Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berputar putar tanpa henti..

INGAT WAKTU KEWAJIPANMU..

Wednesday, September 28, 2011

................o......o..............o..................o

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum...


baru sahaja pulang dari melatih aqmal haqim dan miqdad...dan ini pertama kali aku memberanikan diri masuk ke kawasan kg malam2x..yg tidak mempunyai lampu jalan raya dan hanya bertemankan katak yang melompat lompat untuk melintasi jalan raya...


kalau nak dikatakan kawasan dalam..tak lah dalam juga..cuma belum sampai kemudahannya...hurm...malam ini aku dapat merasakan kembali suasana yang betul2x kampung...masuk dalam rumah aqmal..aku teringat kembali kehidupan ku di kampung dahulu...hampir 10 tahun aku meninggalkan kehidupan kampung...
10 tahun juga lah aku sangat jarang sangat2x jarang mendengar bunyi cengkerik berkumandang dan bernyanyi nyanyi di luar rumah..bunyi burung hantu yang kadang2x menyeramkan...bunyi TOKEK sejenis cicak yang melekat di tepi2x dinding...rindunya aku pada suasana itu...


oh sebelum tu..jangan salah faham..aku pergi ke rumah aqmal malam2x ni pun..sebab ayah aqmal bekerja malam..jadi yang tinggal hanya ibunya,aimin,aqmal haqim,ikhwan dan c comel zaem ...sebelum tu ku singgah ke rumah miqdad untuk mengambil miqdad sambil melatihnya bersama-sama dengan aqmal..baru lah ku ke sana....


masuk sahaja ke rumah aqmal..aku dapat rasakan ketenangannya...
biarpun hidup mereka sederhana tetapi mereka gembira dan menerima seadanya...suasana dingin dan tenang di dalam rumah itu walaupun kapasiti keluasan rumah itu agak kecil..tapi aku suka berada di rumah tu...makan malam di meja segi empat yang kecil..sambil ibu aqmal memangku anaknya Zaim yang baru berusia 5 bulan dengan beratnya yang hampir mencecah 9kg..langsung tidak menganggu ibu aqmal untuk menikmati hidangan yang sememangnya menyelerakan..dengan hidangan yg ala kadar ..cukup sekadar ada satu jenis sayur..ayam masak kari..dan ayam goreng kesukaan anak2xnya..oh ya serta telur masin...kegemaranku...SUBHANALLAH...memang enak sekali...ditambah lagi dengan aqmal,miqdad,aimin berada di sekeliling meja itu..makan dengan penuh sopan..dan ada juga keluar manja mereka untuk disuapkan..wahhh seronoknya aku rasa...rasa seperti betul2x suasana yang sangat2x menggembirakan aku malam ini...


malam ni juga aku dapat merasai kembali betapa seronoknya menjaga seorang bayi...ku dodoikan c zaem sementara menunggu ibu aqmal mandi...sambil ku dodoikan dia di buaian...ku dengar aimin,aqmal dan miqdad berjemaah untuk solat isha..walaupun aku dengar mereka ketawa2x sambil solat...hehehe (maklumlah imamnya baru berusia 7 tahun..dan makmumnya pula 5 dan 6 tahun)...:-)
bertuah ibu aqmal kerana mempunyai anak2x seperti mereka...
bertuah juga ibu miqdad kerana mempunyai miqdad yang cukup petah berbicara...


ku latih mereka berpidato..memandangkan esok adalah hari pertandingan mereka di peringkat separuh akhir..(dari semalam aku hanya dapat melelapkan mataku hanya sejam...kerana risaukan mereka..tetapi ku tetap terus berdoa semoga esok adalah hari cemerlang untuk mereka berdua..amin).....


:-)


sewaktu memandu hendak pulang menghantar miqdad balik ke rumahnya..miqdad yg tertidur dengan bertopengkan topeng ultramannya..(aku rasa dia pakai topeng tu sebab takut nak tgk pemandangan gelap diluar hehehe)
aku terfikir...kehidupan mereka macam tu pun mereka masih bersyukur dan mampu untuk bergembira....lauk pauk hanya ada beberapa jenis..dan kalau tak habis mereka akan simpan dan menikmatinya pada waktu lain...tetapi bagaimana pula dengan keluarga lain???terus ku teringat satu scene dalam cerita AMAN di tv3 
keluarga kaya raya tinggal hanya berempat..lauk pauk hampir penuh satu meja..last2x tak habis buang dalam tong sampah..
sedangkan masih boleh disimpan dalam peti sejuk dan di panaskan untuk esok pagi...ni tidak..buang dalam tong sampah macam tu sahaja...nampak sangat mereka lupa pada kesusahan dalam mencari wang ringgit semata2x untuk menikmati semua makanan yg dibuang itu....


aku rasa...walaupun kita mampu...adalah lebih baik untuk hidup dalam serba sederhana...rumah yg sederhana...bila aku duduk sorang2x pun aku tak takut...kalau duduk rumah besar gedabak pun..kalau duduk sorang2x takut jugak kan...yang penting keperluan semua cukup dan biarlah bersederhana...
selagi boleh dipakai selagi itu lah digunakan dengan sebaik mungkin....


akan ku jadikan keluarga aqmal sebagai teladan dan contoh untukku kelak...kesederhanaan yang membawa kepada kebahagiaan yang hakiki...inshaALLAH....


<3 purple... 

2 comments:

Anonymous said...

just try

baju kurung said...

rumah kayu,,beranginkan angin malam.......mmg damai.