Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berputar putar tanpa henti..

INGAT WAKTU KEWAJIPANMU..

Monday, May 2, 2011

............................

Bismillahirrahmanirrahim

assalammualaikum..

Ketika sedang melalui waktu MC yang sangat best ini, (MC untuk rehat bukan untuk ini sebenarnya)...
dengan keadaan persekitaran yang sunyi ini, dan hanya bunyi kipas siling sahaja yang kedengaran..tiba2x keluar ilham untuk menaip, sepatutnya assignment yang ditaip bukan nya ini..<=

kata orang bila dah duduk sorang2x hanya aktiviti berfikir ataupun berangan sahaja yang akan dibuat betul ke?
ntah lah tepuk dada tanyalah diri sendiri tu...

bulan ini memang bulan yang agak mencabar untuk aku..bulan yang penuh dengan aktiviti dan bulan yang mungkin ada hikmahnya jugak untuk aku..dan juga bulan untuk berehat dari segala tekanan sekitar...(tekanan ke?eh bukan tekanan tu diri sendiri yang cari ke? gulp!)

kalau ikutkan rasa hati, rasa nak menjerit nak menangis nak sebagainya lah sekarang bila difikirkan semua tu..tapi bila difikirkan kembali ..buat apa nak menjerit?buat apa nak menangis?buat apa nak tertekan? ALLAH kan ada..kenapa tak mengadu segalanya pada ALLAH sahaja?buat apa nak mengadu pada orang lain yang boleh memudaratkan dirimu sendiri? (tak salah untuk mengadu tapi pastikan yang dipilih itu betul dan amanah dalam menyimpan segala aduanmu,teringat kata umi, waktu baik memang semua akan disimpan , bila sekali ja ada yang tak kena, semua nya akan disebarkan, jadin ingat tu...)

Kan ALLAH tu MAHA PENDENGAR,MAHA PELINDUNG,MAHA BIJAKSANA dan tahu segala galanya tentang aku, mungkin aku rasa semua ini pun,mungkin DIA sudah tahu awal lagi dariku..mungkin ini satu ujian untuk ku?mungkin kan? bila rasa sedih pasti bantal yang akan dicari..menangis lah sepuas puasnya disana..tapi TENANG tak?rasa tenang kejap ja kan..:-) jadi lepas ni kalau sedih kalau rasa nak nangis ..nangislah sepuas puasnya di tempat yang terbaik dan yang menenangkan untuk mu (kata umi) ..dan tempat itu adalah ..solatlah..sujudlah dan tadahlah tanganmu...titiskan lah air mata mu sepuasnya dan mengadu lah pada DIA yang diaATAS... insyaALLAH akan tenang dirimu....

aku memang bukan manusia yang sempurna..
aku juga bukan manusia yang baik
aku juga pasti punya kekurangan
insyaALLAH kesempurnaan itu akan kucari dan ku gali hingga akhir hayatku
keburukan itu akan ku sulam dengan kebaikan satu demi satu...
setiap kekurangan itu pasti ada sebab dan puncanya..dan mungkin itu adalah tugasku untuk mencari mencari dan terus mencari apa kekurangan itu dan mencuba untuk perbaiki setiap kekurangan itu...

0 comments: