita sendiri...???
lebih2x lagi yang dikategorikan sebagai kaum 'hawa' ini di mana nafsu kita ni mempunyai 9 jenis nafsu yang lebih banyak daripada lelaki...


nafsu itu
nafsu ini
nafsu sana
nafsu sini
nafsu
nafsu
nafsu
nafsu


sigh....


teringat kata seorang Aunty...'ujian yang paling kuat bagi seorang manusia ialah UJIAN NAFSU'


memang betul kata aunty tu..
byk sangat cabaran untuk kita menentang si N itu...
bagaimana utk menentang si N itu??
tanya Hatimu ..Hatimu..Mindamu...pasti akan ada cara untuk menentang N itu..cuma yang pastinya azam harus kuat...ingat N itu tidak membawa apa2x keuntungan untuk kita..


bohonglah kalau nafsu itu tidak pernah menakluki diri dan menewaskan minda dan hati kita sehingga memakan dan merosakkan diri kita sendiri...sedang kita asyik leka dibuai nafsu yang direka oleh kita sendiri....sampai satu titik noktah untuk meninggalkan semua kerosakan itu...'CUKUP!KAMU SUDAH TERLALU BANYAK BERBUAT DOSA DISEBABKAN OLEH PUJUKAN NAFSUMU...KEMBALILAH KAMU KEPADA-KU' mungkin itu yang DIA YANG MAHA ESA memberi satu peringatan untuk kita sebagai hambanya...


sedih untuk meninggalkan semua keseronokan itu...tapi ingatlah kebahagiaan yang akan menanti di akhirat kelak...apa lagi senyumlah..dan sama2x menentang nafsu diri sendiri di bulan ramadhan ini...


semoga ramadhan kali ini lebih bermakna..bukan kerana bersama orang tersayang..atau teman tersayang atau etc..tapi kerana ia bermakna kerana kita dapat menentang Nafsu kita sendiri...inshaALLAH...<3 purple...





Mendermalah...

assalammualaikum sempena bulan ramadhan ini,kpd teman2x yang berada di sekitar kota kinabalu dan bermurah hati untuk mendermakan 


1) anak2x patung
2) dvd cartoon
3) bahan2x bacaan etc 


dan diberikan kepada kanak-kanak pesakit hospital Likas kota kinabalu, sila email kepada  saya


Alya_Farhana1905@yahoo.com


...tarikh menderma sehingga 27.8.2011 tq - 


ingatah setiap senyuman yang terukir di wajah mereka merupakan satu pahala dan ketenangan untuk kita <3

Saturday, August 13, 2011

today

setiap yg zahir di sekeliling kita hanyalah alat untuk membuat kta rasa bahagia yang sementara tetapi bukan kebahagiaan pada HATI, H A T I apabila ia suci dan tenang akan membuat kita untuk mengukir senyuman yang ikhlas dan beroleh kebahagiaan yang hakiki hingga ke akhir hayat insyaALLAH...

Wednesday, August 10, 2011

kata2x hari ini

percayalah wanita yang disangka bodoh,lemah & mudah utk dipermainkan hati & perasaannya,satu hari nanti dia pasti akan berjaya membuka & membeliakkan mata DUNIA dgn memperlihatkan kpd keBIJAKSANAANNYA,kekuatan semangatnya DAN KEjayaannya.<3 purple




‎"orang ni kerja dah ok, kereta dah mantap..sekali handset kuar..mak aii rm168 je.." teringat kata orang ni kemarin..tp dlm hati senyum ja..awak tak tahu susah nya nak cari rm168 tu kalau tak bekerja dan duit 2k utk beli hp tu pun boleh diguna utk banyak kegunaan lagi yg lebih penting dari sebuah handset yg tak boleh buat perut ini kenyang ...& selagi boleh call & sms alhamdulillah..♥ renung renungkan

Friday, August 5, 2011

lagu femes di sabah sekarang ini hoho

Memang aku ini
anak orang miskin
tiada apa-apa yang dapat ku berikan
engkau memang cantik
memang tidak padan dan tidak sepadan

aku anak kampung
tiada pelajaran
kuli-kuli sahaja
memang tidak padan
cantik bah kau itu
banyak yang tergoda lagi orang kaya

Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
rumah ku pun tiada adapun bapa punya
apa lagi belanja mau bayar berian kahwin sama kamu

bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup kau kan sengsara
kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

engkau masih muda cantik lagi menawan
janganlah kau cari lelaki macam saya
engkau memang cantik
nanti kau menyesal tiada guna 3x

..............................................................

tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
rumah ku pun tiada adapun bapa punya
apa lagi belanja mau bayar berian kahwin sama kamu

bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup kau kan sengsara
kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

Monday, August 1, 2011

ADAKAH INI RAMADHAN YG TERAKHIR UTK KU????



Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum

alhamdulillah akhirnya ramadhan menjelma lagi..dan alhamdulillah hari ini,hari ke dua aku menjalani ibadah ramadhan...


sebelum ramadhan menjelma..aku dah pasang beberapa azam utk ramadhan..ya azam..azam tu maknanya kena tekad..kalau tak tekad macammana azam tu nak terlaksana dak.??? <3


adalah beberapa azam yang dah di listkan dalam hati ni..


tapi salah satunya azam aku ialah..untuk mendidik anak2x murid ku untuk belajar berpuasa..belajar berpuasa di sekolah...tapi sudah semestinya ada ganjarannya...nak tahu apa ganjarannya??


aku telah sediakan bekas gula2x untuk setiap orang murid2x ku...sesiapa yang berjaya menyempurnakan puasa mereka di prasekolah setiap hari...satu hari satu gula2x untuk mereka...gula2x tu aku masukkan ke dalam tabung gula2x mereka, cukup 30 hari berpuasa...ramai2x akan kira gula2x siapa yang paling banyak...siapa yang dapat gula2x paling banyak akan diberikan duit raya yang lumayannnnn
hehehe....


mungkin itu caranya untuk mendidik anak2x yang baru berusia 5 dan 6 tahun untuk belajar berpuasa...kalau tak dapat puasa penuh pun takpe yang penting aku dapat mendidik mereka untuk berpuasa setengah hari di sekolah...
alhamdulillah...






mudah mudahan azam2x itu dapat dilaksanakan...
dan semoga ramadhan kali ini, hati2x semua manusia di dunia ini termasuk diri ini, diberikan ketenangan,kesyukuran dan sama2x belajar dalam meng 'ikhlas' kan diri...


ingat..mungkin ini ramadhan yang terakhir untuk kita ..atau mungkin juga hari ni adalah hari terakhir kita berpuasa ramadhan...kalau ALLAH masih panjangkan nafas dan nadi kita untuk bekerja mendenyutkan jantung kita ..alhamdulillah itu maknanya kita masih diberikan peluang untuk kumpul sebanyak mungkin amal untuk kita jadikan isi di alat penimbang kita di akhirat nanti...dan juga berpeluang untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dalam mengenal setiap hati2x yang berada di sekeliling kita...mungkin juga melihat pengalaman di negara orang..kata orang semakin jauh kita berjalan semakin berkembang pandangan kita dan bertambahlah ilmu kita...


atokoi..purple