Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berputar putar tanpa henti..

INGAT WAKTU KEWAJIPANMU..

Friday, May 20, 2011

2 hari after 19th of may

bismillahirrahmanirrahim
assalammualaikum


19th of may




2oth of may





Thursday, May 19, 2011

sehari selepas 25thn....

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikummmm




ada yang bertanya kepadaku..apa wish ku sempena aku melangkah ke umur baharu ini...dan jawapan yang aku cari2x untuk soalan ini telah ku temui tepat sebelum 12 tgh malam sebelum berakhirnya tarikh 19hb mei 2011.....










alhamdulillah bertambah 1 lg thp kehidupan yg seharusnya lbh mengingatkn kita kpdNYA,tiada hadiah yg lbh sempurna selain doa kalian semua,doakan sya semoga menjd muslimah yg teguh pendirian,beroleh kebahagiaan,berjaya dunia akhirat,bila mana waktunya dikurniakn pendamping pengisi ruang hati pendamai jiwa,yg mana cintanya tulus kekal membwa ke syurga,insyaALLAH,amin ya rabbala'lamin -ucapan 
yg sgt indah thx so much♥

Wednesday, May 18, 2011

25th..Thank U dear ALLAH

bismillahirrahmanirrahim...
Assalammualaikum....

tinggal beberapa jam lagi...umur ku akan melangkah ke satu angka yang baru..angka..25....25 umur yang telah masuk ke perkiraan separuh abad...umur yang menandakan pemikiran dan perilaku yang semakin memahami kehidupan dunia...

bermula dengan kelahiran ku hinggalah genap 25 ini, bermacam-macam perkara dan fasa kehidupan yang telah berjaya ku lalui...



Thank U dear ALLAH sebab masih memberikan nafas dan kesihatan yang terbaik untukku meneruskan kehidupan ku di dunia ini...

Thank U dear ALLAH kerana kau memberikan ku pelbagai jenis pengalaman yang mungkin tak semua orang pernah alami sebagaimana yang kau berikan kepadaku...

Thank U dear ALLAH kerana kau memberikan ku bermacam-macam keistimewaan dan nikmat yang tak terhitung oleh ku ya ALLAH...hanya aku yang selalu lupa dan leka untuk mensyukuri setiap pemberian mu itu ya ALLAH...

Thank U dear ALLAH kerana kau mengelilingkan aku dengan orang2x yang cukup menyayangiku..dan aku cukup sayangkan mereka ya ALLAH...

Dear ALLAH...hamba bermohon..di usia ku yang baru ini...berikan aku hati yang lebih kuat untuk  mencintai mu ya ALLAH..berikan aku kekuatan untuk menentang segala godaan duniawi ini...berikan aku kesabaran yang tinggi dalam menghadapi setiap dugaan yang kau berikan kepadaku..kerana aku tahu setiap dugaan yang datang kepadaku adalah satu ujian yang penuh hikmah di sebaliknya....

Dear ALLAH...hamba bermohon padamu...kelilingkanlah aku dengan orang2x yang menyayangiku...permudahkan lah segala urusan kehidupan ku..keluargaku dan sahabat-sahabatku...

Dear ALLAH...pertemukanlah aku dengan seseorang yang mencintaiku kerana cintanya kepada-MU....yang mencintai keluargaku sepertimana dia mencintai diriku dan keluarganya...keluarga yang mencintai ku seperti mana aku bakal mencintai keluarganya seperti cintaku kepada keluargaku.....dan sesungguhnya hanya KAU yang MAHA mengetahui siapa yang bakal menjadi pendamping ku di dunia dan akhirat nanti...dan aku mohon semoga aku bakal menjadi bidadari syurga untuk nya nanti...


amin ya rabbal alamin....


thank u so much dear ALLAH......







Sunday, May 15, 2011

Dekatkan JODOH ANDA...(persepektif jodoh) -SOLUSI isu no 31

Perspektif Jodoh


YANG SALAH                                            
1)  jodoh tidak perlu dicari


YANG BETUL
1) ALLAH MENYURUH MANUSIA BERUSAHA


YANG SALAH
2) Perempuan hanya perlu menunggu


YANG BETUL
2) Sayidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah s.a.w


YANG SALAH
3) perempuan tiada banyak pilihan sebaliknya lelaki banyak pilihan


YANG BETUL
3) perempuan berhak memilih


YANG SALAH
4) Alang-alang sudah terlanjur,diteruskan sahaja kerana tidak mungkin lagi untuk menemui lelaki/perempuan yang baik


YANG BETUL
4) Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hambanya


YANG SALAH
5) Pasangan yang banyak perbezaan, tidak kekal dalam perhubungan


YANG BETUL
5) Perbezaan boleh menjadikan pasangan saling lengkap-melengkapi


YANG SALAH
6) Perlu bercinta sebelum kawin


YANG BETUL
6) Ramai pasangan yang bercinta gagal ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan yang tidak kekal.Islam menganjurkan cinta selepas kawin.


YANG SALAH
7) Pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan sentiasa ber'sms' dan berjumpa


YANG BETUL
7) Selagi belum berkahwin ,syariat membataskan hubungan antara pasangan.Mereka tidak dibenarkan bebas berjumpa @ ber'SMS' sehingga melalaikan


YANG SALAH
8) Janji manis pasangan harus dipercayai.Contohnya seorang lelaki yang berkata kepada teman wanitanya,"I tidak ada harta tetapi i ada cinta".


YANG BETUL
8)Lelaki demikian sebenarnya tidak bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras mengumpul kewangan untuk menyara bakal pasangannya . Hidup berumahtangga memerlukan banyak tanggungjawab yang perlu disempurnakan termasuk menyediakan keperluan untuk ahli keluarga.Semuanya memerlukan belanjawan.


YANG SALAH
9) Contoh yang lain,''I tidak akan usik U sebelum kita nikah''.


YANG BETUL
9) Dengan sebab wanita mempercayai lelaki, dia mula mengikuti pasangannya ke mana sahaja yang dibawa.Oleh itu,tidak hairanlah apabila realiti menunjukkan ramai pasangan sebegini akhirnya terjebak dalam kancah perzinaan....



kata-kata hari ini....

Seorang lelaki telah mengutuk Abu Amir al-Sya'bi.Beliau lalu berkata kpdnya : 

"sekiranya aku benar sepertimana yang kamu katakan,maka semoga ALLAH mengampuniku.Dan sekiranya aku bukan sebagaimana yang kamu katakan,maka semoga ALLAH mengampuni kamu,"-9 cara meraih sifat tenang Dr.Abd Basit Abd Rahman

hampir 2 tahun....

bismillahirrahmanirrahim...
assalammualaikum.....

beep beep beep beep...seawal 4 pagi ,bunyi msg berbunyi, menandakan ada msg yang masuk ke inbox hp ku, bila ku buka, aku tersenyum...alhamdulillah masih ada yang ingat dan menghargai kerjayaku sebagai seorang guru...'SELAMAT HARI GURU CIKGU' alhamdulillah syukur alhamdulillah..terima kasih d atas ucapan yang sangat indah itu....

bila ku kenang kembali..4.1.2010 itulah tarikh keramat untukku..yup itulah tarikh aku melaporkan diri d sekolah tempat ku mengajar kini...salah sebuah sekolah agama yang menjadi pilihan utama penduduk di situ..sekolah agama??yupp sekolah agama...tak terbayangkan dan tak terdetik langsung aku untuk bekerja d sekolah agama...tapi...ALLAH tu MAHA mengetahui segalanya dan tahu apa yang terbaik untukku...alhamdulillah aku bersyukur sangat2x dan kini aku dah nampak apa hikmahnya aku di tempatkan di sekolah itu...di sana aku mula belajar untuk menjadi muslimah yang sentiasa ingin mencari kesempurnaan dalam hidup , aku sentiasa dilindungi oleh mereka yang berada di bawah satu bumbung bersamaku....aku sentiasa ingin belajar menggali dan terus menggali untuk melengkapkan apa yang belum aku rasa lengkap dalam hidupku..

bermula dengan bekalan KOSONG..semakin hari ...semakin ku isi kekosongan itu...menjadi semakin berisi dengan pelbagai ilmu...guru bukan sekadar, mengajar ,tanda buku murid tick attendance murid...bukannnn bukan takat tu ja...
banyak lagi tugas guru ni sebenarnya....guru lah menjadi ibu dan bapa kepada murid di sekolah..guru macam2x yang dipegangnya...tidak perlulah ku ulas di sini...anda sendiri pun pernah bergelar murid jugak kan..pasti anda melihat apa yang guru lakukan di sekolah..terkejar ke sana terkejar ke sini...hehehe 

ada banyakkkk lagi benda yang harus ku pelajari ....aku masih bukan guru yang sempurna...aku adalah guru yang sentiasa mencari kesempurnaan untuk anak-anak muridku...

insyaALLAH semoga umurku masih panjang untukku terus berbakti sebagai seorang pendidik....amin ya rabbal alamin...


'SELAMAT HARI GURU'


Tuesday, May 3, 2011

kata2x...

Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta @ saling cinta mencintai.Bercouple mungkin.Ttpi bkan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” -
Rajanorhanani Rajanorabidinshah ~ Mana Satu pilihan Hati ~




“Hati kita ni walaupun dlm dada kita sendiri,ia tetap bkn milik kita. Kita tak mampu utk mengawalnya.Hanya Allah yg blh memegangnya.Sebab tu kita kena dekatkn diri dgn Allah.Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita.Bila dia pelihara & masuk dlm hati kita,itulah nikmat lazatnya bercinta.Masa tu biarpun 1 dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dgn nikmat bercinta dgn Allah,Bercinta dgn Allah sgt berbeza dari bercinta dgn manusia.Kerana tentulah pengalaman bercinta dgn lelaki kaya,rupawan,sempurna & bijaksana tak sama rasanya bercinta dgn lelaki miskin, hodoh,cacat & dungu,Betapa nikmatnya cinta Allah,hanya mereka yg pernah merasai sahaja yg mampu mengerti”--

Rajanorhanani Rajanorabidinshah ~ Mana Satu pilihan Hati ~

Monday, May 2, 2011

At-Talaq

dan DIA memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka sangkanya.Dan barang siapa bertawakkal kepada ALLAH ,niscaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan-NYA.Sungguh, ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu .( At-Talaq ayat 3) 


Itulah perintah ALLAH yang diturunkan-NYA kepadamu;barang siapa bertakwa kepada ALLAH niscaya ALLAH akan menghapus kesalahan - kesalahannya dan akan melipatgandakan pahala baginya
(at-Talaq ayat 5) 

............................

Bismillahirrahmanirrahim

assalammualaikum..

Ketika sedang melalui waktu MC yang sangat best ini, (MC untuk rehat bukan untuk ini sebenarnya)...
dengan keadaan persekitaran yang sunyi ini, dan hanya bunyi kipas siling sahaja yang kedengaran..tiba2x keluar ilham untuk menaip, sepatutnya assignment yang ditaip bukan nya ini..<=

kata orang bila dah duduk sorang2x hanya aktiviti berfikir ataupun berangan sahaja yang akan dibuat betul ke?
ntah lah tepuk dada tanyalah diri sendiri tu...

bulan ini memang bulan yang agak mencabar untuk aku..bulan yang penuh dengan aktiviti dan bulan yang mungkin ada hikmahnya jugak untuk aku..dan juga bulan untuk berehat dari segala tekanan sekitar...(tekanan ke?eh bukan tekanan tu diri sendiri yang cari ke? gulp!)

kalau ikutkan rasa hati, rasa nak menjerit nak menangis nak sebagainya lah sekarang bila difikirkan semua tu..tapi bila difikirkan kembali ..buat apa nak menjerit?buat apa nak menangis?buat apa nak tertekan? ALLAH kan ada..kenapa tak mengadu segalanya pada ALLAH sahaja?buat apa nak mengadu pada orang lain yang boleh memudaratkan dirimu sendiri? (tak salah untuk mengadu tapi pastikan yang dipilih itu betul dan amanah dalam menyimpan segala aduanmu,teringat kata umi, waktu baik memang semua akan disimpan , bila sekali ja ada yang tak kena, semua nya akan disebarkan, jadin ingat tu...)

Kan ALLAH tu MAHA PENDENGAR,MAHA PELINDUNG,MAHA BIJAKSANA dan tahu segala galanya tentang aku, mungkin aku rasa semua ini pun,mungkin DIA sudah tahu awal lagi dariku..mungkin ini satu ujian untuk ku?mungkin kan? bila rasa sedih pasti bantal yang akan dicari..menangis lah sepuas puasnya disana..tapi TENANG tak?rasa tenang kejap ja kan..:-) jadi lepas ni kalau sedih kalau rasa nak nangis ..nangislah sepuas puasnya di tempat yang terbaik dan yang menenangkan untuk mu (kata umi) ..dan tempat itu adalah ..solatlah..sujudlah dan tadahlah tanganmu...titiskan lah air mata mu sepuasnya dan mengadu lah pada DIA yang diaATAS... insyaALLAH akan tenang dirimu....

aku memang bukan manusia yang sempurna..
aku juga bukan manusia yang baik
aku juga pasti punya kekurangan
insyaALLAH kesempurnaan itu akan kucari dan ku gali hingga akhir hayatku
keburukan itu akan ku sulam dengan kebaikan satu demi satu...
setiap kekurangan itu pasti ada sebab dan puncanya..dan mungkin itu adalah tugasku untuk mencari mencari dan terus mencari apa kekurangan itu dan mencuba untuk perbaiki setiap kekurangan itu...

Sunday, May 1, 2011

fiqri oh fiqri part 2

enjoy

fiqri oh fiqri


ini lah fiqri yang sangat active dan sangat sangat cute..sabar ja dalam hati :-)