Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berputar putar tanpa henti..

INGAT WAKTU KEWAJIPANMU..

Sunday, September 11, 2011

Disaat dalam GELAP..

ASSALAMMUALAIKUM...


Hai kawan, jangan takut jangan resah.

Bila lampu kamar mulai dipadamkan.

Kukan s'lalu menyanyikan lagu ini. Hingga nanti kau tidur bers'limut

mimpi.

Jangan lupa esok kita punya janji.

S'makin cepat kita tidur, s'makin cepat kita bertemu kembali.

Berdoalah sebelum kita tidur,

jangan lupa cuci kaki tanganmu. Jangan lupa doakan mama papa kita.

Jangan takut akan gelap.
Kar'na gelap melindungi diri kita, dari kelelahan.....

Teringat lagi bait2x lagu ni ..
kenapa kita harus jangan takut pada gelap..
tapi aku???
aku cukup takut akan kegelapan...
sedangkan tidur sendirianku pun WAJIB ku pasang lampu..sinar kecil pun jadilah yg penting aku tidak boleh tidur dalam keadaan yg gelap gelita...
mungkin kalian rasa aku ini seorang yang PENAKUT akan gelap..
tapi itulah aku..
aku seorang yang takut pada KEGELAPAN..
aku hanya boleh berada di dalam GELAP, jika mempunyai teman....
baru aku OK di dalam gelap..
aku boleh menangis sendirian bila di dalam GELAP sendirian...
mcm2x yang akan muncul di imaginasiku...

seperti semalam...

di tengah hujan yang cukup lebat..tiba2x..
BLACKOUT!
pertama kali aku berada di dalam bilik dalam keadaan yang amat gelap sekali...nasib baik laptop ku masih mempunyai bateri yang hanya bertahan 34 minit sahaja...ku ambil tasbih ku..
ku selawat sebanyak mungkin, untuk menguatkan hatiku..
hatiku sudah mula berdebar debar..
aku berdoa semoga sebelum tamatnya riwayat 
bateri laptopku
elektrik ada kembali...
sambil itu,aku selongkar semua laci ku dalam hati semoga aku berjumpa lilin dan mancis...namun TIADA..hp ku saat itu hanya tinggal 2 bar sahaja lagi,sebab aku lupa untuk mencasnya semula...
bukan aku tiada housemate.ada..tapi aku tak berani nak keluar dari bilik pun...sebab gelap sangat....
aku biarkan laptop berbuka dan ku sudahkan solat isya ku, selesai solat isya..tinggal 12 minit saja lagi riwayat bateri laptop aku cepat2x ke katil..dan menyelimutkan seluruh tubuh dan muka ku..aku capai hp ku..
pada siapa harus ku hubungi???kalau dahulu tanpa fikir panjang aku akan call orang yg terdekat denganku...menemaniku sehingga elektrik ada semula..tapi kini??? aku cuba untuk bertahan..
tiba2x aku rasa sebak...sehingga tanpa ku sedari air mata jatuh ke pipi...dan aku tak sedar bila lampu menyala semula..sebab rupa rupanya aku nangis hingga terlelap....

(kenapa aku takut pada gelap???)

aku takut pada kegelapan ...
ada beberapa peristiwa yg berlaku ketika aku berada dalam gelap..
dan waktu itu orang2x yang sangat ku sayangi dan menyayangiku..
ada di sisi menemaniku..
tapi kini..dia telah tiada dan telah menghadap iLAhi ketika aku berusia 12 tahun lagi...
kalau black out...pasti aku akan teringat..dia akan menyalakan lampu minyak tanah...kemudian membuat kopi pekatnya sambil menghisap rokok 'Gudang Garam' kegemarannya...kemudian duduk di tepi pintu biliknya...aku dan yang lain2x baring di katil paksu ku sambil mendengar ceritanya...waktu itu aku langsung tidak takut...rasa seronok pula...tapi sejak dia pergi...semua tu sudah tiada lagi....dan sejak dari itu..setiap kali blackout aku pasti ingatkannya...aku rasa seperti dia hadir menemaniku...
dan aku akan terbau asap rokok gudang garamnya itu...dan itu membuatkan aku rindu...rindu sangat2x pada dia...

sehingga kini aku tak boleh ada dalam keadaan gelap sendirian...
semoga dirimu tenang di sana wahai 'Bapak'......amin ya rabbal alamin




0 comments: