Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berputar putar tanpa henti..

INGAT WAKTU KEWAJIPANMU..

Monday, April 18, 2011

RElakan Cinta???

assalammualaikum
bismillahirramanirrahim...

dalam masa 4 bulan ini, ini baru kali kedua aku membeli magazine...sudah lama rasanya aku tidak membeli magazine sebagai bahan bacaan untukku..kerana ku rasakan daripada membeli magazine..lebih baik wang itu aku simpan untuk kegunaan yang lebih penting..tapi alhamdulillah rezeki lebih untuk ku kali ini, dan aku pun tanpa memikirkan dengan lebih panjang lagi terus membeli magazine yang aku rasa tertarik untuk membacanya...

selepas balik dari sekolah, sambil berehat rehat dan untuk mengelakkan mataku terpejam..(tak nak tdo asar lah tu maksudnya) sehelai demi sehelai aku membacanya ..tiba2x aku tertarik pada satu artikel..yup artikel ni memang ada kebenarannya...berdasarkan kepada pengalaman dan input dari persekitaran yg ku lihat memang ada benarnya..so apa dia artikel tu??ok jom baca ni..

WANITA YANG MUDAH DITIPU LELAKI - Zalifah Adullah Majalah Harmoni

1) TERLALU MEMPERCAYAI..
    Jangan sesekali meletakkan sepenuh kepercayaan kepada lelaki ...wanita yang bersikap terlalu percaya mudah ditipu oleh pasangannya kerana dia mempercayai semua perkara tanpa sebarang pertikaian. Apa sahaja yang diperkatakan,dipercayai sepenuh hati tanpa sebarang keraguan sehingga memberi peluang untuk lelaki berbohong kepada mereka.Lelaki akan memanipulasikan keadaan untuk mempergunakan diri wanita terbabit.Akibatnya, wanita akan berasa kecewa dan merana di atas perbuatan lelaki kesayangan mereka yang tidak jujur..

p/s Jangan sesekali meletakkan sepenuh kepercayaan kepada lelaki
     - betul kata ayat ni..sebab selagi dia belum menjadi SUAMI mu yang sah..jangan letakkan 100% kepercayaan pada dirinya..memang lah waktu dilamun cinta ni...terminum kopi yang diletakkan gula pun kita boleh percaya katanya..apatah lagi bila diberikan ayat2x yang boleh mencairkan hati nurani kita ni...


- jangan sesekali berpegang pada prinsip 'Oh kalau aku setia kat sini..SI DIA pun akan setia dengan aku kat sana sepertimana aku menjaga kesetiaannya disini..'OHHH jangan wahai adik2x ku....ingat..bak kata umie akak..Selagi dia bukan suami mu yang SAH...'DIA BUKAN SIAPA2X PADAMU' ingat tu...


- bukan kita tak boleh setiap pada orang yang kita cinta..tapi berdasarkan pengalaman...setialah SEADANYA..tapi BERPADA - PADA.. dan sebagai BACK-UP kepada kita jugak dik..supaya bila tertangkap KETIDAKSETIAAN NYA SATU HARI NANTI..kita sudah bersedia dan dah standby untuk tidak TERKEJUT ATAU PUN BERSEDIH..SAMPAI NANGIS SATU BALDI PUN BOLEH PENUH..ingat tu ...


2) SOSIAL..


    Wanita yang gemar berpeleseran di disko dan kelab malam juga mudah ditipu lelaki.Cara hidup bebas dan bersosial tanpa batasan memberi banyak ruang dan peluang kepada lelaki-lelaki tidak bertanggungjawab untuk menipu mereka . Ini kerana gaya hidup bebas secara terang-terangan telah mendedahkan diri wanita kepada lelaki pemangsa yang sentiasa mengintai peluang dan memasang perangkap untuk merosakkan gadis-gadis remaja bagi memuaskan nafsu mereka.

3) TIDAK BERILMU
     Tidak berilmu bukan bermakna tidak berpendidikan.Tetapi ia jugak bukan bermakna anda perlu berkelulusan tinggi kerana wanita yang memiliki PHD sekali pun boleh menjadi bodoh dalam soal cinta lelaki.
Dalam konteks ini , wanita berilmu adalah wanita yang tahu membezakan antara perkara baik dan perkara buruk dalam mencari jodoh. Mereka tidak hanya mengikut rasa cinta sebaliknya bijak menilai peribadi lelaki yang layak dijadikan suami.Jika tetap terjatuh dalam perangkap lelaki durjana..mereka tahu akan hak,berani memperbetulkan keadaan dan bijak menuntut keadilan buat dirinya serta anak-anak.
Wanita seumpama ini sememangnya digeruni lelaki kerana kefahaman mereka tentang hak seorang wanita.Sedangkan wanita tidak berilmu,sering menjadi mangsa lelaki kerana kedangkalan ilmu mereka dalam mempertahankan hak diri.

p/s kerana cinta hati tersiksa badan merana ..jadi..kita sama2x sediakan lah payung sebelum hujan...

4) Terlalu sabar
    Makan hati berulam JANTUNG! kalau jantung pisang sedap jugak untuk dibuat ulam...ni tak makan JANTUNG SENDIRI...Pepatah paling tepat untuk menggambarkan wanita yang terlalu penyabar.Walaupun didera dan setia sampai tabik hormat macam mana sekalipun.walaupun BF kita tu tak setia dan tak menghargai kesabaran kita tu...Kesabaran yang keterlaluan hanya membuakan pasangan semakin berani untuk terus MENIPU dan MENDERA mental kita sebagai wanita..Tak salah untuk bersabar..tapi ada LIMITASI nya ADA TAHAPNYA...jangan sampai memudaratkan diri sendiri...






p/s Moralnya disini..tak salah untuk kita jika mengamalkan sikap berhati hati...apa2x pun kita kena bijak mengatur strategi untuk mengelakkan diri kita daripada ditundukkan oleh seorang lelaki yang BUKAN SIAPA SIAPA LAGI PADA KITA...kalau kita tak ikut cakap dia pun KITA TAKKAN BERDOSA pun padanya..Melainkan kalau kamu ada lah ISTERINYA..maka tunduklah kamu pada SUAMI MU untuk mengejar ganjaran di akhirat kelak dan menjadi bidadari untuk suami mu di syurga nanti insyaALLAH..Amin ya rabbal alamin....