Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berputar putar tanpa henti..

INGAT WAKTU KEWAJIPANMU..

Thursday, September 29, 2011

KISAH PERTANDINGAN AKADEMI PINTAR ADIKKU 2011 SEPARUH AKHIR.....

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum...



            aqmal haqim
 (maaf video nya jauh dan kurang jelas sebab ibunya duduk jauh dari pentas) 



alhamdulillahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh malam ni 50% aku rasa legaaaaaaaa ....

sebabnya salah seorang daripada anak didikku berjaya masuk ke final akademi adikku pintar untuk tahun 2011...kalau tahun lepas abangnya yang ku didik untuk menjadi pemidato...kali ni giliran adiknya pula ...kalau tahun lepas seorang sahaja pertaruhanku..tapi tahun ni ku pertaruhkan DUA orang hero ku....


Muhammad Miqdad bin 
ustaz nizam.
5 tahun 
(kata si miqdad waktu pertama kali bertemu ku dahulu) hahaha



Aqmal haqim 
(6 tahun)
hari ni sengaja pakai sama color sebab dah janji dengan aqmal semalam nak pakai warna hijau..


mereka adalah anak2x yang sangat berbakat..bukan sahaja bijak dan petah berbicara tetapi....memang cemerlang,gemilang dan terbilang lah katakan...

kisah mereka hari ini..memang mendebarkan..bayangkan hampir 2 minggu aku tidak dapat tidur lena ..sebab hanya memikirkan mereka berdua...berbanding dengan tahun lepas...miqdad dan aqmal..lebih kepada permainan emosi ....tersalah kata ..mereka akan merajuk...
tak diberikan apa yg diminta..akan mudah untuk merajuk...
jadi untuk mengelakkan mereka dari merajuk..cikgu nya serta ibu bapa mereka masing2x...selama 2 minggu...2 minggu jugalah..mereka ditatang seperti minyak yang penuh ...macam RAJA lah mereka...tak boleh di marah..dibetulkan boleh tapi jangan sampai moody ...hehehe bijak kan dorang ni....


 -aqmal & miqdad sedang sabar menanti giliran masing-masing-


-habis sahaja pertandingan...vromm balik ke kk,dan ini lah suasana jammed di persisiran pantai likas di waktu petang-

Wednesday, September 28, 2011

................o......o..............o..................o

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum...


baru sahaja pulang dari melatih aqmal haqim dan miqdad...dan ini pertama kali aku memberanikan diri masuk ke kawasan kg malam2x..yg tidak mempunyai lampu jalan raya dan hanya bertemankan katak yang melompat lompat untuk melintasi jalan raya...


kalau nak dikatakan kawasan dalam..tak lah dalam juga..cuma belum sampai kemudahannya...hurm...malam ini aku dapat merasakan kembali suasana yang betul2x kampung...masuk dalam rumah aqmal..aku teringat kembali kehidupan ku di kampung dahulu...hampir 10 tahun aku meninggalkan kehidupan kampung...
10 tahun juga lah aku sangat jarang sangat2x jarang mendengar bunyi cengkerik berkumandang dan bernyanyi nyanyi di luar rumah..bunyi burung hantu yang kadang2x menyeramkan...bunyi TOKEK sejenis cicak yang melekat di tepi2x dinding...rindunya aku pada suasana itu...


oh sebelum tu..jangan salah faham..aku pergi ke rumah aqmal malam2x ni pun..sebab ayah aqmal bekerja malam..jadi yang tinggal hanya ibunya,aimin,aqmal haqim,ikhwan dan c comel zaem ...sebelum tu ku singgah ke rumah miqdad untuk mengambil miqdad sambil melatihnya bersama-sama dengan aqmal..baru lah ku ke sana....


masuk sahaja ke rumah aqmal..aku dapat rasakan ketenangannya...
biarpun hidup mereka sederhana tetapi mereka gembira dan menerima seadanya...suasana dingin dan tenang di dalam rumah itu walaupun kapasiti keluasan rumah itu agak kecil..tapi aku suka berada di rumah tu...makan malam di meja segi empat yang kecil..sambil ibu aqmal memangku anaknya Zaim yang baru berusia 5 bulan dengan beratnya yang hampir mencecah 9kg..langsung tidak menganggu ibu aqmal untuk menikmati hidangan yang sememangnya menyelerakan..dengan hidangan yg ala kadar ..cukup sekadar ada satu jenis sayur..ayam masak kari..dan ayam goreng kesukaan anak2xnya..oh ya serta telur masin...kegemaranku...SUBHANALLAH...memang enak sekali...ditambah lagi dengan aqmal,miqdad,aimin berada di sekeliling meja itu..makan dengan penuh sopan..dan ada juga keluar manja mereka untuk disuapkan..wahhh seronoknya aku rasa...rasa seperti betul2x suasana yang sangat2x menggembirakan aku malam ini...


malam ni juga aku dapat merasai kembali betapa seronoknya menjaga seorang bayi...ku dodoikan c zaem sementara menunggu ibu aqmal mandi...sambil ku dodoikan dia di buaian...ku dengar aimin,aqmal dan miqdad berjemaah untuk solat isha..walaupun aku dengar mereka ketawa2x sambil solat...hehehe (maklumlah imamnya baru berusia 7 tahun..dan makmumnya pula 5 dan 6 tahun)...:-)
bertuah ibu aqmal kerana mempunyai anak2x seperti mereka...
bertuah juga ibu miqdad kerana mempunyai miqdad yang cukup petah berbicara...


ku latih mereka berpidato..memandangkan esok adalah hari pertandingan mereka di peringkat separuh akhir..(dari semalam aku hanya dapat melelapkan mataku hanya sejam...kerana risaukan mereka..tetapi ku tetap terus berdoa semoga esok adalah hari cemerlang untuk mereka berdua..amin).....


:-)


sewaktu memandu hendak pulang menghantar miqdad balik ke rumahnya..miqdad yg tertidur dengan bertopengkan topeng ultramannya..(aku rasa dia pakai topeng tu sebab takut nak tgk pemandangan gelap diluar hehehe)
aku terfikir...kehidupan mereka macam tu pun mereka masih bersyukur dan mampu untuk bergembira....lauk pauk hanya ada beberapa jenis..dan kalau tak habis mereka akan simpan dan menikmatinya pada waktu lain...tetapi bagaimana pula dengan keluarga lain???terus ku teringat satu scene dalam cerita AMAN di tv3 
keluarga kaya raya tinggal hanya berempat..lauk pauk hampir penuh satu meja..last2x tak habis buang dalam tong sampah..
sedangkan masih boleh disimpan dalam peti sejuk dan di panaskan untuk esok pagi...ni tidak..buang dalam tong sampah macam tu sahaja...nampak sangat mereka lupa pada kesusahan dalam mencari wang ringgit semata2x untuk menikmati semua makanan yg dibuang itu....


aku rasa...walaupun kita mampu...adalah lebih baik untuk hidup dalam serba sederhana...rumah yg sederhana...bila aku duduk sorang2x pun aku tak takut...kalau duduk rumah besar gedabak pun..kalau duduk sorang2x takut jugak kan...yang penting keperluan semua cukup dan biarlah bersederhana...
selagi boleh dipakai selagi itu lah digunakan dengan sebaik mungkin....


akan ku jadikan keluarga aqmal sebagai teladan dan contoh untukku kelak...kesederhanaan yang membawa kepada kebahagiaan yang hakiki...inshaALLAH....


<3 purple... 

Tuesday, September 27, 2011

dubido bido.dubidu bidu..dubida bida...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalammualaikum...


mesti ada yg terkejut kan kenapa tiba2x tajuk kali ni tentang perkataan yg sangat2x ain tak suka dengar...pantang sangat2x...(bukat takat perkataan ni ja..apa2x perkataan yg menjurus kepada maksud yang negatif...semua ain pantang..bukan takat pantang 44 hari...tapi pantang untuk mendengar nya kalau boleh untuk selamanya)

Kenapa harus kita mengucapkan perkataan2x yg negatif..??


Bodoh lah..B*B* lah F**k lah..dan macam2x lagi lah..itu yang selalu ain dengar yg memang selalu terdengar lah....
kenapa harus kita katakan perkataan sebegitu..
mahal sangatkah perkataan tu sampai rasa bangga bila menyebut dan mengeluarkan perkataan sebegitu???


adakah timbul rasa bangga bila menyebutkan perkataan2x sebegitu...
alhamdulillah mungkin berkat didikan org tuaku...
seingat ain
dari kecil sampai sekarang 
ain tak pernah sekalipun mendengar org tua saya melafaz kan perkataan2x sebegitu di hadapan kami atau ditujukan kepada kami adik beradik...perkataan 'Kurang Ajar" pun langsung ain tidak dengar dari mulut orang tua ain..sehingga kini...
dan alhamdulillah mungkin dari didikan sebegitu..
ain dan adik2x langsung ANTI pada perkataan perkataan sebegitu...


ain masih ingat pesanan umi ain...pesanan umi ain sejibik sama dengan kuliah yg ain selalu dengar baru2x ni di tv1 jam 6.30 pagi 'Ta'alim'
setiap perkataan terbentuk sejak kita dari dalam kandungan lagi...
dan disebabkan itulah..bakal2x ibu ..harus sentiasa menjaga tutur kata...terutama sekali jagalah hati itu...
kerana setiap perlakuan yg ibu lakukan ketika mengandung...pasti akan terkesan pada anak yg dikandungnya...
setiap tutur kata seorang ibu itu adalah doa..
jadi kalau kita inginkan anak2x kita menjadi anak yg terbaik dunia dan akhirat..doalah yang baik2x untuk anak kita..
kalau dalam hati kita asyik mengeluh sana sini benda yang negatif..cakap perkataan2x yg negatif tak mustahil anak yg dikandung apabila keluar nanti..sedikit sebanyak akan terkesan pada mereka..pada waktu tu..bila anak mengeluarkan perkataan yg negatif..kita jangan terkejut dan jangan terus marah pada anak tersebut...FIKIR DAHULU MASA LALUMU......baru kita akan tahu dari mana puncanya dan dari mana mereka mempelajari perkataan tersebut...


