Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berputar putar tanpa henti..

INGAT WAKTU KEWAJIPANMU..

Sunday, February 27, 2011

Yang tertutup itu indah! (Forwarding)

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Suatu sudut kafetaria Cengkih kelihatan beberapa orang perempuan sedang rancak berbual. Tiba-tiba…

“assalamualaikum…”, terdengar suara orang memberi salam.

“waalaikummussalam…eh, ustazah kita dah sampai la…hehe…”, jawab salah seorang dalam kalangan mereka dengan nada menyindir.

Dia hanya tersenyum lantas berkata, “kamu semua sedang makan ya? Boleh saya turut serta?”

“Err…tak lah ustazah, kitaorang tengah basuh kain nie, tak nampak ke?”, jawab seorang lagi dengan nada ketawa.

“hahaha…adoi la…dah tahu tanya lagi. Eh Iman, engkau tak payahlah nak buat baik dengan kitaorang. Siapalah kitaorang nie kan, jahat…tak macam engkau tu, dah jadi alim sekarang”.

“erm…maaflah kalau kedatangan saya nie membuatkan kamu semua tidak selesa. Kamu semua tetap sahabat saya, tiada ada yang berubah kecuali penampilan saya ini je. Saya cu..”. tidak sempat Iman menghabiskan kata-katanya.

“Eh! Sudahlah. Kalau engkau nak duduk sini, duduklah. Aku nak blah. Tak lalu nak makan tengok muka engkau yang berlagak suci nie” . dia terus bangun dan berlalu. Kawannya yang lain menurutinya dari belakang.

Hati Iman terluka. Tidak menyangka, perubahannya ke arah kebaikan dipandang hina oleh sahabat yang sentiasa bersamanya dulu. Iman terus berlalu pergi sambil menahan air mata dari membasahi pipinya.

Ada mata yang memandang apa yang baru sahaja berlaku.

“Husna, kamu pergi dulu ya. Akak menyusul kemudian, ada hal yang perlu di uruskan.”

“baik kak Nur..” terus dia ambil bungkusan makanan yang Nur hulurkan.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Nur tercari-cari kelibat seseorang. Matanya terpandang sepohon pokok di tepi tasik. Kelihatan seseorang bertudung labuh duduk di situ.

“Mungkin dia…” detik hatinya.

“assalamualaikum….sorang je ke dik?”.

“waalaikummussalam… ya kak, saya sorang je..”, Iman menyambut tangan yang dihulurkan kepadanya.

“seronokkan duduk kat sini. Tenang je rasa, tambahan pula dapat lihat salah satu keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa”, kata Nur sambil matanya memandang ke tasik.

Namun tiada apa-apa respon dari Iman. Wajahnya kelihatan sayu sekali. Mungkin masih sedih dengan peristiwa sebentar tadi.

“adik ada masalah ya? Mahu kongsi dengan akak?”, Nur cuba mengajaknya berbicara.

“eh…tak ada apa-apalah kak…”, Iman cuba menyembunyikan apa yang sedang dirasainya.

Nur tersenyum lantas dia memegang bahu Iman seraya berkata, “akak tahu apa yang berlaku kat kafe tadi”.

Iman terkejut, “akak nampak ke tadi?”.

Matanya terus bergenang air mata. Nur membiarkan sahaja. Nur tahu insan di sebelahnya sedang di uji keikhlasan hatinya oleh Yang Maha Esa.

“yang tadi tu sahabat saya,” Iman memulakan bicara.

“kami sudah berkawan dari sekolah rendah lagi. Sahabat yang banyak berkongsi suka dan duka bersama. Kami sering bersama-sama tidak kira ke mana kami pergi. Masing-masing memberi semangat antara satu sama lain. Indah sekali saat itu kak. Cuma, sejak saya balik dari cuti pertengahan  baru-baru nie. Mereka seolah-olah cuba menjauhkan diri dari saya”

"Saya ada juga bertanya kenapa dia buat macam tu dekat saya. Dia cakap, dia tak suka dengan penampilan baru saya yang bertudung labuh nie. Saya tahu kenapa dia tak suka sebab dia anggap orang tudung labuh nie hipokrit. Berlagak alim walaupun hati tu busuk sebab dia tengok ada beberapa orang yang bertudung labuh sendiri buat maksiat."

"Dia kata orang tudung labuh nie lah yang banyak sekali yang couple, selalu menipu, solat pun lewat, pandang hina dekat orang yang pakai tudung biasa nie dan macam-macam lagilah kak. Jadi, bila saya berubah dengan pakai tudung labuh nie. dia anggap saya macam orang yang dia katakan tu…”

Nur tersenyum mendengar setiap kata-kata yang keluar dari mulut Iman.

Iman pelik dengan reaksi Kak Nur. “kenapa akak senyum? Reaksi akak tak sama dengan kawan saya yang lain bila saya cerita semua tadi kat diaorang”.

“apa reaksi diaorang?” tanya Nur.

“diaorang cakap kawan saya tu buta mata hati. Tak dapat lihat dan bezakan mana yang baik dan mana yang buruk,” jelas Iman.

Kali ini juga Nur tersenyum. Bertambah pelik Iman dibuatnya.

Nampak Iman yang berkerut dahi dengan reaksinya, Nur ketawa kecil.

Akhirnya Iman juga tersenyum melihat seniornya ketawa walaupun dia tidak tahu apa maksud disebalik reaksi insan disebelahnya.

“ha…senyum juga adik akak sorang nie…hehe…macam tu lah…” usik Nur.

Iman terus tersenyum. Nur menjelaskan kenapa dia memberi respon sedemikian. “akak tersenyum di awalnya kerna apa yang dikatakan oleh kawan Iman tentang yang memakai tudung labuh tu ada benarnya. Dan…akak tersenyum buat kali yang kedua juga menandakan reaksi kawan Iman itu juga ada benarnya…”

“maksud akak?”, tanya Iman yang mahukan penjelasan yang lebih mendalam.

“Apa perasaan Iman sebaik sahaja memakai tudung labuh nie?” Nur menjawab pertanyaan Iman dengan soalan.

“saya rasa lebih tenang dari sebelum nie kak. Terasa lebih terjaga, seolah-olah tudung labuh nie pelindung dan perisai diri saya. Suatu perasaan yang sukar diungkapkan melalui kata-kata,” Iman senyum, dia bersyukur diberi kekuatan untuk melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik.

“Alhamdulillah…akak tumpang gembira dengan perubahan kamu nie. Akak cuma pelik kenapa kita membezakan antara yang memakai tudung labuh dengan yang memakai tudung biasa kerna tudung labuh itu tidak wajib. Yang wajib adalah menutup aurat.”

“dan akak juga tertanya-tanya, apa salah tudung labuh sehingga dipandang hina sebegitu rupa? Yang melakukan maksiat itu adalah si pemakainya, bukan tudung labuh tersebut.

Nur terdiam seketika sebelum menyambung kata-katanya, “kawan Iman yang tidak suka melihat orang bertudung labuh ini kerna dia melihat tingkah laku si pemakainya dan bukan pada hikmah tudung labuh tersebut. Dia merasakan seolah-olah mereka itu tidak layak sama sekali untuk memakai tudung labuh jika berakhlak buruk.”

“Dan kawan Iman yang memberi respon menyatakan buta mata hati itu kerna dia melihat insan yang berkata itu tidak menilai hikmah tudung labuh tersebut sebaliknya menilai si pemakainya. Dan yang menjadi penyebab dia buta mata hati itu siapa kalau bukan kita yang memakainya…”

Iman merenung jauh. Memikirkan kata-kata yang baru sahaja dia dengar.

Nur  memandang Iman lalu berkata, “hati Iman mesti terdetik betapa beratnya tanggungjawab mereka yang memakai tudung labuh nie kan?”

“Eh, macam mana akak tahu nie?” tanya Iman.

“sebab akak juga pernah laluinya…bukan suatu hal yang mudah untuk berhijrah seperti yang Iman lakukan sekarang. Perlukan kekuatan untuk melaksanakannya supaya sentiasa istiqamah. Akak kagum dengan mereka yang mampu melakukan penghijrahan ini dan istiqamah”. Jawab Nur.

“akak teringat kata-kata seorang Muslimin bilamana dia begitu hormat dan kagum dengan Muslimat yang mampu bertudung labuh dan baik akhlaknya di zaman yang moden nie. kita ini diibaratkan seperti berlian yang tersimpan indah di almari kaca yang tidak begitu mudah disentuh oleh mana-mana tangan yang “kotor”.

“Malah kita lebih berharga bilamana akhlak dan peribadi yang bagus menghiasi diri kita seperti permata yang berjuta harganya dijaga dengan rapi oleh pengawal keselamatan supaya tidak dicuri” sambungnya lagi.

“Subhanallah…saya mahu jadi seperti berlian yang tersimpan indah dalam cermin kaca dan dijaga rapi oleh pengawal keselamatan kak…” Iman berkata dengan nada yang bersungguh-sungguh.

“Alhamdulillah…tertutup itu indah kan…teguhkan pendirian kamu ya!. Jadikanlah diri Iman sebagai role model kepada kawan-kawan yang lain. InsyaAllah, mata hati kawan Iman itu akan terbuka untuk menilai betapa hebatnya hikmah memakai tudung labuh. Manalah tahu, dia juga akan memakainya suatu hari nanti…”

“perbaikilah diri sedikit demi sedikit. Carilah ilmu sedikit demi sedikit untuk mengukuhkan lagi pegangan dan keyakinan kita pada Yang Maha Esa. Percayalah, tudung labuh itu akan menjaga Iman dan menjadi perisai bukan sahaja luaran tetapi juga dalaman jika kita ikhlas memakainya kerana Allah s.w.t…”.Nur terus tersenyum.

-The End-

~BIDADARI BESi~~<3

by Arna Althafunnisa on Saturday, February 26, 2011 at 12:38am




Saturday, February 26, 2011

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Friday, February 25, 2011

Penarikan balik Honda City??

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalammualaikum






02-02-2010, 06:53 PM
Honda Malaysia Sdn Bhd mengumumkan penarikan balik 16,025 unit Honda City dan Honda Jazz kerana masalah pada kekunci utama tingkap automatik.

Model kereta Honda yang ditarikbalik adalah 12,935 unit dari generasi kedua Honda City keluaran 2008. Selain itu, 3,090 unit Honda Jazz buatan 2003 juga ditarikbalik. Pengumuman rasmi ini dikeluarkan hari ini.

Honda Malaysia hingga saat ini mendakwa belum ada kemalangan di Malaysia dari masalah power window master switch yang berpotensi terbakar jika kaca dibiarkan terbuka dan air hujan masuk ke sela-sela "power window switch" tersebut.

Di Amerika Serikat (AS), Honda menyatakan ada dua kejadian dengan masalah yang sama dan satu kejadian di Afrika Selatan yang mengorbanlan jiwa seorang kanak-kanak berumur dua tahun bernama Vanilla Nurse.

“Kami akan menulis dan memaklumkankan secepatnya kepada para pengguna kereta kami mengenai masalah ini. Kami akan bertanggungjawab untuk penggantian komponen yang bermasalah," ujar Managing Director and Chief Executive Officer Honda Malaysia Toru Takahashi.

HUJAN dan KEMATIAN

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum...


tiba2x datang ilham tepat pada waktu 2.35am...
kalau ikutkan waktu sekarang aku dah membuat peta separuh malaysia dah ni kot..
tapi mungkin disebabkan aku tertido awal tadi, maka mata ku pun celik awal, di tambah lagi dengan mood perutku yg sedang berfungsi dengan baiknya menyebabkan aku tidak lena untuk tidur...ditambah pula dengan kepalaku yang tiba2x dilanda kepeningan menambahkan lagi keazamanku untuk pergi ke toilet dan mengambil wudhuk utk solat...mudah2an dgn cara itu segala mood2x yg tidak baik yg aku alami itu akan hilang...
sedang ku mengambil wudhuk, tiba2x hujan lebat turun






...herm..alhamdulillah ALLAH memberikan suasana yg sejuk pada malam ini....kalau ikutkan waktu tido tadi agak panas jugak suhunya, bangun2x ALLAH dah turunkan hujan, maka sejuk lah jadinya...:-)
selepas aku menunaikan solat tadi , 'eh berhenti dah hujan ni' sekejap ja hujan ni turun...
hermm takpe still dapat merasa nikmatnya...
ingatkan dalam mood yang tak dapat nak tido ni, boleh lah aku menyiapkan kerja ku, tapi tiba2x mood untuk writing tu timbul pula,memandangkan esok pun cuti,apa lagi..tolak tepi jap keja tu, dan aku pun membuat lah keja ini...<3

apa kaitan tajuk hujan dgn kematian ya ?
hurmm

tadi, sewaktu aku sedang dilanda kepeningan aku berfikir, adakah ini sakit pening terakhirku?adakah ini bangun malam terakhir ku?adakah bunyi dan suasana hujan ini adalah yg terakhir untukku?dan adakah solat ini sebagai ibadah yang terakhirku...YA ALLAH...tak terungkap dan terjawab segala persoalan itu di benakku sekarang ni...kata orang kalau hujan sekejap2x itu tandanya ada kematian yg berlaku...(kata orang,mitos orang)..tapi tu semua nya bukan kata orang..kita jangan dengar kata orang...

menjelang genap umur ku ke angka 25 tidak berapa lama lagi, aku mengimbas kembali setiap memori yang telah aku lalui dan yang dah berlaku pada diriku...apa yang aku boleh simpulkan..YA ALLAH KAU BEGITU MENYANYAGI DIRIKU...SETIAP KALI AKU TERLEKA, KAU PASTI MENARIKKU SEMULA KE JALAN LURUSMU DAN REDHAMU...bila aku fikir dalam2x semula, aku bersyukur, kerana aku melalui pengalaman2x atau fasa kehidupan yg 'ALHAMDULILLAH'
dalam hatiku, dlm susah2xnya aku, mungkin ada lagi orang lain yang lebih susah dariku...mungkin ada lagi orang lain yang lebih manis dan beharga fasa kehidupan mereka dariku...tapi apa2x pun segala-galanya adalah aturan yang ESA, sebelum kita menjadi benih dan janin di dalam perut umi lagi, DIA dah tahu dan dah maktubkan setiap detik kehidupan seseorang itu mcm mana...jadi buat apa nak disesalkan diri sendiri...terima segalanya dengan hati yang terbuka, dan set dlm otak,'ada HIKMAH yang TERBAIK dalam setiap apa yang berlaku..

mungkin sekarang aku masih boleh bernafas dan menghirup udara kipas angin yang sempoi2x bahasanya yg membantu menyejukkan bilik ini, tetapi aku tidak tahu mungkin dalam 5 minit, 10 minit ,esok ,lusa, tulat, minggu depan etc mungkin kipas itu sudah tiada tuan untuk menghidupkannya...

bersedia dengan payung sebelum hujan
bersedia dengan iman&amalan sebelum pahala dan dosa mu dihitungkan
  
Sempatkah aku untuk itu?



 

Saturday, February 19, 2011

Rabbani - Bacalah





Bacalah...sebutlah dengan nama 


Tuhan yang menciptakan
Segala kejadian di dunia

Bacalah...tulislah dengan pena
Wahyu yang diutuskan
Risalah kebenaran untuk insan

Seluruh kasihnya telah dia curahkan
Tulus suci mengisi ruang hati
Bagai dalam dingin
Rindu berdakapan
Dengan kata syahdu
Kasih mesra bersatu
Apa yang kau tahu

Bacalah...lihatlah dengan mata
Selami sanubari
Putaran panorama hidup ini

Bacalah...tipuan mata hati
Bisikan penuh mimpi
Melamar kelalaian tidak henti

Suruhan larangan telah dia sampaikan
Jangan pilih haluan dimurka
Kelak rebah diri
Duka menangisi
Tanpa belas kasih
Disiksa saban waktu
Apa yang kau tahu

Gua hira menggamit kisah silam
Satu peristiwa nabi bersendiri
Iqra diturunkan muhammad ditabalkan
Tersuratlah sudah kalam dari Tuhan

Sekian kalinya detik waktu berlalu
Apa terus berbakti untuk dia
Membalas kasih
Syukur dengan nikmat

Amal yang bertambah
Hikmahnya kan ketemu

Apa yang kau tahu




Ilmu...yup ilmu kalau digali sedalam dalamnya pun takkan jumpa 'SIGNBOARD' penghujungnya... semakin digali semakin menarik untuk menggalinya...
Ilmu tidak boleh dinilai dan disamakan dengan wang ringgit
bak kata ibu murid umi ku


'Cikgu, kalau saya kaya macam manapun,tapi bila saya mati, dalam satu hari anak2x saya boleh kasi habis harta saya itu cikgu, kalau mereka tidak ada ilmu untuk menguruskannya dengan baik, sebab itu saya sanggup rotan dorang,marah dorang supaya mereka rajin2x belajar dari sekarang, saya tidak mahu dorang mati dengan miskin ilmu oh cikgu'


sampai sekarang kata-kata seorang ibu yang berbangsa cina itu masih tergiang-ngiang di telingaku...masih ku ingat lagi, sewaktu anaknya baru berumur 7 tahun, anak nya cukup takut pada dirinya...kurang dari 99% markah, rotan imbuhannya..
pernah ku ingat lagi cerita umiku, disebabkan anaknya itu mendapat 99% dan salah menjawab satu soalan sahaja, ibunya sanggup membawa kertas soalan itu, dan pergi merujuk ke dewan bahasa dan pustaka hanya semata-mata untuk merujuk kepada pihak DBP adakah jawapan itu memang salah atau terdapat kesilapan daripada guru yang memeriksa...lihat betapa prihatinnya ibu muda ini terhadap pelajaran anaknya...dan alhamdulillah setelah hampir 10 tahun berlalu...rasanya anaknya itu sudah berada di tahap yang membanggakan...berkat usaha ibunya sendiri...


itulah salah satu situasi betapa pentingnya ilmu itu...


kalau dulu waktu umurku masih muda,(masih terlalu muda)...
ku rasakan sekolah,uniform sekolah,buku2x sekolah,kerja rumah , kasut sekolah dan yang sewaktu dengannya amat memboringkan padaku, dan setiap hari aku akan menghitung hari bila aku akan menjadi orang dewasa dan meninggalkan gelaran 'Student' ini...tapi rasanya tahap keboringan aku itu, aku tetap menyiapkan kerja sekolah, tetap datang ke sekolah jugak...


tapi alhamdulillah...
berkat dari pengalaman2x dan situasi yang ku lihat di hadapan mataku...
aku perlahan-lahan mulai sedar betapa pentingnya ilmu itu...betapa pentingnya untuk belajar bersungguh-sungguh...
bila di imbas kembali, ingin rasanya untuk aku mengulang kembali waktu sekolahku...
jika ku diberi peluang sekali lagi, takkan ku sia-siakan peluang itu...
akan ku belajar bersungguh-sungguh dan sudah pasti impian ku untuk bekerja sbg ahli forensik pasti akan tercapai waktu itu..tapi...arghhh masa yg lalu mustahil dan amat mustahil untuk dikejar kembali....(ketawa dengan diri sendiri terhadap cita2xku dulu yang aku sendiri tidak berusaha untuk mencapainya)...


tapi past is past..kita hanya merancang tapi ALLAH yg menentukan...kita merancang macammana strategik,siap buat backup 1,2,3 macammanapun pun kalau ALLAH kata ini lah untukmu....terimalah jangan banyak bicara dan berfikir..tadah tangan dan bersyukur alhamdulillah,itu yang terbaik untuk kita.....


ilmu..mcm2x ilmu boleh digali dan dipelajari serta diperhalusi...tetapi sebaik2x nya carilah ilmu yang memberi manfaat dan pulangan yang terbaik untuk diri sendiri dan yang paling penting ilmu itu boleh kita gunakan sebagai bekalan untuk kita diakhirat kelak..sebagai satu bekalan extra untuk kita yang akan digunakan sebagai bahan timbangan di sana nanti...


hindarilah daripada mencari ilmu yang memberi manfaat kepada diri kita semata-mata untuk kepuasan diri kita tetapi puas dengan menggunakan ilmu tersebut untuk membuat orang lain menderita...(faham2x lah ya)...ilmu sebegitu takkan memberi keuntungan pun kepada kita di SANA nanti...rugi rugi rugi....











Tuesday, February 15, 2011

children of heaven...












Apa yang boleh kita sumbangkan kepada mereka ???
  • Senaman
  • Latihan Asas
  • Akademik PraSekolah
  • Latihan Fisio
  • Latihan Carakerja
  • Terapi Musik
  • Aktiviti Luar

bagi yang berada di sekitar kota kinabalu sabah..
dan mempunyai kelapangan..
jom beribadah ke sini...=)








1) Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang upaya
    Kota Kinabalu.Tel :             088-253412      




2)  Sekolah Tunas Bakti, Inanam,
Kota Kinabalu 
Tel :             088-429819      
3)  Taman Seri Puteri, Menggatal,
Kota Kinabalu. 
Tel :            088-491010      
4) Rumah Kanak-kanak Kota KinabaluTel : 088-755538/3