bismillahirrahmanirrahim
assalammualaikum
19th of may
2oth of may
andai buruk daging itu buruklah seluruh jasadnya andai baik daging itu maka baiklah seluruh jasadnya dan ketahuilah bahawa sekeping daging itu adalah HATI baik HATI kita Baiklah seluruh JASAD kita.
Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikummmm
ada yang bertanya kepadaku..apa wish ku sempena aku melangkah ke umur baharu ini...dan jawapan yang aku cari2x untuk soalan ini telah ku temui tepat sebelum 12 tgh malam sebelum berakhirnya tarikh 19hb mei 2011.....
Posted by me??? at 2:37 PM 0 comments
Posted by me??? at 4:05 AM 0 comments
Perspektif Jodoh
YANG SALAH
1) jodoh tidak perlu dicari
YANG BETUL
1) ALLAH MENYURUH MANUSIA BERUSAHA
YANG SALAH
2) Perempuan hanya perlu menunggu
YANG BETUL
2) Sayidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah s.a.w
YANG SALAH
3) perempuan tiada banyak pilihan sebaliknya lelaki banyak pilihan
YANG BETUL
3) perempuan berhak memilih
YANG SALAH
4) Alang-alang sudah terlanjur,diteruskan sahaja kerana tidak mungkin lagi untuk menemui lelaki/perempuan yang baik
YANG BETUL
4) Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hambanya
YANG SALAH
5) Pasangan yang banyak perbezaan, tidak kekal dalam perhubungan
YANG BETUL
5) Perbezaan boleh menjadikan pasangan saling lengkap-melengkapi
YANG SALAH
6) Perlu bercinta sebelum kawin
YANG BETUL
6) Ramai pasangan yang bercinta gagal ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan yang tidak kekal.Islam menganjurkan cinta selepas kawin.
YANG SALAH
7) Pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan sentiasa ber'sms' dan berjumpa
YANG BETUL
7) Selagi belum berkahwin ,syariat membataskan hubungan antara pasangan.Mereka tidak dibenarkan bebas berjumpa @ ber'SMS' sehingga melalaikan
YANG SALAH
8) Janji manis pasangan harus dipercayai.Contohnya seorang lelaki yang berkata kepada teman wanitanya,"I tidak ada harta tetapi i ada cinta".
YANG BETUL
8)Lelaki demikian sebenarnya tidak bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras mengumpul kewangan untuk menyara bakal pasangannya . Hidup berumahtangga memerlukan banyak tanggungjawab yang perlu disempurnakan termasuk menyediakan keperluan untuk ahli keluarga.Semuanya memerlukan belanjawan.
YANG SALAH
9) Contoh yang lain,''I tidak akan usik U sebelum kita nikah''.
YANG BETUL
9) Dengan sebab wanita mempercayai lelaki, dia mula mengikuti pasangannya ke mana sahaja yang dibawa.Oleh itu,tidak hairanlah apabila realiti menunjukkan ramai pasangan sebegini akhirnya terjebak dalam kancah perzinaan....
Posted by me??? at 7:55 PM 0 comments
Seorang lelaki telah mengutuk Abu Amir al-Sya'bi.Beliau lalu berkata kpdnya :
Posted by me??? at 7:26 PM 0 comments
Posted by me??? at 5:16 PM 0 comments
Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta @ saling cinta mencintai.Bercouple mungkin.Ttpi bkan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” -
Rajanorhanani Rajanorabidinshah ~ Mana Satu pilihan Hati ~
“Hati kita ni walaupun dlm dada kita sendiri,ia tetap bkn milik kita. Kita tak mampu utk mengawalnya.Hanya Allah yg blh memegangnya.Sebab tu kita kena dekatkn diri dgn Allah.Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita.Bila dia pelihara & masuk dlm hati kita,itulah nikmat lazatnya bercinta.Masa tu biarpun 1 dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dgn nikmat bercinta dgn Allah,Bercinta dgn Allah sgt berbeza dari bercinta dgn manusia.Kerana tentulah pengalaman bercinta dgn lelaki kaya,rupawan,sempurna & bijaksana tak sama rasanya bercinta dgn lelaki miskin, hodoh,cacat & dungu,Betapa nikmatnya cinta Allah,hanya mereka yg pernah merasai sahaja yg mampu mengerti”--
Posted by me??? at 7:25 PM 0 comments
dan DIA memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka sangkanya.Dan barang siapa bertawakkal kepada ALLAH ,niscaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan-NYA.Sungguh, ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu .( At-Talaq ayat 3)
Itulah perintah ALLAH yang diturunkan-NYA kepadamu;barang siapa bertakwa kepada ALLAH niscaya ALLAH akan menghapus kesalahan - kesalahannya dan akan melipatgandakan pahala baginya.