persekitaran juga memberi kesan pada perkataan2x negatif ni..lihat sendiri di dalam kelas ain sendiri..anak2x murid baru berumur 5-6 tahun...tetapi ada yg sudah berani bercakap perkataan yg negatif...tapi mereka tahu ain cukup tidak suka pada setiap perkataan tersebut..pernah sekali ku bubuh cili hidup dalam mulut salah seorang muridku..(tapi ku bersihkan dahulu cili tu...dan sebenarnya cili tu pun cili color hijau yg besar tak pedaspun) hehehe


kerana memanggil rakannya 'bODOH'....dek kerana kerap mendengar dia bercakap perkataan tu diriku pun jadi hilang sabar dan bagiku perlu diberikan pengajaran...ku potong2x cili tu depan dia dan murid2x ku yg lain..kemudian ku berikan pada dia untuk makan..bila dia tak nak...aku masukkan dalam mulutnya...murid2x lain tercengang....(dalam hati ku hanya ALLAH yg tahu apa perasaan ku waktu tu..takut pun ada ..takut dia report pada mak abahnya)..mulai dari hari tu...murid tu berubah hingga lah sampai satu hari...


ibu nya datang bertemuku dan berterima kasih padaku....katanya anak nya dah tak nakal dah..cakapnya pun perlahan dah tak teriak2x dah...dan bahasanya pun dah ok...dah tak cakap perkataan2x negatif dah...(lega lega lega)....dari situ baru kuceritakan apa yg ku dah lakukan pada anaknya....alhamdulillah nasib baik lah mak nya ok..kalau KO apa dah jadi kat saya ni rasanya ya hehehe....


itu satu situasi..


satu situasi yang lain pula..


ada pada individu2x yg dah dewasa lah..
bila kita dengar..kita cuba tegur..anggap gurau2x 
alah gurau ja pun..
tapi bagi ain ...gurau nya harus pada tempatnya..
bayangkan kalau kita bergurau gurau cakap yg sopan..anak2x kecil ada pula tu..n dengar...(jangan terkejut budak 5 tahun pun dah boleh ajuk balik cakap yg dia dengar n rasa best tau)


kalau anak2x tu tiru n praktikkan pada kawan2x nya tak ke gurau jugak tu???


bergurau gunalah perkataan yg berhemah sikit...yg kalau ditiru oleh anak2x pun takpe...sebab tak memudaratkan pertuturan mereka juga...:-)




situasi yg ketiga...


hari ni...
yup hari ni...
suka suki ja seorang cikgu ni..
kata murid prasekolah ni 'masih bodoh'
dalam hati hanya ALLAH ja yang tahu apa perasaan ain bila ain dengar perkataan tu...
tapi ain senyap ja ..tak berani nak melawan atau membalas fakta sebab atas dua perkara..
1) dia lebih berusia dari ain...(hormat sikit)dan tak nak memburukkan keadaan waktu itu...
2) rasanya bila dia nak tdo mesti dia terfikir semula apa yg dia cakap depan ain tu rasanya dah terlebih kot...mudah mudahan diberikan kesedaran padanya...


ingat tak ada sorang pun di dunia ni yang dilahirkan ja terus2x bodoh...bagi ain ...semua manusia adalah BIJAK DAN PANDAI SERTA CEMERLANG....setiap manusia dikurniakan kebijaksanaan yang tersendiri...dari dalam kandungan lagi anak2x ni dah bijak ...bayangkan mereka pusing2x cari kedudukan yang selesa dalam perut ibu mereka pun..tu dah dinamakan bijak tau...apa lagi bila mereka dah dilahirkan...bila semakin diasah mereka ni...semakin bijak lah mereka...ingat jangan sesekali anggap anak2x kecil usia 5-6 tahun ni takde fikiran lagi..kdang2x fikiran mereka lebih waras dari kita...


cthnya:


ain dgn anak murid ain miqdad..


ain dengan nada bergurau waktu tu..


cth 1 :


ain : e eh miqdad gelap lah ..syifa lagi putih dari miqdad..tulah miqdad suka main panas...


miqdad : cikgu bersyukurlah ...miqdad hitam ni cikgu ..miqdad bersyukur tau cikgu...alhamdulillah miqdad diberikan kulit yg cantik walaupun miqdad hitam...(gulp..tergamam bukan...)




cth 2 :


ain : miqdad cikgu gemuk tak??


miqdad : cikgu bisaiiii (cantik) tak gemuk...


ain : eee cikgu gemuk sudah ni miqdad banyak makan..


miqdad : alhamdulillah kita ada makanan cikgu bukan macam negro di tv tu kurus sebab tiada makanan...


(tak bijak ke namanya tu????)


back tu the point....


masalahnya sekarang bila ain sebagai guru prasekolah cuba membendung anak2x prasekolah saya daripada menyebut perkataan2x negatif...timbul satu isu lagi...


cikgu2x nya pula yg cakap perkataan negatif...jadi pada siapa harus dijadikan contoh kepada murid2x?????


fikir2x lah sendiri sebelum bercakap...ye....<3 hazel purple....

Friday, September 23, 2011

bersabarlah wahai hazel...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum....


Sunyi 
sepi
bosan
blur...
rasa nak nangis
itu semua apa yang ku rasa kini
sigh..lambatnya masa berlalu..
ikutkan rasa hati
nak sahaja rasanya 
aku putarkan jarum jam
dan putarkan hari 
supaya setiap hari
ia cepat beredar
dan bertukar hari
tanpa harus ku menunggu dengan begitu lama


T.A.P.I


kenapa kau tak boleh nak bersabar hazel??
kenapa kau tak cuba untuk memupuk sifat sabar yg lebih sedikit untuk apa yang kau inginkan??
cuba kau pupuk hatimu..
jangan kau biarkan 
si tanduk dua itu 
menguasai fikiranmu
menguasai pendirian mu
dan menguasai tahap kesabaranmu..


I.N.G.A.T


semua ini ada sebab nya..
ada sebabnya hazel...
bersabarlah..
dan percayalah
berkat kesabaranmu itu..
kau akan dapat ganjaran yang langsung kau tidak sangka2x...


pada waktu itu
pasti 
pastinya
kau akan tersenyum dan berkata...
ALHAMDULILLAH
kemudian air matamu akan menitis..
air mata kegembiraan mu..
kerana berkat dari sabarmu itu lah 
kau berjaya mendapat sesuatu yang kau idam2xkan..
pada waktu itu 
jangan kau lupa pada sujud syukurmu...
doa mu padaNYA
kerana memakbulkan permintaan mu..


jadi..
bersabarlah wahai hazel..

Wednesday, September 21, 2011

in progress to create my own design of jilbab labels and sell on9...♥

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum....

sebenarnya projek ni bermula dari sumber ilham umi ku sendiri...sejak aku balik dari tanah suci..aku ada beli sehelai tudung dari medina...bila bercuti di kundasang...aku rasa mcm nak ubah suai ja tudung yang aku beli dari medina tu..kebetulan umi ku ada inner hitam yg di bawanya dari rumah..(apa lagi aku pun guna pakai)..ku buka jahitan tudung tersebut..kemudian ku cuba pakai..hingga membentuk satu fesyen yang tersendiri...bila ku pakai..aku rasa selesa..lebih2x lagi bila ia labuh dan menutup dada dan belakangku....lagi2x pula bila umi dan adik ku menyukai cara tudung itu ku gubah dan gayakan...sejak dari itu aku dah start merancang serta ditemani oleh umi ku pergi ke kedai kain dan mencari kain yang sesuai untuk membuat tudung yang baru untukku....hasilnya...ini lah yg terjadi...


doakan semoga segala perancangan ini berjalan dengan selancar lancarnya...amin ya rabbal alamin....

2012..here we go!!!


 ini lah tudung yang ku beli di medina..dan ku ubah menjadi style ku sendiri...3 in 1 boleh diubah untuk jadi telekung solat pun boleh....


kain yg aku dan umi ku pilih di kedai 'jakel'....




Monday, September 19, 2011

if u can tell me....


So far away on a cold lonely night
If I could only hear your voice
,
Then I'd be alright


Tell Me that you love me
Tell me that you care
I just wanna hear your voice,
Come flowing through the air

Telephones are lonely
Tell me you're alright
I just wanna feel you near
When I lay down tonight.

I'd give anything to see your face
Just to share the silence of your eyes
Your love is something no one can replace
And while I'm down I don't want you to cry
Please don't cry...


I'd give anything just to get u here
Just to feel your body touching mine
It hurts me to belong to you like this
So tell me that you love me one more time
One more time


Tell me that you love me
Tell me your alone
I just wanna hear your voice
I'm so far from home
Tell me that you love me
Tell me that you care
I just wanna hear your voice
Come floating through the air

Sunday, September 11, 2011

Disaat dalam GELAP..

ASSALAMMUALAIKUM...


Hai kawan, jangan takut jangan resah.

Bila lampu kamar mulai dipadamkan.

Kukan s'lalu menyanyikan lagu ini. Hingga nanti kau tidur bers'limut

mimpi.

Jangan lupa esok kita punya janji.

S'makin cepat kita tidur, s'makin cepat kita bertemu kembali.

Berdoalah sebelum kita tidur,

jangan lupa cuci kaki tanganmu. Jangan lupa doakan mama papa kita.

Jangan takut akan gelap.
Kar'na gelap melindungi diri kita, dari kelelahan.....

Teringat lagi bait2x lagu ni ..
kenapa kita harus jangan takut pada gelap..
tapi aku???
aku cukup takut akan kegelapan...
sedangkan tidur sendirianku pun WAJIB ku pasang lampu..sinar kecil pun jadilah yg penting aku tidak boleh tidur dalam keadaan yg gelap gelita...
mungkin kalian rasa aku ini seorang yang PENAKUT akan gelap..
tapi itulah aku..
aku seorang yang takut pada KEGELAPAN..
aku hanya boleh berada di dalam GELAP, jika mempunyai teman....
baru aku OK di dalam gelap..
aku boleh menangis sendirian bila di dalam GELAP sendirian...
mcm2x yang akan muncul di imaginasiku...

seperti semalam...

di tengah hujan yang cukup lebat..tiba2x..
BLACKOUT!
pertama kali aku berada di dalam bilik dalam keadaan yang amat gelap sekali...nasib baik laptop ku masih mempunyai bateri yang hanya bertahan 34 minit sahaja...ku ambil tasbih ku..
ku selawat sebanyak mungkin, untuk menguatkan hatiku..
hatiku sudah mula berdebar debar..
aku berdoa semoga sebelum tamatnya riwayat 
bateri laptopku
elektrik ada kembali...
sambil itu,aku selongkar semua laci ku dalam hati semoga aku berjumpa lilin dan mancis...namun TIADA..hp ku saat itu hanya tinggal 2 bar sahaja lagi,sebab aku lupa untuk mencasnya semula...
bukan aku tiada housemate.ada..tapi aku tak berani nak keluar dari bilik pun...sebab gelap sangat....
aku biarkan laptop berbuka dan ku sudahkan solat isya ku, selesai solat isya..tinggal 12 minit saja lagi riwayat bateri laptop aku cepat2x ke katil..dan menyelimutkan seluruh tubuh dan muka ku..aku capai hp ku..
pada siapa harus ku hubungi???kalau dahulu tanpa fikir panjang aku akan call orang yg terdekat denganku...menemaniku sehingga elektrik ada semula..tapi kini??? aku cuba untuk bertahan..
tiba2x aku rasa sebak...sehingga tanpa ku sedari air mata jatuh ke pipi...dan aku tak sedar bila lampu menyala semula..sebab rupa rupanya aku nangis hingga terlelap....

(kenapa aku takut pada gelap???)

aku takut pada kegelapan ...
ada beberapa peristiwa yg berlaku ketika aku berada dalam gelap..
dan waktu itu orang2x yang sangat ku sayangi dan menyayangiku..
ada di sisi menemaniku..
tapi kini..dia telah tiada dan telah menghadap iLAhi ketika aku berusia 12 tahun lagi...
kalau black out...pasti aku akan teringat..dia akan menyalakan lampu minyak tanah...kemudian membuat kopi pekatnya sambil menghisap rokok 'Gudang Garam' kegemarannya...kemudian duduk di tepi pintu biliknya...aku dan yang lain2x baring di katil paksu ku sambil mendengar ceritanya...waktu itu aku langsung tidak takut...rasa seronok pula...tapi sejak dia pergi...semua tu sudah tiada lagi....dan sejak dari itu..setiap kali blackout aku pasti ingatkannya...aku rasa seperti dia hadir menemaniku...
dan aku akan terbau asap rokok gudang garamnya itu...dan itu membuatkan aku rindu...rindu sangat2x pada dia...

sehingga kini aku tak boleh ada dalam keadaan gelap sendirian...
semoga dirimu tenang di sana wahai 'Bapak'......amin ya rabbal alamin




alkisah laksa penang,tomyam dan pekasam...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum...

alhamdulillah selamat sampai ke tempat berkhidmat tepat jam 5.45pm..memang target nak sampai awal sebab takut tak sempat nak asar..(sebab dah zuhur awal2x kat rumah family b4 gerak)...

haaa napa tetiba letak tajuk camni plak ni..
laksa penang lah,tomyam lah dan pekasam??
ada kisah di sebalik ketiga tiga menu ini...
sebabnya..saya ni memang lahhhhhhhhh minat giler3x (ikut slang semenanjung) lah ngan makanan2x ni...
dari dulu sampai sekarang...
asal g mana2x restoran atau warung ..
menu utama yang akan saya cari..sudah tentu lah laksa penang @ tomyam...fuhhh memang kalau nak ajak saya p makan mana2x..tak yah lah nak tanya saya lagi..

nak makan apa ya?
nak order apa??

terus ja order..kalau ada tomyam order lah mee hoon tomyam
kalau takde mee hoon tomyam tapi ada laksa penang..
order lah laksa penang..
tapi kalau dua2x menu tu ada..
nak order dua2x sekali pun saya tatap lamsam!!!
(tapi kena lah tunggu lama saya nak makan..tunggu hadam satu dulu baru sambung balik hahaha)

setakat ni tom yam yang paling kaw tahap cin cau 
kat FLYING CHILIES 
ada kat the garden mid valley...
memang setiap kali p kl..mesti makan tom yam kat sana...fuh..disaat saya menaip ni pun teringat ingat kepedasan tom yam tu...fuhhhhhhhh kalau kat the garden tu tutup..jangan risau..kat AMARIN HEAVENLY THAI mid valley pun ada jugak..cuma environment n tahap kesunyian tu lagi best lah kat the garden tu..walaupun harganya boleh tahan jugak lah jugak mahalnya...(kalau makan tom yam kat cafe asrama dulu...harganya 3x ganda lebih mahal dari tom yam kat cafe..walaupun rasanya hampir sama)
tapi disebabkan dah suka nak makan..makan ja lah..bak kata orang...kita kerja untuk makan....tapi saya punya istilah..
saya kerja untuk makan ikut kemampuan dan hidup dengan sihat hehehe...alhamdulillah...


memang dua tempat tu tom yam yang palingggggggggggggg ummpp!!!


kalau dulu masa time study dulu..
memang setiap hari makan tom yam..campur ngan telur bungkus (idea sendiri supaya nampak banyak) hehhehe
memang ta boring pun sampai lah tukang masak tu sendiri yang berhenti baru lah tak makan tom yam dah hehehe...


al kisah si laksa penang pula..
mungkin ni turun temurun dari umi ku lah ni..
sebab umi ku pun sangat sukakan laksa penang..
laksa yang umi buat sendiri pun memang la sedap !! sangat suka bila umi buat laksa sardin nyumieeeeeeeee.....


setakat ni laksa yang paling sedap 
ada kat pasar malam kerinci..kat pantai dalam
harganya rm3.50 (zaman saya dulu lah)
memang setiap hari isnin n jumaat pegi pasar malam
beli laksa kat sana..tak cukup satu..saya beli dua hehehe
(no wonder lah badan dulu pun jadi dua kali ganda jugak besarnya) hehehe


pastu saya ni particular jugak dengan laksa ni..
sebab tak ramai penjual laksa..yang menjual laksa dengan isi ikan yang betul..kebanyakannya guna ikan sardin..ada pun isi ikan nya ciput sangat..banyak tulang pula tu..
laksa penang yang sangat sedap ada kat penang lah hehehe
ngan kat kuala perlis aduhaiii sedapnya..dengan isi ikannya yang tak banyak tulang...perah ngan limau kasturi ada asam keping pula tu..letak cabai sikit fuhhh meletop!!!!!


pekasam pula...


start minat pekasam ni terjadi waktu kat asrama dulu..
ada sahabatku dari kedah...dia bawakkan aku pekasam..dan dari sanalah.......timbulllllll minat makan pekasam..boleh dikatakan siapa2x kawan ku yang balik kedah confirm aku kirim...
dan pernah aku pegi pekan rabu sendiri borong pekasam...
sebab kat sabah takde semua tu..
adapun tak sama rasanya dengan kat kedah ni...
(dalam hatiku..janganlah waktu pregnant nanti mengidam pekasam...kesian sang suami nak p kedah belikan pekasam hahaha)


pekasam tu paling sedap bila digoreng dengan bawang yang banyakkkkk
bila makan kriuk3x...
semua jenis ikan pekasam saya lamsam..kecuali..ikan keli..
sebab sampai sekarang saya memang tak makan ikan keli..(ada alkisah nya)...


tak yah nasi pun takpe..
ratah macam tu ja pun still berselera lagi...wowwwwwwwwww


ok lah ckup terliur dah ni...
sib baik dah niat puasa sunat dah hari ni..
sabar3x dugaan godaan hehehe..


cau cin cau..
<3 purple...





duhai para para si burung belatuk...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum...


Pagi ini..
Sesudah subh..mata sudah sukar untuk dilelapkan 
ku pandang kiri
ku pandang kanan
kosong...
ku buka laptop yg hampir mencecah usia 5 tahun (banyak jasamu padaku wahai lappy)
ku godek2x website yang selalu ku lihat...
ku godek2x si muka buku..
ku godek2x blog orang dengan niat untuk mencari informasi dan bahan ilmiah (kononnya)
tiba tiba....jeng jeng jeng...
ada satu muka blog yang sangat menarik perhatianku..(nak tahu??cari sendiri aha)
dan kesimpulanku...


duhai si penaip be...log...(para2x burung belatuk)
creative sungguh taipanmu..
setiap bait2x perkataanmu penuh dengan seribu makna...
ku scroll2x ke bawah..
sayu ja membacanya..
ku scroll2x ke bawah lagi..
tenang ja membacanya duhai para2x si burung belatuk..
ku scroll lagi dan lagi...
tiba2x...
adeh!!!!!
kenapa harus ada gambar makanan kegemaranku terpampang di situ ..
di saat feeling ku dah sayu dan tenang..terus teringin nak makan hahaha...
memang si para para burung belatuk bijak sangat...
bagus3x...ada kemajuan...:-)

Saturday, September 10, 2011

Mimpi & Rindu..

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum...

Aku terjaga dari tidurku..
terjaga kerana mimpiku..
apa maksud mimpi itu..
kenapa mimpi itu tiba2x datang
menyapaku??
aku jadi kelu..
hati ku gelisah kembali..
gelisah kerana apa???
hanya aku yang tahu...
rasa hati untuk terus bertindak..
tetapi ku tahan tanganku dari melakukan tindakan itu..
aku kena berpegang pada JANJI..
dan ingat..
mungkin tindakan aku
boleh merimaskan
boleh 'annoy' kan
dan boleh memalukan aku...
kata redha tapi tidak..sigh..
teringat bait2x ini..

Dulu pernah aku bersumpah
Slalu setia jika ku mencinta
memang aku cuba untuk mencinta dan setia..
sampai sekarang
Masih melekat rasa itu

Saat cinta datang padaku

Semua kembali terwujud

Panasi cinta untuk setia merindu

Kerinduan......

sigh

memang Tak akan menghilang

Kan selalu kurasa

dan

Tak mampu kumenghindar

Kau berikan...Apa yang ku pinta
walaupun bukan dari benda atau harta
tapi kasih sayang , cinta, kesetiaan yg diberikan
sudah cukup buatku

Kau mengikatku semua itu hingga kini

Aku tak pernah mengharapkan

Cinta lain datang membelaiku

Aku dapat slalu bertahan

Menahan cintamu disukmaku

Kehadiranmu basuh jiwaku

Engkau sulutkan api cinta diriku

sigh

semua itu mengikat benakku sehingga kini..

aku cuba untuk melupakan

tapi sentiasa bayangannya menyapaku..

aku cuba untuk buang rasa itu

dan aku cuba untuk merindu pada yang SAH

rindu pada Ilahi yang sentiasa melindungiku..

Duhai si penerima cinta si hazel purple...(part 1)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum...

maaf sejak akhir2x ini..
aku sering meluahkan kepadamu...
walaupun kau tidak mempunyai mulut untuk berbicara..
tapi kau boleh membenarkan aku untuk menaip apa sahaja yang ku mahu...

kamu tahu??
sewaktu aku di dalam kereta yang dipandu oleh umi ku..
sedang umi ku berbicara dengan ku..
sempat lagi aku mengelamun...(kalau umi ku tahu pecah rahsia ku aha)

apa yang aku lamunkan dan fikirkan...??
sigh...
aku terfikirkan..ttg sesuatu
sesuatu yang aku betul2x belum pasti..
apa yang aku belum pastI???

aku belum pasti siapa gerangan si penerima cinta si hazel purple...
sehingga kini aku belum pasti..
walaupun ada sedikit bayangan untuk nampak kepastian itu..
tapi aku masih tak yakin..apa benarkah dia si penerima cinta si hazel purple..atau sekadar calon sementara atau singgah sebentar sahaja...

di sini aku taipkan nukilan ku buat
bakal si penerima cinta si hazel purple..
yang aku tidak tahu siapa dia...

duhai bakal cinta si hazel purple..
apa khabar mu disana..??
aku selalu teringatkan mu..(aduh jiwang)
bukan teringatkan wajahmu
bukan juga teringatkan suara mu..
tapi aku teringatkan hati mu..
walaupun kau tak tahu aku siapa di hati mu lagi
kerana ALLAH belum menyatukan kita..
tapi ingin sekali ku bertanya padamu..
bagaimana solatmu??
bagaimana ibadahmu??
bagaimana puasa mu??
bagaimana zakatmu??
bagaimana dengan kesihatanmu??
bagaimana dengan tutur kata mu seharian??
bagaimana dengan ibu bapamu??
bagaimana dengan adik beradikmu??
bagaimana dengan keluargamu??


bagaimana kiranya jika aku adalah jodohmu??
adakah kau sanggup menerima dan redha jika aku adalah jodohmu yang telah ditetapkan oleh ALLAH..??
seandainya aku adalah jodohmu..adakah ibu bapa dan keluargamu sudi menerimaku??dan mereka redha dengan konsep jodoh ini??
adakah kau mencintaiku sekiranya aku menjadi isteri yang sah kelak??
adakah kau mencintaiku kerana kau cintakan ALLAH lebih dariku??
adakah kau bisa menerima dan mencintai 2 ibu ku dan 2 ayahku??
adakah kau bisa menerima dan mencintai serta menyayangi 2 orang adikku??
adakah kau bisa menjadi menantu dan abang yang terbaik buat keluargaku??

aku takut kau mencintaiku kerana diriku bukan kerana ALLAH
aku takut bila hilang cintamu..
sayang dan cintamu pada keluargaku juga akan hilang....
aku takut bila kau mencintaiku kerana paras rupaku..
satu hari nanti ia akan hilang seiring dengan muka kedut2x ku..
aku takut bila kau mencintai susuk tubuhku..
satu hari nanti..bila aku dah melahirkan zuriat untukmu dan menjadi comel gedempol kau akan mengomel dan beralih kepada yang lain kerana fizikalnya lebih mantap dari ku dulu..
jadi cintailah hati ku..
cintailah aku seadanya...
cintailah aku kerana DIA yang menciptakan dan menyatukan kita..





Friday, September 9, 2011

hujan rintik hujan lebat....

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum...

Malam ini sungguh dingin...
dingin bukan disebabkan angin aircond yg sejuk..
tetapi
dingin angin yang diperoleh melalui hujan
hujan rintik2x..semakin lama semakin lebat...
semakin lebat hujan itu semakin kuat angin yang dihasilkannya
dan semakin dingin lah diri ini dirasa...

rindu nya aku dengan suasana kampung...
berkumpul ramai bersama keluarga...
aku ingat lagi..
sewaktu kecilku...
selepas sahaja pengumuman raya..
masing2x sibuk dengan tugas masing2x..
ingat lagi..tarik bulu ayam yang dah direbus untuk dibuat soto ayam untuk juadah raya esok...
masing2x tak tdo sebab asyik 
dengan tugas masing2x sambil mendengar lagu raya di tv..


aku ingat lagi...
rumah yang jadi sasaran serbuan jiran2x ialah rumah familyku..
maklumlah waktu itu soto ayam umi dan abah ku adalah yang paling terkenal sekali di hari raya tu...
memang meriah sekali..


aku ingat lagi...
d pagi raya..aku menaiki basikal bmx ku..warna hijau lagi tu
bukannya pakai baju kurung..tapi pakai seluar dan berkemeja hahaha
dan mengayuhlah sampai ke rumah sepupuku..dari sana konvoi lah kami pergi ke rumah jiran satu persatu...waktu tu kalau dapat rm1.00 wahhh dah banyak dah tu..tapi sekarang rm1.00 orang pandang kedekut pula..hahaha sekarang ni plg kurang pun rm3.00
(berdasarkan orang cakap)...


bila dah banyak kumpul duit raya..
semua masuk dalam tabung kfc..
hehehe
pastu berlumba paling banyak duit dalam tabung ngan 2 orang adikku tu..tapi selalunya aku lah yang kalah..sebab duitku selalu ku guna beli makanan hahaha....


