Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum...
wahhh hari ni dapat mc...sebab fever + diarrhea...wahhhh memang best dapat rest...setelah sekian lama tak dapat rest betul2x (ya ka?)....semenjak dah berumahtangga..nak tidur pun fikir lagi esok nak buat apa untuk suami dan rumahtangga...hari ni pula kepala asyik fikir (bilalah nak ada air ni...dah lah sakit perut...time sakit perut lah takde air) adede.....nasib baik ada air yang sumbernya sangatlah kecil di sinki dapur...angkut lah baldi untuk dipenuhkan di tong bilik mandi..(fuh berpeluh jugak buat keje ni) sekali tergelincir lah pula....sekali lagi kesakitan lain yang berlaku...(sib baik tak pregnant lagi..kalau pregnant camna lah jadinya dah lah sorang2x kat rumah time tu adede)....
lebih kurang jam 11 begitu selepas sholat dhuha...(lewatnya lahhh)
aku kuatkan juga dan tahankan jugak perut serta badan ni untuk ke clinic...(mula2x nak g emergency hosp..tapi last2x MA kat sana suruh g clinic pula) adede...
sebelum ke clinic aku ke ATM untuk mencucuk duit...
dah lah que panjang...aku pula tengah pening kepala...(dengan jaketnya n stoking tebalnya) biar ja lah hahaha
aku terfikir..kan bagus kalau ada 1 atm kat semua bank di malaysia n dunia ni yang khas untuk orang sakit dan OKU...tak perlu tunggu dan berdiri lama2x...kalau tup2x pengsan camna...pengsan sebab berdiri lama...lagi satu hal kan?? (memudahkan orang yang sakit sebenarnya..serta OKU)
aku pun ke clinic lah...
clinic macam biasa ramai orang...ada 11 orang lagi yang menunggu giliran sebelum tibanya giliran aku untuk dirawat..ayohhhhhhh kaki ku dah sejuk dah time tu....nasib baik lah ada bwk phone boleh lah hilangkan boring....godek2x info dalam internet... apa yang menarik perhatianku ketika itu ialah Dr Mohamed Morsi...sangat menarik kisahnya...semoga dia menjadi pemerintah yang dilindungi dan dirahmati ALLAH SWT...ameen ya rabbal alamin...
kemudian aku tertarik lagi dengan seorang adik manis yang cantik duduk di sebelahku..
sedang mengandung... ku mulakan perbualan dengannya..
Saya: berapa bulan sdh?
Adik manis : mo 7 bln sdh
Saya: umur brapa?
Adik manis: 16 thn
Saya : (haaaaa! Dlm hati)
ini anak pertama?
Adik manis: tidak ketiga sdh.
Saya: (haaaa! Dlm hati)
sk lagi?
Adik manis : form 1 lg berhenti.
Saya: (adoiiii dalam hati)..
tak nak tanya lg dah.
awalnya adik manis ni melahirkan anak...
takpelah dah ditentukan untuknya kan...
(tapi dalam kepala..sayangnya dia berhenti sekolah...)....
Tuesday, June 26, 2012
Ragam Manusia
Posted by me??? at 7:16 AM 0 comments
Monday, June 18, 2012
hampir 3 purnama
bismillahirrahmanirrahim..
Posted by me??? at 9:20 PM 0 comments
Monday, May 14, 2012
gila kuasa.... kuasa gila2x....
assalammualaikum
Posted by me??? at 5:08 AM 0 comments
Friday, April 20, 2012
Obsesi...
Assalammualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...
Kenapa pipi ain nampak berisi ni???
Selepas berkahwin nampak dah gemuk sedikit....
WAHHHHH BARU 4 MINGGU BERKAHWIN...takkan ini yang dah berubah????
oh tidak!!!!!
tapi memang tak dinafikan
rasa2x semput itu sudah ada (signal awal)..menandakan bahawa berat badanku sudah naik...
adu dudududu
rasanya bukan saya sahaja yang mengalami perubahan sebegini (walaupun naik 2,3 kg itu sudah dianggap masalah berat tu) ...tetapi semua wanita yang sudah berkahwin juga pasti telah melalui pengalaman sebegini bukan???
bagi yang maintain dan cun sahaja...tahniah saya ucapkan..
tetapi yang mengalami masalah seperti saya...(ini bukan masalah sebenarnya..ini BAHAGIA...sebab bila bahagia ..tak sedar mulut pun bahagia untuk mengunyah)....hehehe
JANGAN LUPA UNTUK TERUS BERTINDAK!!! bertindak dalam mengembalikan berat kepada yang asal...
anggap sahaja kata2x orang lain yang mengatakan bahawa anda gemuk...itu sebagai kata2x peransang dan sebagai amaran!! bahawa memang anda wajib menjaga tubuh badan anda semula!!!
* memang saya tidak dapat nafikan...saya agak takut pada kegemukan..memandangkan saya pernah melalui fasa2x zaman kegemilangan kegemukan yang agak mem FOBIA kan saya...dan sangat seksa untuk menurunkan berat badan yang mengambil masa bertahun lamanya...barulah dapat mencapai berat badan yang ideal (itupun masih tak puas hati!!!)
* dan apabila orang lain menegur saya gemuk..saya akan cepat cemas ..(adakah itu merupakan satu penyakit???) ahahaha..
* mungkin bagi kaum adam...mungkin mereka ok...tetapi bagi kaum hawa seperti saya...mungkin ini satu masalah...(jangan difikir masalah dong!!!....)
*kita nak sentiasa cantik di hadapan suami...itu sangat penting!!!
* So apa tunggu lagi??? bertindak sekarang.....!!!
* apa yang harus diambil tindakan???
- JAGA MAKAN
-JAGA BADAN
-JAGA KESIHATAN
-JAGA KESEMUANYA UNTUK KEBAHAGIAAN....
ok peace....
Posted by me??? at 5:09 AM 0 comments
Wednesday, April 4, 2012
SAYA TELAH SELAMAT DI 'PUAN' KAN... -PEACE-
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....
ASSALAMMUALAIKUM...
SALAM SEJAHTERA KE ATAS KAMU SEMUA & SEMOGA ALLAH SWT MELINDUNGI KITA SEMUA YANG BERADA DI MUKA BUMI YANG SANGAT INDAH INI...amin ya rabbal alamin...
tanggal 23.3.2012...tepat jam?? (jam brapa ya??? oohh maaf saya tak alert pula jam brapa...tapi waktu pagilah)...bertempat di sebuah masjid yang sangat indah...dan dikatakan terapung..(terapung ke??) dengan kedudukan masjid yang berhadapan dengan pantai teluk likas yang indah..(walaupun tak dengar bunyi ombak dan hanya dengar bunyi kereta yang lalu lalang menggunakan lebuhraya di sepanjang tepian pantai itu sahaja) hi3x...
dengan ini ...
saya mengumumkan...
yang saya telah selamat ditukarkan status..daripada gelaran CIK SNOW WHITE..KEPADA PUAN SNOW WHITE... dan menjadi hak milik yang sah serta mutlak kepada seorang putera yang mempunyai ketinggian 6'2 inch...dan berat? ohh maaf saya pun tak pasti tetapi sangat segak dan tampan pada diri saya...(dah suami!!)...Mr Husband....!Prince Snow white yang berasal dari negeri JOHOR...dipertemukan serta disatukan jodohnya dengan Princess Snow White di bawah bayu...subhanaALLAH...alhamdulillah...menyatukan antara dua negeri walaupun berada di bawah 1 negara...
dengan sekali lafaz sahaja ...princess snow white sah menjadi milik prince snow white...
