Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berputar putar tanpa henti..

INGAT WAKTU KEWAJIPANMU..

Friday, April 20, 2012

Obsesi...

Assalammualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...


Kenapa pipi ain nampak berisi ni???


Selepas berkahwin nampak dah gemuk sedikit....


WAHHHHH BARU 4 MINGGU BERKAHWIN...takkan ini yang dah berubah????


oh tidak!!!!!


tapi memang tak dinafikan 


rasa2x semput itu sudah ada (signal awal)..menandakan bahawa berat badanku sudah naik...


adu dudududu


rasanya bukan saya sahaja yang mengalami perubahan sebegini (walaupun naik 2,3 kg itu sudah dianggap masalah berat tu) ...tetapi semua wanita yang sudah berkahwin juga pasti telah melalui pengalaman sebegini bukan???


bagi yang maintain dan cun sahaja...tahniah saya ucapkan..


tetapi yang mengalami masalah seperti saya...(ini bukan masalah sebenarnya..ini BAHAGIA...sebab bila bahagia ..tak sedar mulut pun bahagia untuk mengunyah)....hehehe


JANGAN LUPA UNTUK TERUS BERTINDAK!!! bertindak dalam mengembalikan berat kepada yang asal...


anggap sahaja kata2x orang lain yang mengatakan bahawa anda gemuk...itu sebagai kata2x peransang dan sebagai amaran!! bahawa memang anda wajib menjaga tubuh badan anda semula!!!


* memang saya tidak dapat nafikan...saya agak takut pada kegemukan..memandangkan saya pernah melalui fasa2x zaman kegemilangan kegemukan yang agak mem FOBIA kan saya...dan sangat seksa untuk menurunkan berat badan yang mengambil masa bertahun lamanya...barulah dapat mencapai berat badan yang ideal (itupun masih tak puas hati!!!) 


* dan apabila orang lain menegur saya gemuk..saya akan cepat cemas ..(adakah itu merupakan satu penyakit???) ahahaha..


* mungkin bagi kaum adam...mungkin mereka ok...tetapi bagi kaum hawa seperti saya...mungkin ini satu masalah...(jangan difikir masalah dong!!!....)


*kita nak sentiasa cantik di hadapan suami...itu sangat penting!!!


* So apa tunggu lagi??? bertindak sekarang.....!!!


* apa yang harus diambil tindakan???


- JAGA MAKAN
-JAGA BADAN
-JAGA KESIHATAN
-JAGA KESEMUANYA UNTUK KEBAHAGIAAN....


ok peace....

Wednesday, April 4, 2012

SAYA TELAH SELAMAT DI 'PUAN' KAN... -PEACE-

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....
ASSALAMMUALAIKUM...
SALAM SEJAHTERA KE ATAS KAMU SEMUA & SEMOGA ALLAH SWT MELINDUNGI KITA SEMUA YANG BERADA DI MUKA BUMI YANG SANGAT INDAH INI...amin ya rabbal alamin...


tanggal 23.3.2012...tepat jam?? (jam brapa ya??? oohh maaf saya tak alert pula jam brapa...tapi waktu pagilah)...bertempat di sebuah masjid yang sangat indah...dan dikatakan terapung..(terapung ke??) dengan kedudukan masjid yang berhadapan dengan pantai teluk likas yang indah..(walaupun tak dengar bunyi ombak dan hanya dengar bunyi kereta yang lalu lalang menggunakan lebuhraya di sepanjang tepian pantai itu sahaja) hi3x...


dengan ini ...
saya mengumumkan...
yang saya telah selamat ditukarkan status..daripada gelaran CIK SNOW WHITE..KEPADA PUAN SNOW WHITE... dan menjadi hak milik yang sah serta mutlak kepada seorang putera yang mempunyai ketinggian 6'2 inch...dan berat? ohh maaf saya pun tak pasti tetapi sangat segak dan  tampan pada diri saya...(dah suami!!)...Mr Husband....!Prince Snow white yang berasal dari negeri  JOHOR...dipertemukan serta disatukan jodohnya dengan Princess Snow White di bawah bayu...subhanaALLAH...alhamdulillah...menyatukan antara dua negeri walaupun berada di bawah 1 negara...


dengan sekali lafaz sahaja ...princess snow white sah menjadi milik prince snow white...


(JARAK BUKAN FAKTOR PENGHALANG DALAM PENCARIAN DESTINASI JODOH UNTUK SESEORANG MANUSIA...,yang penting yakin dengan ALLAH SWT dia tahu siapa jodoh untuk setiap hamba yang diciptanya ini...)


bila ditanya...
macammana boleh kenal..??
(hoho itu kuasa ALLAH SWT...)
terima kasih kepada adindaku...
kerana dia lah perantara semua ini berlaku...
i love u so muuahhh


inai yang dibeli sewaktu mengerjakan umrah pada tahun lepas..waktu tu niat utk belikan sahabat yang nak menikah...rupa2xnya lebihan inai tu diri sendiri juga yang pakai...alhamdulillah..
dipasang jam 11 malam (malam sebelum nikah) and only took 10 minutes and done ! no need to awake until morning...thx my cousin for ur helped!!

 impian nak pakai crown ni akhirnya terlaksana juga.....


aku terima dirimu sebagai suami ku
sebagai teman hidup ku
sebagai cinta halal ku
sebagai penawar hidup ku
sebagai pelengkapku
hingga ke hembusan terakhir ku


ahhh ini lah salah satu nikmatnya bila dah HALAL!!!!




so to all the readers...
(perasan ramai jenguk lah ni) hahaha
doakan semoga ikatan ini 
kekal bahagia hingga ke akhir hayat kami 
mendapat keberkatan serta rahmat
dan menjadi sumber pahala kami berdua untuk 
di bawa ke perhitungan kelak...
zuriat yang cemerlang gemilang terbilang untuk dunia dan akhirat...


amin ya rabbal alamin...


dan kepada yang masih berstatus 'CIK' atau single ..
don't give up to keep searching your truly lover!!...
yang penting batas2x dalam perhubungan WAJIB DIJAGA...!!
lelaki yang ingin menjadikan kamu suri hidupnya..tidak akan sekali2x menyentuh kamu sebelum kamu halal untuknya...!!
dan jangan sekali-kali menyerahkan diri kamu suka suki kamu untuk seseorang lelaki yang bukan halal untukmu lagi!!!


nak jodoh yang baik bukan???
so kena jadi baik dahulu.....
jangan terima pada hartanya..
jangan terima pada kedudukannya...
jangan terima kerana status nya..
tetapi terima kerana AGAMANYA!! serta akhlaknya...
terima kerana dia mencintai mu dan mencintai seluruh yang ada pada mu...termasuk ibu bapamu..adik beradikmu serta keseluruhan keluargamu...


(ingat...ini pesanan dari princess snow white ye!!!)


selepas ini ..rasanya aktiviti blog ni akan dikurangkan...untuk mencari ilham yang lebih berfaedah untuk dikongsikan bersama...insyaALLAH....


dada didi dudu!!!


assalammualaikum