(at-Talaq ayat 5)
Posted by me??? at 11:41 PM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim
assalammualaikum..
Ketika sedang melalui waktu MC yang sangat best ini, (MC untuk rehat bukan untuk ini sebenarnya)...
dengan keadaan persekitaran yang sunyi ini, dan hanya bunyi kipas siling sahaja yang kedengaran..tiba2x keluar ilham untuk menaip, sepatutnya assignment yang ditaip bukan nya ini..<=
kata orang bila dah duduk sorang2x hanya aktiviti berfikir ataupun berangan sahaja yang akan dibuat betul ke?
ntah lah tepuk dada tanyalah diri sendiri tu...
bulan ini memang bulan yang agak mencabar untuk aku..bulan yang penuh dengan aktiviti dan bulan yang mungkin ada hikmahnya jugak untuk aku..dan juga bulan untuk berehat dari segala tekanan sekitar...(tekanan ke?eh bukan tekanan tu diri sendiri yang cari ke? gulp!)
kalau ikutkan rasa hati, rasa nak menjerit nak menangis nak sebagainya lah sekarang bila difikirkan semua tu..tapi bila difikirkan kembali ..buat apa nak menjerit?buat apa nak menangis?buat apa nak tertekan? ALLAH kan ada..kenapa tak mengadu segalanya pada ALLAH sahaja?buat apa nak mengadu pada orang lain yang boleh memudaratkan dirimu sendiri? (tak salah untuk mengadu tapi pastikan yang dipilih itu betul dan amanah dalam menyimpan segala aduanmu,teringat kata umi, waktu baik memang semua akan disimpan , bila sekali ja ada yang tak kena, semua nya akan disebarkan, jadin ingat tu...)
Kan ALLAH tu MAHA PENDENGAR,MAHA PELINDUNG,MAHA BIJAKSANA dan tahu segala galanya tentang aku, mungkin aku rasa semua ini pun,mungkin DIA sudah tahu awal lagi dariku..mungkin ini satu ujian untuk ku?mungkin kan? bila rasa sedih pasti bantal yang akan dicari..menangis lah sepuas puasnya disana..tapi TENANG tak?rasa tenang kejap ja kan..:-) jadi lepas ni kalau sedih kalau rasa nak nangis ..nangislah sepuas puasnya di tempat yang terbaik dan yang menenangkan untuk mu (kata umi) ..dan tempat itu adalah ..solatlah..sujudlah dan tadahlah tanganmu...titiskan lah air mata mu sepuasnya dan mengadu lah pada DIA yang diaATAS... insyaALLAH akan tenang dirimu....
aku memang bukan manusia yang sempurna..
aku juga bukan manusia yang baik
aku juga pasti punya kekurangan
insyaALLAH kesempurnaan itu akan kucari dan ku gali hingga akhir hayatku
keburukan itu akan ku sulam dengan kebaikan satu demi satu...
setiap kekurangan itu pasti ada sebab dan puncanya..dan mungkin itu adalah tugasku untuk mencari mencari dan terus mencari apa kekurangan itu dan mencuba untuk perbaiki setiap kekurangan itu...
Posted by me??? at 9:06 PM 0 comments
Posted by me??? at 7:24 AM 0 comments