(JARAK BUKAN FAKTOR PENGHALANG DALAM PENCARIAN DESTINASI JODOH UNTUK SESEORANG MANUSIA...,yang penting yakin dengan ALLAH SWT dia tahu siapa jodoh untuk setiap hamba yang diciptanya ini...)
bila ditanya...
macammana boleh kenal..??
(hoho itu kuasa ALLAH SWT...)
terima kasih kepada adindaku...
kerana dia lah perantara semua ini berlaku...
i love u so muuahhh
so to all the readers...
(perasan ramai jenguk lah ni) hahaha
doakan semoga ikatan ini
kekal bahagia hingga ke akhir hayat kami
mendapat keberkatan serta rahmat
dan menjadi sumber pahala kami berdua untuk
di bawa ke perhitungan kelak...
zuriat yang cemerlang gemilang terbilang untuk dunia dan akhirat...
amin ya rabbal alamin...
dan kepada yang masih berstatus 'CIK' atau single ..
don't give up to keep searching your truly lover!!...
yang penting batas2x dalam perhubungan WAJIB DIJAGA...!!
lelaki yang ingin menjadikan kamu suri hidupnya..tidak akan sekali2x menyentuh kamu sebelum kamu halal untuknya...!!
dan jangan sekali-kali menyerahkan diri kamu suka suki kamu untuk seseorang lelaki yang bukan halal untukmu lagi!!!
nak jodoh yang baik bukan???
so kena jadi baik dahulu.....
jangan terima pada hartanya..
jangan terima pada kedudukannya...
jangan terima kerana status nya..
tetapi terima kerana AGAMANYA!! serta akhlaknya...
terima kerana dia mencintai mu dan mencintai seluruh yang ada pada mu...termasuk ibu bapamu..adik beradikmu serta keseluruhan keluargamu...
(ingat...ini pesanan dari princess snow white ye!!!)
selepas ini ..rasanya aktiviti blog ni akan dikurangkan...untuk mencari ilham yang lebih berfaedah untuk dikongsikan bersama...insyaALLAH....
dada didi dudu!!!
assalammualaikum
Posted by me??? at 5:13 AM 4 comments
Friday, March 16, 2012
SUSAH HATI KE ATAU HATI YANG SUSAH..ATAU DIRI SENDIRI YANG MENYUSAHKAN HATI??
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalammualaikum...
RASANYA LAMA DAH TAK UPDATE BLOG NI WALAUPUN TAK RAMAI PUN NAK VIEW BLOG NI...TAPI RASANYA SALAH SATU TEMPAT UTK SAYA MELEPASKAN PERASAAN DAN KESUSAH HATIAN INI ADALAH MELALUI BLOG...(SEMOGA SAYA MENAIP BUKAN DISEBABKAN EMOSI..TETAPI MASIH BOLEH MELEPASKAN EMOSI TANPA PERLU MENGELUARKAN PERKATAAN2X YANG NEGATIF)...AMIN...
sepanjang minggu ni banyak sangat benda yang aku harus lalui...
walaupun aku mengharapkan dan berdoa semoga tidak ada apa2x dugaan atau masalah yang akan melibatkan aku ...namun akhirnya ALLAH memberiku dugaan juga...( setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya...mungkin sebagai peringatan untukku dan untuk mendapat lebih ganjaran daripada DIA kerana aku telah berjaya melalui dugaan ini)....insyaALLAH...
dugaan yg pertama :
EMOSI
balik2x berkaitan dengan emosi balik2x emosi..kenapa ni selalu sangat emo2x ni...kalau jadi nemo mcm dalam finding nemo tu takpe jugak...comel jugak bia ditengok..
ni bila emo ja...confirm muka mcm cuka..lebih masam dari cuka..
nak senyum pun adede susah bebeno...memang orang yg nampak akan tahu yg aku ni tengah emo...tapi emo ku melibatkan pergerakan mulutku lebih menjadi kepada TIDAK AKTIF...lebih selesa untuk senyap...tapi kalau anak2x murid buat hal..memang marah pun senanglah nak masuk time2x tengah emo ni...(adakah emo ini disebabkan datang bulan??) oh tidak...langsung tidak ada kaitan ttg itu...
emo negatif ini start muncul bila aku dah terlalu stress dan tak tahu nak buat apa dah...aku lebih suka senyap..walaupun hati aku memberontak tapi org yg melihat boleh tahu aku emo...(amacam tu??)
EMO SEBAB APA???
banyak perkara..
PERKAHWINAN??
PEKERJAAN???
PERSEKITARAN???
HERM... mungkin juga....
PERKAHWINAN
mGKN disebabkan aku ini anak sulung...anak pertama yang bakal melangkah ke alam perkahwinan..jadi ibu bapaku dan diriku sendiri menjadi seperti CULTURE SHOCK!!!!
sampai adakalanya tak tahu nak buat apa...
bila orang kata
RELAXXX TENANGKAN DIRI...
mcm mana nak tenang bila kebanyakan urusan masih belum settle??
lebih2x lagi aku bekerja...ibu bapaku juga bekerja... kalau jarak tempatku bekerja dekat dengan HOMETOWN ku rasanya aku takkan gusar sebegini...sebab habis sekolah ja aku boleh merayau satu bandar untuk uruskan persiapan perkahwinanku...tapi REALITINYA...3 jam perjalanan baru sampai!! atokoi..... langsung tak boleh buat apa2x...harapkan telefon umi ku sahaja utk tahu apa perkembangan...aku pula goyang2x kaki depan laptop menghadap SI MUKA BUKU...
aku anak sulung...
so aku kena lebih berdikari....
aku tak boleh harapkan bantuan ibu bapaku semata-mata...
kerana aku tahu...aku masih punya adik2x yang masih belajar...
dan ibu bapaku sendiri juga masih bekerja...
so aku tak boleh main arah2x....
dan kebiasaannya....segala urusanku last2x perlukan utk aku hadir juga..baru lah dapat disettlekan....apa2x tunggu aku balik dulu apa2x tunggu aku balik dulu...mcm mana tak emo??? 3 jam perjalanan, sekali sampai rumah...haa!! tak settle lagi ????
last2x 3 jam perjalanan + lagi dengan 3 jam perjalanan berurusan...
mcmmana tak emo???
EMO+LETIH = MUDAH MARAH
(bersambung....)
ok sambung balik...kalau tak MUDAH MARAH , MAKAN DALAM bila dah MAKAN DALAM senanglah nak nanges...(eee sikit2x nangis sikit2x nak nangis pls don't be CENGEK girl lah makcik ain)...
PEKERJAAN
Ini lagi kes kedua...pekerjaan..memang lah kita perlu bekerja dengan tekun..apa lagi bila menjadi seorang guru..WAJIB Menyampaikan ilmu dengan serius dan tekun...
ingat guru ni takat mengajar ja ka??
NO NO NO NO
lagi2x guru prasekolah..
SEORANG GURU PRASEKOLAH TERPAKSA BERHADAPAN SETIAP HARI DENGAN...
1) ANAK2X MURID
2) PPM (PEMBANTU PENGURUSAN MURID)
3) PIHAK PENTADBIR
4) GURU2X SATU SEKOLAH
5) IBU BAPA
KENA BIJAK UNTUK AMBIL HATI KELIMA-LIMA KATEGORI INI!!
anak-anak murid biasalah ..dengan kerenah yang berbeza beza setiap hari...tapi tetap best!!
PPM apa lagi bila pregnant...emosi tak berapa nak stabil dan stamina pun kurang bertenaga sedikit..tapi respect kat ppm ...ppm tetap mementingkan kebersihan prasekolah...tu yg sangat best...lepas tu dialah tempat utk saya berborak-borak dan meluahkan perasaan..PPM my BFF...
TAPI
bila dah sibuk2x fikir utk komitmen yg paling penting dalam hidup ni...time tu jugaklah mcm2x problem sekolah timbul..dan salah satunya ialah berkaitan dengan prasekolah...(sebenarnya simple problem ja tapi menjadi isu yg menjadi jadi pula)
memang tertekan...
tapi sejak cuti sekolah ni
umi pesan
SERAHKAN KEPADA PENTADBIRAN..AIN TAK BERHAK UNTUK BUAT APA2X KEPUTUSAN..PENTINGKAN DIRI SENDIRI DAHULU JANGAN TERLALU PENTINGKAN HATI ORANG LAIN...BEKERJA SECARA PROFESIONAL..JANGAN BEKERJA SECARA EMOSIONAL...TEGAS PADA PENDIRIAN TAK PERLU DIPENGARUHI OLEH ORANG LAIN..MEREKA TAK TANGGUNG
MEREKA TAHU CAKAP SAHAJA..
TAPI DIRI SENDIRI YANG TANGGUNG....
so sekarang ni saya dah tak de mood nak fikir ttg masalah sekolah...yg saya fikirkan ialah 'i've already do my best..dah fikir masak2x dan bertanya pendapat pada yg lebih pakar kemudian barulah buat keputusan dengan bijak ...insyaALLAH...
serahkan segala-galanya kepada pihak pentadbir!!!!
pentadbir pula...biasalah bermacam macam kehendak..so SAYA MENURUT PERINTAH...
GUru2..a.k.a rakan sekerja...
PERSEKITARAN
Posted by me??? at 5:49 AM 1 comments
Saturday, January 28, 2012
7 weeks....
Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum...
lebih kurang 7 minggu lagi tinggal...yup 7 weeks more...kalau dikira kira pakai jari...confirm rasa lama lagi..tapi 7 minggu tu..pejam celik pejam celik ..mana sedar tu...tak sedar waktu tu sangat2x pantas berlari meninggalkan kita ke belakang..kalau kita tak kejar..takkan cukup kita nak kejar waktu tu dengan pantas jugak...
petang tadi tiba2x sahabat ku dari perak menelefonku...
dan soalan pertama yang keluar dari mulutnya dan menghadiahkan kepadaku ialah...
"mcmmana ain..?dah sedia dah?"
herm..kalau ikutkan hati mana ada bersedia..bersedia untuk 100%..??? BOHONG LAH...selagi tak lalui fasa kehidupan tu..selagi tulah saya akan tak ready utk semua tu...maknanya apa2x pun masuk dulu baru tahu dah ready atau tidak...
"insyaALLAH...ikut flow sahaja...tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku di setiap masa yg akan bergerak ke depan..ikut ja aturan ALLAH..." kita tak tahu apa yang akan berlaku di babak kehidupan seterusnya bukan? DIA YANG MAHA ESA sahaja yang tahu... <3
cuma sejak dua menjak ini...
hati dan fikiran ku rasanya dah agak melompat lompat ke beberapa perkara lain..yg sepatutnya belum tiba masanya utk aku fikirkan lagi..(diijabkabukan pun belum lagi dah fikir melangkau dari situ)...huhhhhhh...
tapi tak salah jugak kan kalau terfikir sampai ke situ??
PERANAN SEORANG ISTERI??
biasalah jawapan umum yang akan diberikan oleh semua wanita..termasuk diri saya..
-peneman suami
-handle kerja rumah tangga
-masak untuk suami
-basuh baju utk suami..dan macam2x lagi..
itu jawapan yg umum...yg selalu saya dengar...(termasuk saya sendiri)...
tapi sebenarnya....apa peranan sebagai seorang isteri????
peranan itu adalah satu tanggungjawab...
yup tanggungjawab...kalau zaman tengah2x bujang ni..tanggungjawab pada diri sendiri,ibu bapa,family dan kerjaya...
dan selepas 7 minggu ini...
sudah semestinya tanggungjawab ini menjadi bertambah tambah kali ganda...
suami,ibu bapa mertua,anak2x,family sebelah suami...dan macam2x lagi....tanggungjawab tu juga bakal mengajar aku untuk mencapai proses mematangkan diri...berfikiran seperti (UMI) hehehe...respect kat umi..sebab 27 tahun mengharungi kehidupan sebagai seorang isteri....27 tahun dapat menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik....
amanah...
amanah pada setiap kepercayaan yang diberi...lebih2x lagi suami memberi kepercayaan penuh kepada isterinya ..maknanya itu adalah amanah dari suami kepada isteri..(readykah aku utk memikul amanah itu??) INSYAALLAH....
bak kata kakak angkatku..di queensland...
perkahwinan itu adalah satu perkongsian...
Perkongsian dalam apa juga aspek..terutama sekali perkongsian antara suami dan isteri...perkongsian hati,jiwa,batiniah,fizikal,harta,pemikiran,tingkah laku,anak2x dan sebagainya....bagaimana utk merelakan diri utk berkongsi dalam apa juga hal yang hendak dilakukan...bersediakan utk berkongsi suami???andai kata satu hari nanti...muncul seorang lagi bidadari yang bakal menjadi suri di dalam hati suamimu??? (mungkin terlalu awal utk berfikir ttg poligami) tetapi tak salah kalau berfikir ke arah itu...untuk lebih bersedia..."hujan takkan menimpa diri andai diri berteduh di bawah atap...."
tapi insyaALLAH yakin ALLAH tu ada utk kita dan akan berikan yang terbaik utk kita... =)
dan banyak lagi sebenarnya....
ILMU??? cukup dah ka?
dalam masa kritikal mcm ni...rasanya terlalu banyak ilmu yang perlu disumbat dalam kepala otak ni...macam2x bidang yang perlu dipelajari....(mampukah aku untuk sumbat semua ilmu itu???) INSYAALLAH....
AGAMA???
pernah satu ketika sedang aku duduk di depan tv...azan maghrib d tv...sambil dengar azan..sambil aku baca maksud azan tersebut (sedangkan selama ni aku sangat jarang utk memedulikan apa itu maksud azan,kadang2x asal azan..tukar channel lain..yang tahu asal azan ja ok time for SHALAT...tapi tak teringat setiap maksud yang ada dalam azan tu...MALUNYA DIRI INI.......)
tiba2x aku terfikir...
"macammana kalau satu hari nanti..tiba2x keluar soalan dari mulut zuriatku sendiri seperti ini.."
"ibu,azan ni apa?apa maksud azan??kenapa perlu azan??"
"ibu kenapa harus pakai tudung?" ibu kenapa harus solat?"
"ibu kenapa kena baca quran..adik tak fahamlah..ibu faham tak?"
hah??nak jawab macammana ni????
and at that time saya mesti tahu apa jawapan yang perlu diberikan kepada zuriatku itu nanti...jawapan yang betul2x fakta..dan bukan auta...
mcmmana aku nak dapatkan jawapan itu semua??
jawapannya ialah gali2x dan gali...selagi ada masa..selagi tu nak study semua tu.....biar dijawab oleh ibunya bukan dijawab oleh gurunya di sekolah nanti...malunya tu andai kata guru tu bertanya "di rumah ibu kamu tak beritahu ke"...
"ibu saya tak tahu cikgu" jawab zuriatku nanti..
malunya diri ini kalau situasi itu betul2x berlaku...
apa ni belajar tinggi2x..tapi maksud azan pun tak tahu....huh....
haa kalau tak nak macam tu....apa lagi...gali lah jangan tak gali ilmu tu....
ILMU MASAKAN????
ha ni lagi satu ilmu..yang sangat penting..kata orang tua2x..
kalau nak jaga suami..kena jaga perutnya dulu.....
kalau zaman bujang ni..suka hatilah nak masak ke tak masak ..kalau lapar makan lah apa2x yang penting mengenyangkan...
lagi2x lah tengah mood diet ni ..makin lah jarang nak masak...bukan apa kalau masak sorang2x makan sorang2x...boring bah....masak sorang tapi makan ramai2x...dan tengok apa yang kita masak tu licin dan berkilat...rasa puas hati sangat2x..dan ada semangat nak masak lagi dan lagi...
risau tak pandai masak??
SEMUA WANITA akan merasa dirinya tak pandai masak....walaupun hakikatnya mereka boleh masak...bagi mereka ni dah sedap dah..tapi mereka mesti akan fikir..sedap ke kalau orang lain makan?? lagi2x bila mertua nak merasa air tangan menantunya...confirm akan lalui situasi tu..lagilah menggeletar tangan2x kaki2x nak masak apa...sebab dalam kepala...mertua lebih terror masak dari menantu....nanti tersalah masuk itu masuk ini..takut pula ditegur mertua...(tapi apa salahnya ditegur kan???teguran yang membina kekuatan mental diri lagi baik!)....
ilmu rumahtangga terlalu banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk untuk digaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii galiiii ilmu itu sehingga akhir hayat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
SEBENARNYA...dan secara kesimpulannya...
CINTA..??
rasanya cinta tu...biarlah ditimbulkan selepas sah nanti...walaupun bait2x cemburu itu sudah berani utk timbul sedikit demi sedikit..(perempuan biasalah)...tapi pandai2x lah cover...biar ia nampak maintain sustain sentiasa ..ahax....
tetapi
biarlah bunga2x cinta itu mekar di tempat yang betul dan halal...
BUKANKAH ITU LEBIH INDAH...=)
cinta yang kekal hingga akhir hayat nanti...insyaALLAH..kalah pelangi 7 warna hahahaha....
7 minggu ni..
adalah masa untuk mempersiapkan diri...mental,fizikal,jiwa,hati..dan yang paling penting..mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan seorang mahram yang bergelar suami......mengumpul strategi bagaimana untuk berhadapan dengan seseorang yang kita tak biasa berhadapan...mengumpul strategi bagaimana untuk melalui setiap hari bersamanya...dup dap dup dap...dah terasa...walaupun kata umi (ini budak ahh buat relek ja sekarang..tgk lah seminggu sebelum nikah...ndak dapat tidur,percayalah cakap umi)...ya ka ???
bah tgk lah nanti...hahahaha.....takkan lah dup dap2x mahu kasi tahu jugak...pandai2x lah cover....tomboy ayu bah ni ahahahaha (perasan)
GOOD LUCK!!!!!
Posted by me??? at 8:29 PM 0 comments
Tuesday, January 24, 2012
Yassin for atuk..
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum...
tepat jam 1 lebih satu2x nya atuk yang saya masih ada iaitu SADARMAN BIN ROSMAN telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya sendiri hari ini...walaupun saya tidak dapat bersama-sama berada di sisi atuk...tapi saya tahu..atuk pergi dengan penuh ketenangan...Alhamdulillah...
mungkin hikmah daripada raya tahun lepas..semua cucu cucu nya dapat beraya bersamanya...dapat berkumpul setelah sekian lama tidak beraya bersama....dan raya kali ni...kami telah kehilangan dirinya...teringat segala memories bersamanya...balik kerja mesti atuk belikan kami ice cream..walaupun umi marah dengan kami sebab menyusahkan atuk..tapi atuk tetap akan belikan kami ice cream setiap kali beliau pulang dari kerja...atuk seorang yang cukup penyayang pada cucu cucunya...sangat2x penyayang....tak pernah dengar atuk tinggi suara pada kami...
kepada sesiapa yang membaca blog ini..saya mohon untuk kalian sama2x mendoakan al-fatihah dan yassin kepada arwah atuk saya SADARMAN BIN ROSMAN...dan doakan semoga rohnya di tempatkan di kalangan golongan orang2x yang beriman amin ya rabbal alamin...
akan merindui atuk sampai bila2x....
love u so much...
Posted by me??? at 11:45 PM 0 comments