Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berputar putar tanpa henti..

INGAT WAKTU KEWAJIPANMU..

Thursday, February 3, 2011

susah ke menjadi seorang WANITA???




http://www.mysembang.net/v10/index.php?topic=5224.0

Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :


1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki. (AURAT)
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.(KEIZINAN)
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.(HARTA)
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.(KESUSAHAN)
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.(KETA'ATAN)
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri. (HAK)
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki. (KEADAAN)


JAWAPAN SEMUA INI.....ayuh kita sama2x baca dan fikirkan semula ..SUSAH KE MENJADI SEORANG WANITA INI??




TIPS WANITA MUDAH MASUK SYURGA:


1) SEMBAHYANG @ SOLAT
2) PUASA
3) JAGA FARAJ @ KEMALUAN
4) TA'AT PADA SUAMI..


PILIHLAH MANA2X PINTU SYURGA YANG NAK MASUK....(UTZ KASIM ELIAS)

SAHABAT2X YG SEJANTINA DENGANKU...

PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…?? 




1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki. (AURAT)

    Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan 
   berharga…makanya..Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai 
   serta disimpan di tempat yang teraman dan  terbaik. Sudah pasti intan 
   permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya 

   antara seorang muslimah dgn perempuan jalanan. 


2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah 
     tetapi tidak sebaliknya. 
    Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 
    3 kali lebih utama dari  bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? 


3.  Wanita saksinya kurang dibanding lelaki & Wanita menerima pusaka 
     atau warisan kurang dari lelaki. 
    Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu 
    menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. 
    Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan 
    hartanya untuk isteri dan anak-anaknya. 

4.  Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan 

      anak. 
     Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi 
     setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh 
     makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah 
     syahid. 

5.  Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada 
      isterinya. 
     Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita 
     ini: 
     
     1) Isterinya
     ibunya
     anak perempuannya
     saudara perempuannya. 
 
     Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang 
     lelaki ini: 
     Suaminya
      ayahnya
      anak lelakinya
      saudara lelakinya. 

      Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada 
      suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan 
      turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah 
      tanpa perlu mengangkat senjata. 

ISTIMEWANYA WANITA 

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada 

    lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih 
    penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." 

2. Wanita yang (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak baik. 

3. Seorang wanita yg baik adalah lebih baik daripada 70 orang wali. 

4. Seorang wanita yg baik adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. 

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya  seumpama orang 

    yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. 
    akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan 

    kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak 
    perempuan daripada anak 
    lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah 
    dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s. 

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya  merupakan kifarat (tebusan) 

    untuk dosa-dosanya 
    yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca 


    "Alhamdulillahi'alaa  Kulli Halin Wa Astaghfirullah"
      Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari 
        segala dosa."


     maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim 
     yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 
     40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya. 

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di 

    dalam syurga. 

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua 

    anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan 
    dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, 
    maka baginya adalah syurga. 


10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak 
       perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi 
      penghalang baginya daripada api neraka." 

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu 

      dahulu. 

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu- pintu neraka dan 

      terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan 
      tidak dihisab. 

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di 

      langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada 
      suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya) 

15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. 
      siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab 
      baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab 
      Rasulullah s.a.w. "Ibunya". 

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, 
      berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta 
      taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana 
      saja yang dia kehendaki. 

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka 
      Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada 
      suaminya(10,000 tahun). 

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, 
      maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. 
      mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan     
      menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita 

      yang tidak hamil. 

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. 

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. 



22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
      Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
      jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
       puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu
       pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
      daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. (subhanaALLAH)

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
       akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
       (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu
       yangdiberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),
      maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga
      wajib baginya. 

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, 
     Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. 

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa 
      kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti 
      membebaskan 20 orang hamba. 

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga 
     anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan 
     bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. 

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah 
     mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu 
     kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan 
     meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat 
     untuknya. 




32. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia,
     disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan
     minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya,
     memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau         

     memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah,
     maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap 
     langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana 
     memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan
     Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat
     itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-
     nabi.

33. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang
      siang dan malamnya menggembirakan suaminya. 



34. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya 
     melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan 
     penuh rahmat. 


35. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 
     tahun solat. 


36. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di 
     dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad. 


37. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 
     tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat 
     pahala tola perak. 


38. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua 
     kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya 
     kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran 
     api neraka. 


40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang 
      buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila 
      ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita 
      sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya 
      kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. 
      Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan 
      keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan 
      menghormati suaminya). 


41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar
     mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam
     majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan
     mayat ?" Jawab mereka,"Tidak"Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian
     tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah
     di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama
     dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan
     didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan
      berkatkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
     seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh
      ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya
      dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan
      bumi."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah
      akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang
      dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang
      dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas
      tahta di hari akhirat."

48. "Wakai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan
      kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan
      mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan
      kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang
      tidak berpakaian."

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut
      anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri
      anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak
      helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat
      dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang
      memerhatikannya." 



50. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan
     rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya,
     Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta
     diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya
     kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan
     dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia
     melintas Titian Shirat."

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
      pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
     Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500
     tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
     maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
     syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
     daripada yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di
     akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang
     memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan
     istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah
     wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat
     perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas
     kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau
      memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah
      ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga
      harta engkau dan dirinya.






MasyaAllah… 
demikian sayangnya Allah pada wanita, kan? 
Bagaimana……? Masih merasa tidak adil? 

sama2x kita fikirkan..:-)


setiap manusia pasti ada kekurangannya..dan tak semuanya sempurna,maafkan segala kesalahan diri ini sama ada dalam sedar atau tanpa sedar...maafkan setiap tutur kata dan tingka laku ku selama kalian mengenaliku...

0 comments: