Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berputar putar tanpa henti..

INGAT WAKTU KEWAJIPANMU..

Tuesday, July 19, 2011

Berlapang Dada lah kita...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikumm


hye hazel...apa kabar??..herm since dari semalam demam datang menemaniku lagi..sehinggalah ke hari ni..pegi sekolah pun bukannya dapat mengajar anak2x sangat, kepala asyik berdenyutttt ja...ikutkan nak minta leave dari GB awal hari ni, tp bila terkenangkan kesian kat pembantu ku sorang2x nak handle anak2x hero ku ni...bertahanlah sampai pulang sekolah ...last2x jam 11 dah collapse kat dapur..tdo kat dapur bertemankan bantal yang diambil dari dalam keta ha3x...siap pembantu tlg urutkan lagi..alhamdulillah aku diberikan pembantu yang sangat2x memahami..walaupun bukan seagama tapi dia sangat memahami ku dan menghormati agamaku dan diriku sebagai seorang muslim...kalau aku solat dia pasti akan jaga anak2x ku dari berbuat bising...jika aku terlewat solat dia pasti akan mengingatkan ku untuk solat...
semoga dirinya diberikan hidayah dari ALLAH untuk mencintai agamaku ini...amin ya rabbal alamin




byk tidur untuk rehat pun jadi pening kepala juga kan ..jadi untuk mengisi masa rehatku dan melawan demam ku ni..nak dijadikan cerita adalah sebuah magazine yang ku beli di waktu hari minggu ini..(disebabkan tak tahu nak baca apa dah sedangkan banyak keja nak yg nak disettlekan sebenarnya...) dan aku sangat tertarik pada sebuah artikel...insyaALLAH mungkin boleh ku kongsikan bersama kalian yang sedang membaca blog ku ini....


TIP UNTUK KITA MENANAM & MEMUPUK SIFAT BERLAPANG DADA:


TIADA KEBETULAN 


Ingatlah setiap apa yang berlaku dalam hidup ini TIADA YANG KEBETULAN. Semuanya berlaku dengan keizinan,perancangan dan pengetahuan ALLAH. Apabila ALLAH timpakan sesuatu musibah maka yakinlah di sebalik musibah itu terkandung seribu hikmah.Mungkin ALLAH sedang menguji tahap keimanan kita ; atau meningkatkan darjat kita @ bagi menyucikan diri kita dari dosa-dosa atau menambah kebaikan atas diri kita.Apabila kita yakin semua perkara baik dan buruk itu datangnya dari ALLAH dengan tujuannya yang tertentu maka hati akan merasa tenang.


KEKAL FOKUS


usah sekai-kali fitnah,umpatan dan cercaan itu difikirkan hingga fokus kita pada matlamat,tugas dan tanggungjawab tersasar.Tanya diri sama ada kita ini berjiwa besar atau berjiwa kecil.Kalau kita berjiwa besar maka lihatlah kapal besar yang berlayar di lautan tidak terjejas haluannya jika dipuku ombak-ombak kecil.Lakukan sahaja tugasan dan aktiviti seperti biasa dan biarlah suara-suara kerdil itu tenggelam ditelan masa.Sebab kalau kita sibuk melayan kerenah manusia maka kita sibukkan diri kita bagi perkara yang tidak membawa hasil.Lebih baik kita salurkan tenaga,fokus dan masa kita kepada sesuatu yang pasti menjadikan kita lebih cemerlang di kemudian hari nanti.


SELIDIK SIAPA YANG BERKATA-KATA ITU.


Ada kritikan yang membina dan ada pula dengan tujuan yang jahat atas sebab iri hati,cemburu dan sakit hati..cuba buat penilaian terdahulu.Kalau kritikan itu dilontarkan dari orang yang bersembunyi di sebalik identiti palsu,meskipun bernas,namun tujuannya boleh dipertikaikan.Oleh itu,lupakan sahaja.Sebaliknya,apabila kritikan itu datangnya dari seseorang yang arif dalam bidang profesional,berilmu dan ada kreadibiliti maka berlapang dadalah dan terima kritikan tersebut bagi memperbaiki dan meningkatkan diri.


BERSYUKURLAH


Langkah terbaik untuk memiliki sifat berlapang dada ialah bersyukurlah..sebab orang tidak akan cemburu,memfitnah,menganggu urusan kita kalau kita tidak punya apa apa kelebihan dan kejayaan.Orang hanya sedar akan kehadiran kita apabila kita mula menonjol.Kalau kita sekadar orang biasa-biasa dan tidak punya apa-apa maka tiada sesiapa pun yang peduli dan ambil pusing.Ini bermakna anda berada di landasan yang betul menuju puncak jaya.InsyaALLAH satu hari nanti walau ditolak sekalipun anda tidak mampu ditumbangkan lagi.bersyukurlah.


SENYUMLAH


Apa lagi yang mampu kita lakukan selain senyum.Senyumlah sebab dalam hati kita tahu bahawa orang yang tidak suka kia itu sebab mereka belum kenal kita.Teruskanlah menguntum senyum,memberi salam dan berbuat baik.Malah mungkin satu hari nanti mereka tidak dapat elak dari meminta bantuan dan pertolongan kita.Ketika itu peluang terbuka luas bagi kita tunjukkan bahawa kita tidak seperti apa yang mereka sangkakan selama ini.


MAAFKAN SEMUA ORANG DAN DOAKAN MEREKA


ia sesuatu yang sukar dilakukan tetapi kesannya amat nyata pada jiwa.Walau orang lontarkan najis dan sampah,doakanlah mereka kebaikan.Maafkan mereka dan rasa sendiri bagaimana ALLAH akan campakkan nikmat iman dan ketenangan jiwa yang cukup hebat ke dalam hati kita.



















0 comments: