Perspektif Jodoh
YANG SALAH
1) jodoh tidak perlu dicari
YANG BETUL
1) ALLAH MENYURUH MANUSIA BERUSAHA
YANG SALAH
2) Perempuan hanya perlu menunggu
YANG BETUL
2) Sayidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah s.a.w
YANG SALAH
3) perempuan tiada banyak pilihan sebaliknya lelaki banyak pilihan
YANG BETUL
3) perempuan berhak memilih
YANG SALAH
4) Alang-alang sudah terlanjur,diteruskan sahaja kerana tidak mungkin lagi untuk menemui lelaki/perempuan yang baik
YANG BETUL
4) Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hambanya
YANG SALAH
5) Pasangan yang banyak perbezaan, tidak kekal dalam perhubungan
YANG BETUL
5) Perbezaan boleh menjadikan pasangan saling lengkap-melengkapi
YANG SALAH
6) Perlu bercinta sebelum kawin
YANG BETUL
6) Ramai pasangan yang bercinta gagal ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan yang tidak kekal.Islam menganjurkan cinta selepas kawin.
YANG SALAH
7) Pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan sentiasa ber'sms' dan berjumpa
YANG BETUL
7) Selagi belum berkahwin ,syariat membataskan hubungan antara pasangan.Mereka tidak dibenarkan bebas berjumpa @ ber'SMS' sehingga melalaikan
YANG SALAH
8) Janji manis pasangan harus dipercayai.Contohnya seorang lelaki yang berkata kepada teman wanitanya,"I tidak ada harta tetapi i ada cinta".
YANG BETUL
8)Lelaki demikian sebenarnya tidak bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras mengumpul kewangan untuk menyara bakal pasangannya . Hidup berumahtangga memerlukan banyak tanggungjawab yang perlu disempurnakan termasuk menyediakan keperluan untuk ahli keluarga.Semuanya memerlukan belanjawan.
YANG SALAH
9) Contoh yang lain,''I tidak akan usik U sebelum kita nikah''.
YANG BETUL
9) Dengan sebab wanita mempercayai lelaki, dia mula mengikuti pasangannya ke mana sahaja yang dibawa.Oleh itu,tidak hairanlah apabila realiti menunjukkan ramai pasangan sebegini akhirnya terjebak dalam kancah perzinaan....
Sunday, May 15, 2011
Dekatkan JODOH ANDA...(persepektif jodoh) -SOLUSI isu no 31
Posted by me??? at 7:55 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment