Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berputar putar tanpa henti..

INGAT WAKTU KEWAJIPANMU..

Saturday, September 10, 2011

Duhai si penerima cinta si hazel purple...(part 1)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum...

maaf sejak akhir2x ini..
aku sering meluahkan kepadamu...
walaupun kau tidak mempunyai mulut untuk berbicara..
tapi kau boleh membenarkan aku untuk menaip apa sahaja yang ku mahu...

kamu tahu??
sewaktu aku di dalam kereta yang dipandu oleh umi ku..
sedang umi ku berbicara dengan ku..
sempat lagi aku mengelamun...(kalau umi ku tahu pecah rahsia ku aha)

apa yang aku lamunkan dan fikirkan...??
sigh...
aku terfikirkan..ttg sesuatu
sesuatu yang aku betul2x belum pasti..
apa yang aku belum pastI???

aku belum pasti siapa gerangan si penerima cinta si hazel purple...
sehingga kini aku belum pasti..
walaupun ada sedikit bayangan untuk nampak kepastian itu..
tapi aku masih tak yakin..apa benarkah dia si penerima cinta si hazel purple..atau sekadar calon sementara atau singgah sebentar sahaja...

di sini aku taipkan nukilan ku buat
bakal si penerima cinta si hazel purple..
yang aku tidak tahu siapa dia...

duhai bakal cinta si hazel purple..
apa khabar mu disana..??
aku selalu teringatkan mu..(aduh jiwang)
bukan teringatkan wajahmu
bukan juga teringatkan suara mu..
tapi aku teringatkan hati mu..
walaupun kau tak tahu aku siapa di hati mu lagi
kerana ALLAH belum menyatukan kita..
tapi ingin sekali ku bertanya padamu..
bagaimana solatmu??
bagaimana ibadahmu??
bagaimana puasa mu??
bagaimana zakatmu??
bagaimana dengan kesihatanmu??
bagaimana dengan tutur kata mu seharian??
bagaimana dengan ibu bapamu??
bagaimana dengan adik beradikmu??
bagaimana dengan keluargamu??


bagaimana kiranya jika aku adalah jodohmu??
adakah kau sanggup menerima dan redha jika aku adalah jodohmu yang telah ditetapkan oleh ALLAH..??
seandainya aku adalah jodohmu..adakah ibu bapa dan keluargamu sudi menerimaku??dan mereka redha dengan konsep jodoh ini??
adakah kau mencintaiku sekiranya aku menjadi isteri yang sah kelak??
adakah kau mencintaiku kerana kau cintakan ALLAH lebih dariku??
adakah kau bisa menerima dan mencintai 2 ibu ku dan 2 ayahku??
adakah kau bisa menerima dan mencintai serta menyayangi 2 orang adikku??
adakah kau bisa menjadi menantu dan abang yang terbaik buat keluargaku??

aku takut kau mencintaiku kerana diriku bukan kerana ALLAH
aku takut bila hilang cintamu..
sayang dan cintamu pada keluargaku juga akan hilang....
aku takut bila kau mencintaiku kerana paras rupaku..
satu hari nanti ia akan hilang seiring dengan muka kedut2x ku..
aku takut bila kau mencintai susuk tubuhku..
satu hari nanti..bila aku dah melahirkan zuriat untukmu dan menjadi comel gedempol kau akan mengomel dan beralih kepada yang lain kerana fizikalnya lebih mantap dari ku dulu..
jadi cintailah hati ku..
cintailah aku seadanya...
cintailah aku kerana DIA yang menciptakan dan menyatukan kita..





0 comments: