Wednesday, March 23, 2011
hepinya aku sbg seorang guru prasekolah (PART 2)
Posted by me??? at 4:21 AM 0 comments
Monday, March 21, 2011
aku TAK ingin nak balik lagi.....!!
bismillahirrahmanirrahim..
assalammualaikum...
XY : aku dah kata aku tak ingin nak balik lagi...
XX : kenapa kau tak nak balik lagi?kau kan dah berusia..sepatutnya dah lama kau balik??
XY : kan aku dah kata aku tak nak balik..tak nak balik lah!! yg ko sebok2x ni pesal??
XX : balik lah ..dah lama kau tak balik..sampai bila kau nak macam ni..satu hari nanti kau akan balik jugak..
XY : aku tak nak BALIK! aku suka dengan kehidupan aku sekarang...kalau aku balik sekarang aku rugi!! kau
kau faham tak apa maksud aku?
XX : ermm maaf..aku tak faham maksud kau..boleh kau terangkan pada aku kenapa kau tak nak balik ?
XY : aku tak nak balik lagi..kalau aku balik aku akan kehilangan semua yang aku miliki ni...kalau aku
balik sekarang,nanti kawan2x cina aku tak nak kawan ngan aku..nanti mereka tak nak melabur dalam
business aku...kau tahu kan aku jual arak..aku jual rokok ...aku bisnes kasino...kalau aku balik sekarang
aku rugi lah..
XY : kau takkan rugi ..(sambil tersenyum)
XX : Ah! tak rugi kau kata...aku bina empayar aku ni hasil dari titik peluh aku sendiri tau..waktu aku susah
yang nak tolong aku?harapkan saudara..haaaargh jangan harap...nak pandang sebelah mata pun dorang
takkan pandang aku waktu itu..sekarang..bila aku dah hidup macam ni..semua pandang aku..semua
mengaku sedara..silap tak dibantu..kata2x hina dan umpatan aku dengar...tapi aku keraskan hati aku
..suka hati doranglah nak kata apa...aku tutup telinga untuk itu..yang bantu aku dulu siapa?
kawan2x aku jugak..mereka bawak aku ke casino, dalam satu malam aku dah dapat puluh2x ribu,
kadang2x paling ciput pun 2,3 ribu ..sapa nak bagi??kalau nak harapkan makan gaji ..hahaha jangan
harap...
XY : kenapa waktu tu kau tak nak balik lagi?
XX : sebab waktu itu aku rasa masih tak cukup puas lagi..aku nak dapat lebih..duit hasil casino aku tu, aku
buka business lain..aku jual arak aku jual rokok tapi aku tak jual dadah sebab aku tahu dadah
bahaya...dan boleh membahayakan aku sendiri hahaha
XY : Kenapa kau jual arak?kenapa kau jual rokok?
XX : kenapa kau tanya?hahaha...kau ni..kau tak nampak kah sekarang arak dan rokok sangat
menguntungkan..kau ingat org bukan islam ja yang minum arak?heyy kau tak tahu kebanyakan customer
aku kebanyakannya orang kita sendiri...kau tau tak?mula2x aku marah juga lah kenapa drg nak beli..tapi
bila aku fikir balik..arhhghh dorang jugak yang rugi aku yang untung hahah...kenapa aku jual rokok?
sebab rokok tu dah macam jadi makanan bagi yang merokok..kau percaya customer aku yang paling
muda umur 12 tahun pun dah merokok...orang apa???orang kitaaa....aku tahu walaupun drg tak beli
direct dari aku..tapi aku tahu drg sedang tunggu kat luar kedai aku semata-mata nak dapatkan stok
tu...tapi aku diamkan saja..
XY : habis sekarang kau dah puas?
XX : wei ..sapa kata aku dah puas?aku tak puas lagi lah..
XY : kenapa?
XX : aku nak lebih lagi..kau ingat pendapatan aku rm50000 seminggu tu cukup ke?tak cukup lah...aku nak tanggung bini aku lagi..anak2x aku lagi..takkan aku nak balik sekarang dan tutup semua perniagaan aku..??nak jaga bini aku pun dah hampir separuh pendapatan aku kau tahu tak...anak2x aku tiap2x malam buat party ...tapi aku tak halang..yang penting mereka bahagia..
XY : bahagia ke mereka?
XX : yalah mereka bahagia...aku dah bagi segala-segalanya pada mereka..
XY : Agama mereka?
XX : itu ustaz/ustazah ajar lah kat sekolah..cukup dah tu..
XX : Kau tak takut kepada TuhanMU?
XY : ermm..nanti aku balik lah pada dia..tapi bukan sekarang...
XX : kau tahu tak bila2x masa ja kau akan dijemput tuhammu...
XY : aku tahu tapi aku tak nak balik lagi lah...
XY :balik lah ...
XY : tak nak...
XX : balik lah
XY : tak nak! ok lah aku nak blah lah sekarang!
XX : blah p mana?
XY : rumah aku lah
XX ; sebentar lagi kau akan balik...percayalah kataku..
XY : tipu!
(selang beberapa saat)...
aku nak balik..ampunkan aku..aku nak balik!!aku tak nak di tempat ni...aku nak balik...kat sini panas!
XX : kau dah tak boleh nak balik..disinilah rumah kau..
XY : bukan sini bukan rumah aku...rumah aku ada aircond!
XY : di sana aircond..di sini ..di rumah baru kau ada api...api itu aircondmu..
(fikir-fikirlah)....
Posted by me??? at 11:52 PM 0 comments
Wednesday, March 9, 2011
teknik bacaan yg ku laksanakan di prasekolah...
Bismillahirrahmanirrahim
Posted by me??? at 3:48 AM 0 comments
Tuesday, March 8, 2011
Awas 'Mabuk' Saat Bertunang (Lebih detail)
Assalammualaikum
POINT2X PENTING UNTUK KITA...
SOALAN :
ADAB2X DAN PERGAULAN SEMASA SEORANG LELAKI ATAU PEREMPUAN ITU BERTUNANG?
JAWAPAN :
Beberapa Keringanan yg islam berikan apabila berlakunya PERTUNANGAN....
Tujuan : Untuk berkenalan dengan lebih lanjut lagi dengan bakal suami/isteri....
- boleh melihat bukan sekadar wajah sahaja tapi boleh melihat
adab2xnya
- boleh pergi ke rumahnya (TETAPI BUKAN BERDUA-DUAAN DI
RUMAH,AHLI KELUARGA,MAHRAM WAJIB BERSAMA-SAMA MENEMANKAN)...
- Kalau nak keluar wajib ditemani dgn MAHRAM..terutama sekali
perempuan,harus ditemani dengan
mahramnya apabila ingin keluar bersama tunangannya itu..TIDAK
boleh keluar BERDUA-DUAAN TANPA MAHRAM
- boleh berkomunikasi dgn alat2x elektronik (spt mana yang ada
sekarang) tapi semuanya PERLU menjaga
SYAHWAT antara kedua-dua pasangan itu..
Dalam ISLAM
-couple hanyalah selepas PERKAHWINAN
-Pertunangan itu boleh diibaratkan sebagai DUNIA dan
SYURGA...batas bertunang itu TERHAD,Sekiranya
tidak diHADKAN maka RUMAHTANGGA itu akan RUNTUH...
-Kerana sebelum berumahtangga lagi, telah merasai kenikmatan
selepas berumahtangga, INI menyebabkan PERKAHWINAN TIDAK ada
lagi ERTI yang BANYAK,kecuali Untuk MENDAPAT ANAK/ZURIAT
JADI INGAT!
-KENIKMATAN YG BENAR2X HANYA AKAN DIRASAI,APABILA SETELAH AKAD
NIKAH...
-REMINDER TO ALL WOMEN...
(LELAKI INI ADA MASALAH APABILA MEREKA DAPAT MENYENTUH WANITA
SEBELUM WANITA ITU MENJADI ISTERI MEREKA YANG SAH, BIASANYA
LELAKI SEBEGINI,AKAN ADA KEINGINAN UNTUK MENYENTUH WANITA-
WANITA LAIN SEPERTIMANA SEBELUM
MEREKA BERKAHWIN!!!)
Posted by me??? at 10:28 PM 0 comments
Sunday, March 6, 2011
hepinya aku sbg seorang guru prasekolah (PART 1)
bismillahirrahmanirrahim....
assalammualaikum..
kali ni aku ingin berkongsi pengalaman ku sebagai seorang guru prasekolah .walaupun aku memegang jawatan ini baru separuh suku pokok jagung...tapi tak salahnya untuk berkongsi kisah ku pada kalian yang membacanya..
terus terang aku katakan..career untuk menjadi seorang guru mahupun guru prasekolah langsung tidak ada di dalam database otakku ini, LANGSUNG TIDAK ADA., dulu aku merasakan aku tidak mungkin akan mengikut jejak langkah abah dan umi ku di mana mereka dulu juga merupakan seorang guru...kata orang dalam satu keluarga pasti akan ada seorang anak yg akan mengikut jejak langkah kerjaya daripada ibu bapa mereka...
dulu aku merasakan itu arghhh nonsense...dulu sewaktu sekolah rendah hinggalah sekolah menengah aku angan2x kan 3P..PEGUAM,PENULIS DAN PRAMUGARI..hohohoho memang itu lah cita2x yang aku letak di dalam buku rekod ku di sekolah...
PEGUAM??
aku sangat suka tgk org berdebat di dalam mahkhamah, dengan gaya dan hujah2x yg mereka sampaikan sehingga boleh menundukkan pihak lawan ku rasakan sangat hebat..lagi2x bila aku menonton Sammi Cheng berlakon sebagai seorang peguam yang sangat handal..disebab kan itu aku bercita-cita ingin menjadi peguam...
tetapi apabila aku menginjak ke alam sekolah menengah..aku merasakan subjek sejarah memang satu subjek yang aku sangat2x sangat2x takde mood untuk mendalaminya..aku lebih suka mengira-mengira daripda menghafal fakta2x sejarah..dan akhirnya...hohoho memang takde harapanlah nak jadi peguam camtu hahaha
PENULIS??
yup dulu aku suka menulis cerpen2x..kadang2x ku serahkan hasil2x cerpenku kepada cikgu untuk menilainya...ditambah lagi apabila cikgu tersebut menyambung hasil penulisanku..sehingga membuatkan aku jatuh cinta pada penulisan..
tapi bila ku fikir2x semula...ntah bagaimana boleh hilang minat penulisan ku itu aku pun tidak tahu...
PRAMUGARI??
hohoho ini lah cita2x yang selalu diketawakan oleh abah ,umi dan adik2x ku padaku dulu
yalah sapa yang tak terpikat bila melihat pramugari yang cantik2x bersama dengan pramugaranya menghidangkan makanan di atas kapal terbang,melayan setiap penumpang dengan baik dan ramah...boleh terbang ke sana ke sini...tapi tu jalah, tgk lah kehidupan seorang pramugari camna...trus hilang cita2xku itu ahaz...
AKAUNTAN???
yup itu cita2x sebenarku....cita yang sebenar benarnya...
aku sangat minat pada pengiraan
matematik, akaun memang cepat ja kusiapkan
cita2x ku itu timbul sewaktu aku berada di form 4 lagi...
dan aku akhirnya berjaya memasuki UITM kota kinabalu
dan mengambil course DIA (Diploma in accountancy) d sana dulu...
memang semangat tahap GAban lah aku time tu...
GURU????
haaa ni nak dijadikan sebagai cerita sebenar..
camna aku boleh terlibat dalam pendidikan ni...
time aku sedang syok2x study kat uitm dan nak masuk musim exam dah time tu...
tiba2x abg deng (paksu ku) call bagitau, ''Ain ada surat interview nak jadi cikgu ni kat rumah''
apa!!!!!
sejak bila pula aku apply jadi cikgu ni???
setelah ku selidik punya selidik
rupa2x nya
ni semua umi ku punya keja...
umi ku senyap2x isi borang untukku dan menghantarnya ke pendidikan...
dan waktu nak interview tu memang lah payah aku nak dipujuk
ingat lagi
siap disuruh buat perbandingan antara INTAN dan PERMATA lagi waktu tu ...
aku pula berjurai2x lah air mata..
dulu aku persepsi ku
akauntan best boleh pakai baju keja
boleh duduk dalam ofis
org tgk pun whoaaaaaa
cikgu??ermmm ntahlah memang tak minat langsung....
INTERVIEW ...
haa kisah aku kena interview ni lah yang sampai sekarang aku tak leh lupa...
nak tahu camna...
umi ambil aku di uitm,
kemudian dgn tak mandinya
baju kurung yang tak ber 'iron'
pakai selipar
siap dengan sakit perut ku
aku di bawa ke tempat interview
siap dgn mata bengkak2x ku lagiii
(semua ni tanda protes tak nak pegi lah ni...)
seperti rakan2x ku yg lain...
g jawab soalan objektif dulu
kemudian baru lah interview...
tapi time tu memang senyuman di bibir ku menghadap mereka memang ikhlas tak tahu apa yang mereka tanya aku jawab dengan laju ja..dalam hatiku kompom tak dapat punya lahhh...sedangkan time tu ,umi kat luar tu sedang doa tu supaya aku diterima masuk jadi cikgu...keluar dari bilik interview ja..
SIGHHHHHHH
UMI BALIK UITMMMM (tu ja ayatku)
selang beberapa bulan selepas itu,
ain surat tawaran dapat sudah....
oh TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKK
di mana??
di negeri sembilan!!!!
pada waktu itu mcm2x lah yg ku fikir maklumlah aku tidak pernah sampai negeri sembilan lagi pada waktu itu..
aku terbayang negeri tu satu negeri yang sangat ceruk...(samalah mcm persepsi orang semenanjung nak ke sabah n sarawak,mcm2x bayangannya....moralnya di sini...jangan membuat andaian mcm2x datang dulu baru tahu tempat tu macammana..tak seburuk dan sejauh yang disangkakan) :-)
mcm tu lah jugak aku
aku ingat lagi baju kurung kuning merupakan baju kurung yang aku pakai sewaktu mendaftar di maktab perguruan raja melewar dulu..umi,bapak dan kawan bapak ku sanggup menemankan aku ,sama2x fly dari kk ke seremban...1st time aku naik kereta api dari kl-seremban..dan my 1st impression apa dia??
"WAHHHHHHHHH MCM BEST JA SEREMBAN NI ..DEKAT NGAN KL..PALING PENTING DEKAT NGAN AIRPORT!!!''alhamdulillahhhhh
Posted by me??? at 9:56 PM 0 comments
maher zain junior...
bismillahirrahmanirrahim
assalammualaikum
nama pun hampir2x sama..
maher vs miqdad...
hebatnya pengaruh dan kekuatan lagu2x maher zain, hari ni ja bila aku alunkan lagu2x nya
murid2x ku cuba utk mengikut gaya nyanyian maher zain....kalau lah maher zain ada dalam kelas sekarang ni alangkah bestnya...boleh dia ganti ngajar jap hahahaha
Posted by me??? at 7:18 PM 0 comments