sigh...
waktu2x hujan macam nilah semua benda ni teringat...
aku ingat lagi asal ja waktu hujan mesti aku akan menyanyi sepuas hati...
sebab jiran takkan dengar hahaha....
makin aku nyanyi makin lebat lah hujan..(maksudnya aku tlg katak panggil hujan sekalilah ni) hahaha


sebab tu aku sukakan kanak2x...
sebab setiap kali aku melihat kanak2x terutama sekali anak2x prasekolah ku..
mesti aku akan teringat zaman ku kecil dahulu...(agak2x nakal dari dorang kot hahaha)


sebab tu aku mengimpikan sebuah keluarga yang besar..
aku mengimpikan zuriat yang ramai..(bergantung pada rezeki ALLAH)
sebab aku sukakan suasana kumpul ramai2x..
riuh rendah ngan suara anak2x kecil..
ketuk ketak ketuk ketak kat dapur ramai2x..
bakar lemang..kacau dodol..
(dulu last kacau dodol dah tak ingat dah..tapi tiap kali raya kat banting dulu mesti ada acara kacau dodol nyumieee)


semoga segala impian itu menjadi kenyataan amin ya rabbal alamin


hujan pun dah berhenti
mata pun dah berat
undur diri dahulu
semoga berjumpa lagi di lain hari...


<3 purple...

Thursday, September 8, 2011

Pilihan Hatiku...






Berdiri ku disini hanya untukmu
 Dan yakinkan ku untuk memilihmu
 Dalam hati kecilku inginkan kamu
 Berharap untuk dapat bersamamu


Aku kan ada untuk dirimu
 Dan selalu tuk mu


 Terlukis indah raut
 Wajahmu dalam benakku
 Berikan ku cinta terindah
 Yang hanya untukmu…


Tertulis indah puisi cinta
 Dalam hatiku
 Dan aku yakin kau memang
 Pilihan hatiku


Dalam hati kecilku inginkan kamu
 Berharap untuk dapat bersamamu




inshaALLAH.....<3 purple...

police traffic vs bodyguard

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum...

hye hye hye bertemu lagi kita ya..(jadi penyampai cool fm plak aha)
rasa nak menaip..
tapi tak tahu nak menaip apa..
tapi rasa nak meluahkan juga
tapi tak tahu macammana nak luahkan..
adede 
pening3x..(jangan pening2x...nanti lekas gemuk nanti ahaha...) yeah bila pening otak berjalan dan berfikir bila dah berfikir perut pun krik krok krik krok berbunyi minta diisi..dahlah malam dah ni..ayoyo...

sebenar benarnya..banyak keje nak kena settle kan ni..
tapi tu lah habit bertangguh tangguh...maka bertangguhlah ia..
tapi bila dah masa tu semakin suntuk..
sekejap ja
zip zap zup zap 
siap dah..wallaaa...


ntahlah ...
sejak akhir2x ni..
rasa mcm ada keajaiban yang berlaku
tp keajaiban apa ya??
maksud ku ..
macam ada satu lorong yang sangat sangat mudah untuk ku lalui sekarang..
mcm semua lampu traffic light tu jadi hijauuu ja tak merah2x..kalau nak tunggu kuning..lagi lah takde..
sebab sebelum ni..
asal aku berjalan ke lorong tu..ada yang kuning..
ada yang merah..
sampai aku tak tahu betul ke lorong yang aku pilih ni??
sampai hati pun jadi susah..
serba salah
serba salah terhadap ikutan hati...
kalau ikutkan hati nak je redah traffic light merah tu
tapi ramai polis traffic yang menghalang aku untuk redah..
semua menahan...sampai aku rasa sedih..sedih sebab tak tahu nak pilih lorong yang mana dah...kehendak hati sekarang..atau kehendak hati polis2x traffic tu...
tapi aku tahu polis3x traffic tu sayang kat aku...
sebab tu mereka mengawasi aku...supaya tak langgar traffic light merah tu..sebab kalau aku langgar..tak sure lagi aku selamat ke tak...


btw...sekarang ni..aku rasa pelik...dan ajaib sangat..
sebab dalam jangka waktu yang sangat tak dijangka jangka..
tiba2x muncul satu bodyguard yang sangat tinggi..kalau aku pakai heel 4 inch pun still kalah lagi..pastu ada 4 mata..
wahhh memang cukup cctv untuk mengawasi aku...tapi bodyguard tu sangat berkhemah tinggi..sampaikan polis2x traffic yang selama ni menjaga aku pun..boleh cair ngan bodyguard yang muncul tiba2x tu..


ingatkan polis2x tu tak bagi lah aku untuk melantik bodyguard tu jadi bodyguard akhir hayat aku..
tapi sebaliknya...
rasa macam di bentang permaidani purple pula untuk aku melalui lorong yang aku pilih sekarang ni bersama bodyguard tu...
tapi tak confirm lagi jadi ambik ke tak..sebab sekarang ni bodyguard tu baru diberi pelantikan jawatan ja pun..belum disahkan jawatan lagi...jadi aku???


sabar sabar sabar...
doa doa doa
usaha usaha usaha


tu ja sekarang ni ...tapi memang tabik spring lah kat bodyguard tu..saya doakan semoga bodyguard tu disahkan jawatan cepat ye...
sebab saya ni tak pandai nak bersilat untuk lawan penjahat..setakat kungfu panda tu saya tahulah sikit3x..ahahaha


ok da da da
<3 purple


wassalam