Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berputar putar tanpa henti..

INGAT WAKTU KEWAJIPANMU..

Sunday, August 21, 2011

ROHID ....

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum wbt


hari ni 21.8.2011 genap sehari rohid meninggalkan dunia ini..
dan aku masih ingat lagi waktu pertama kali bertemu dengannya,sewaktu aku menjadi volunteer di hospital likas penghujung tahun lepas..

di sana aku bertemu dengannya..
dan aku masih ingat lagi..
hari pertama aku menjalankan aktiviti sukarelawan tu secara individu dan memasuki bilik rehat untuk pesakit kanak2x beriadah..aku nervous..sangat2x nervous..bayangkan pertama kali berada di satu suasana yang berbeza bukan di prasekolah tetapi di hospital..tapi disebabkan memang itu kemahuanku..aku cuba buangkan nervous itu...

dan aku ingat lagi...sewaktu aku sedang menunggu pesakit kanak2x dipanggil untuk datang ke bilik yang telah disediakan untukku...tiba2x datang seorang kanak2x yang tingginya hanya paras pinggangku, badannya kurus dan kecil, perutnya sedikit kembung,kulitnya hitam manis berseri, dengan melihat fizikalnya sahaja kita boleh mengagak yang dia adalah pesakit disini..

Hanya dia seorang sahaja yang baru masuk ke bilik ku..
dan aku menjemputnya untuk duduk bersebelahan dengan ku...
'siapa nama?'
'Rohid'
Umur?
15 tahun...

mulanya aku terkejut...mana mungkin kanak2x yg sebesar ini umurnya 15 tahun..sedangkan murid ku tahun 4 pun sudah hampir sama tinggi dengan ku...
tapi aku biarkan sahaja..lambat laut pasti aku akan tahu berapa umur sebenarnya...

aku pun memberikannya buku latihan yang sesuai untuknya
aku ambil buku cerita untuknya
aku minta dia bacakan untukku...
kemudian dia menggeleng menandakan tak nak buku tu..
sedangkan bagiku buku itu menarik...
kemudian ku berikan dia lembaran kerja matematik
pun dia tak nak..
akhir sekali..aku berikan dia kertas lukisan serta warna untuknya..alhamdulillah nampak dia berminat untuk itu...
dan mungkin dia tahu aku ingin bertanya soalan padanya...tetapi belum sempat ku tanya dia sudah menjawab..

'kakak,aku sempat sekolah 3 hari saja kak..jadi aku tidak tahu membaca..'sambil dia tekun mewarna

aku tersentap...
kemudian aku memegang kepalanya dan mengusap kepalanya..

'takpa rohid...rohid warna ni pun cukup cantik..kalah kakak yang tua2x ni rohid..kakak warna langsung tak cantik..'hehehe

ku lihat rohid tergelak ...
tak lama selepas itu, ibu rohid pun masuk untuk melihat rohid..dan aku berkenalan serta bersembang sembang dgn ibunya..dan dari sana baru aku tahu,betullah umur rohid 15 tahun..
sejak dia bayi lagi, dia telah di diagnose dengan thalesemia+diabetic...
kata ibunya..hospital ini bagai rumah kedua bagi dia dan rohid..keluar seminggu dari hospital masuk berbulan bulan semula dalam wad...
kalau diikutkan kata Dr. jangka hayat rohid tidak lama..tapi itu semua hanya jangkaan yang tahu ialah tuhan yang ESA...dia telah tahu dan bila dia ingin mengambil nyawa seseorang itu...dan sebab itulah tuhan memberikan rohid semangat dan kekuatan untuk meneruskan hidupnya sehingga dia dapat menyambut hari lahirnya yang ke 15 :-)

(itu kenangan pertama aku dengannya)

sejak dari itu ..sepanjang 1 bulan setengah aku menjadi sukarelawan di hospital tersebut..menjadi cikgu kepada anak2x yang tinggal di wad sana...aku ingat lagi wad melur 2...
wad yang banyak membuatkan aku lebih tenang dan lebih menginsafi diri dalam menghargai diri sendiri..

Dalam seminggu aku ada 3x session bersama anak2x di sana..
dan orang pertama yang setia menanti ku di sana ialah Rohid..jika aku terlewat sedikit..pasti dia akan menelefon ku
tanya aku di mana..datang ke tak..jika aku ada di sana..dia setia bersama ku hingga habis session hari itu..dan aku masih ingat lagi...Ada satu hari..Rohid sangat degil untuk ikut kata doktor..hingga doktor datang ke bilikku dan cuba untuk memujuknya..satu ja caranya ialah ...aku kena habiskan session tu awal..sebab selagi session tu berlangsung selagi tu Rohid tak nak keluar dari situ....he3x rohid2x..
dan selepas sebulan setengah aku di sana...dan akan memulakan hari persekolahan yang baru...aku tak menganggap itu adalah hari terakhir aku ke sana..sebabnya..selepas itu..hampir 2 minggu sekali aku akan melawat rohid di sana...sebabnya.. ..dunia ni sungguh kecil..
cerita punya cerita dengan ibunya...rupa2xnya kakak rohid merupakan rakan sekelasku sewaktu sekolah rendah..apa lagi dari sana semakin rapat lah aku dengan rohid dan ibunya...

cuma sejak kebelakangan ini aku agak sibuk..dan tidak berkesempatan untuk melawat rohid di hospital...hampir setiap minggu rohid akan menelefon ku dan bertanya bila aku hendak melawatnya...dan meminta aku untuk membawa dvd untuknya..sebabnya dia boring berada di wad...
dan aku ingat lagi minggu ni..hari isnin...jam 11 lebih malam dia called aku...bertanya aku di mana...dari nadanya dia nak aku pergi melawatnya malam itu juga..tapi aku memberitahunya inshaALLAH jika diizinkan jumaat ni aku akan melawatnya..
rabu petang pun rohid kembali menghubungiku dan bertanyakan perkara yang sama...namun aku masih memberikan jawapan yang sama...

Jumaat..kebiasannya aku akan bertolak awal dari tempat kerja ku untuk balik ke kota kinabalu..namun pada hari itu, aku agak lewat bertolak dari waktu biasa..sebab telah berjanji dengan dua orang cikgu yang ingin sama2x mengikut ku balik ke kota kinabalu..sampai d kk dan menghantar dua rakan ku itu ke destinasi mereka masing2x..aku singgah ke bazaar ramadhan dan membelikan sedikit juadah untuk rohid dan ibunya..sedang aku memandu untuk ke hospital..tiba2x no rohid tertera di hp ku..

'hello rohid...'
namun bukan suara rohid yang ku dengar
tetapi ibunya...
'ain..rohid tenat sudah ni..dia tiada harapan sudah..kami tengah tunggu ambulan untuk balik ke kampung ni ain..'
'akak call ain,sebab rohid selalu contact ain dan sebut2x nama ain..'

hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan ku bagaimana waktu itu..kedua2x tangan ku yang sedang memegang stering kereta agak sejuk...dengan keadaan jalan yang agak sesak..
sepatutnya 10 minit aku dah boleh sampai ke hospital..
40 minit aku sampai..semuanya gara2x jammed..

'kak..saya cuba sampai ke sana secepat yang mungkin...akak tunggu ya' itu sahaja yang mampu aku sampaikan kpd ibu rohid..

aku sempat mengambil adikku di rumah..sebab sebelum itu aku sudah plan utk membawa adikku melawat rohid dan terus berbuka puasa bersama-sama dgn nenek...

namun...

'ain kami dah dalam ambulan dah ain..rasanya kita tak sempat jumpa ni ain'

dalam hatiku..
Ya ALLAH sempat kan aku untuk bertemu dengan Rohid walau hanya sebentar sahaja..

aku memecut laju dan masuk ke kawasan hospital dan masuk ke kawasan emergency..aku lihat sebuah ambulance betul2x ada di depan pintu hospital..aku parked keta, terus aku masuk ke dalam ambulance..(1st time aku masuk dalam ambulance)
aku lihat rohid terbaring sambil menahan kesakitan..aku lihat kulitnya sudah kuning..dan aku lihat matanya hanya memandangku...aku tahu dia ingin bercakap..namun dia hanya menyebut 'mak..mak..'
sambil memandangku...
aku memegang kepala nya..memegang pipinya...
(ku tahan air mataku daripada keluar..aku tak nak rohid melihatku sedih apabila melihat keadaannya)

'rohid..kuatkan semangat ya...kakak tahu rohid kuat...tahan ya rohid...'itu sahaja yang mampu aku ucapkan padanya...dalam hatiku hanya berdoa supaya diringankan kesakitan yang dialaminya...

5 minit aku di dalam ambulance itu..aku memeluk ibunya...aku lihat ibunya seorang yang tabah..dan nampak telah bersedia untuk berhadapan apa sahaja kemungkinan...

'rohid ..kakak balik dulu..'
rohid cuba untuk tersenyum dan melihatku....
aku turun dari ambulance...
tanpa menoleh ambulance tu lagi...dan terus masuk ke kereta...

esoknya..aku rasa hari tu mcm serba tak kena..aku asyik teringatkan rohid..lepas sahaja berbuka puasa...masuk dalam kereta aku cuba call ibu rohid..tak dapat utk dihubungi...

tiba di rumah...aku cuba called kembali...
dan ibunya mengangkat..
'kak mcm mana dgn rohid?'
'Ain..rohid tiada sudah...4.02 pagi dia dah pergi ain..'

cemburunya akak padamu dik...
kau pergi di bulan ramadhan yang sangat mulia..dan setiap orang menginginkan dirinya untuk pergi dan menghadap tuhan di bulan ramadhan..
tapi kau yang terpilih dik..kau cukup bertuah dik...

maafkan akak sebab tak dapat bertemu mu sekerap mungkin ...dan tak dapat untuk menunaikan permintaan mu dik...

semoga rohmu sentiasa tenang di sana...
dan akak tahu..
kau pasti ditempatkan di tempat yang terbaik untukmu disana..amin ya rabbal alamin






0 comments: