Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berputar putar tanpa henti..

INGAT WAKTU KEWAJIPANMU..

Sunday, July 3, 2011

PETANG INI...persoalan dan kesimpulan

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalammualaikum...




'setiap WAKTU' adalah untuk berubah

'PENGALAMAN' ialah b
elajar untuk lebih memperbaiki diri sendiri

'LALANG' jangan menjadi seperti lalang yang terbang ke sana ke mari tanpa haluan yang tetap..dan tanpa pendirian yang teguh..

'KESENANGAN & KEBAHAGIAAN'' takkan kekal untuk selamanya di DUNIA..

'LAKONAN & TOPENG' itu lumrah kehidupan manusia

'BICARA' sangat mudah untuk dilafazkan setiap tutur kata yang manis atau pahit..mudah untuk direka..semata mata untuk menyelamatkan diri sendiri...

'CANTIK' itu satu yang perspektif dan dalam sekelip mata ia akan ditarik menjadi sesuatu yang 'HODOH'

'BERAT BADAN' membandingkan saiz tubuh badan dengan orang lain adalah satu 'hobi' yang sangat baik dalam memotivasikan diri terutama sekali bagi perempuan ...kerana...cthnya

scene dahulu..

'dahulu kau gemuk tgk aku maintain ja slim bukan macam kau gemuk ' (oh yes!)
dan tak mustahil juga
'eh dahulu kau kurus sekarang kau lebih  gemuk dari aku' (oh no!)


* cuba fikirkan pernah kita  lafazkan kata2x itu pada seseorang tanpa menilai sejauh mana penerimaan hatinya??
* cuba fikirkan semula yang kata2x yag pernah kita lafazkan itu..KEMBALI kepada kita????

'KEPANDAIAN' satu ukuran dalam memilih persahabatan ...siapa lebih pandai dia lah yang lebih ramai peminat..yang kurang pandai macammana??

'FASHIONISTA' siapa yang lebih bergaya..ramai mata yang memandangnya...tapi gaya macammana yang mata2x itu terpikat untuk memandangnya???kalau nak pikat ALLAH macammana ya??melalui fesyen jugak ke??yang ketat2x yang pendek2x..itu semua dapat pikat ALLAH ke???


'KEMEGAHAN' bukan satu keperluan kalau hendak menjadi yang tertinggi di mata-NYA

'SENYUMAN' satu tarikan, satu ketenangan tetapi ia juga satu racun dalam hidup.



'HATI' bak kristal...mudah untuk disinarkan dan mudah juga untuk dimalapkan sinarnya..tetapi sekali ia malap..amat sukar untuk dikilatkan semula...satu sahaja kunci sinarnya..ialah usaha sedaya upaya untuk menyinarkan nya semula..mungkin hasilnya lebih bersinar seperti sinaran pelangi..:-) 


'KERJAYA' setinggi mana kerjaya yang dimilikinya tetapi jika tidak selaras dan seiring dengan otak geliganya dan akhlaknya...pelik jugak kan...kalau setakat kerjaya untuk kemegahan diri...memanglah sangat pelik...dan mendekati orang yang berkerjaya semata mata untuk menumpang kejayaannya ..adalah orang yang paling pelik...mendekati orang yang berkerjaya adalah untuk mencontohi akhlak dan budinya serta tatacaranya..dan yang paling penting agamanya...adalah lebih manis..


tapi....

tak semua itu akan kekal jika ALLAH tak mengizinkan untuk ia kekal selamanya...

0 comments: