Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berputar putar tanpa henti..

INGAT WAKTU KEWAJIPANMU..

Monday, August 22, 2011

19 ramadhan yang lalu

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum...

aku rasa hari ni merupakan hari yang betul2x lucu bagiku...macam2x kerenah yang anak2x muridku lakukan..dan sakit perut jugak lah aku dibuatnya sebab menahan gelak he3x..

apa dia yang lucu??

start minggu ke 2 lagi aku telah memasang lagu raya di kelas..
bukan apa..sambil anak2x menyiapkan latihan mereka,sambil mood mereka lebih stabil bila dgr lagu raya..(dalam hati..habislah aku kena marah ngan cikgu sebelah ..maklumlah psiko nak balik raya cepat ja..hehehe dah lah jiran sebelah ku tu ialah BILIK GURU hahaha) sabar je lah ye cikgu2x..hehehe


sedang aku syok nyanyi2x lagu raya sambil tanda buku..aku sempat rakamkan aksi aqmal haqim yang syok menari sorang2x..hehehe ada bakat terpendam rupanya aqmal ni ye...tarian dia tu lain macam ja rupanya...mcm tarian tolak kereta pun ada jugak aku tgk hahaha


next!!!






ha ni cite tentang hafizuddin kan...
kalau saya marah..senang ja nak tarik attention dia..


"HAfizuddin bin KAdir!!!!!"


terus dia pandang aku..hehehe


hafiz ni hensem..tapi nakalnya alhamdulillah..cukup membuat kan aku untuk tersenyum..tapi nak dukung tu memang tak larat dah..apa lagi kakinya setiap hari akan hitam..bukan apa hitam tu jadinya sebab dia suka jadikan kakinya tu mop lantai..lantai yang bersih...tapi kakinya yang hitam hahaha


hafiz ni dia suka main dengan kerusi..
macam2x function rupanya kerusi ni ye..
semua tu aku tahu dari hafiz lah ni hehehe


hafiz ni..kalau diberikan latihan dan minta untuk dia siapkan sendiri..confirm takkan habis punya...
cuma ada satu cara sahaja yang dia akan buat sampai habis iaitu...jom tgk ni




ya kena buat sistem ganjaran untuk hafiz serta anak2x di kelasku ni..
aku buat 'sistem sticker' dan buat permulaan nya aku menggunakan pengaruh sticker batman untuk memancing minat anak2x ku termasuk c hafiz ni untuk belajar..dan alhamdulillah nampaknya kaedah ku itu berkesan..
rasanya bukan setakat aku sahaja yang mengguna pakai kaedah ini..mesti ramai lagi cikgu prasekolah di luar sana yang menggunakan kaedah yang sama ..betul tak???


semakin banyak sticker dikumpul ..semakin BESARRR chances mereka untuk dapat hadiah buku lukisan...buku lukisan tu pun buku lukisan spiderman..(utk lelaki) dan utk puteri2x ku aku akan hadiahkan buku lukisan fairytale utk siapa yang paling rajin....
(tapi setakat ni belum ada seorang pun lagi yang dah dapat hadiah tu hehehe)


indah nya hidup dikelilingi oleh anak2x kecil seperti mereka...<3 hazel purple...













0 comments: