Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berputar putar tanpa henti..

INGAT WAKTU KEWAJIPANMU..

Friday, February 25, 2011

HUJAN dan KEMATIAN

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum...


tiba2x datang ilham tepat pada waktu 2.35am...
kalau ikutkan waktu sekarang aku dah membuat peta separuh malaysia dah ni kot..
tapi mungkin disebabkan aku tertido awal tadi, maka mata ku pun celik awal, di tambah lagi dengan mood perutku yg sedang berfungsi dengan baiknya menyebabkan aku tidak lena untuk tidur...ditambah pula dengan kepalaku yang tiba2x dilanda kepeningan menambahkan lagi keazamanku untuk pergi ke toilet dan mengambil wudhuk utk solat...mudah2an dgn cara itu segala mood2x yg tidak baik yg aku alami itu akan hilang...
sedang ku mengambil wudhuk, tiba2x hujan lebat turun






...herm..alhamdulillah ALLAH memberikan suasana yg sejuk pada malam ini....kalau ikutkan waktu tido tadi agak panas jugak suhunya, bangun2x ALLAH dah turunkan hujan, maka sejuk lah jadinya...:-)
selepas aku menunaikan solat tadi , 'eh berhenti dah hujan ni' sekejap ja hujan ni turun...
hermm takpe still dapat merasa nikmatnya...
ingatkan dalam mood yang tak dapat nak tido ni, boleh lah aku menyiapkan kerja ku, tapi tiba2x mood untuk writing tu timbul pula,memandangkan esok pun cuti,apa lagi..tolak tepi jap keja tu, dan aku pun membuat lah keja ini...<3

apa kaitan tajuk hujan dgn kematian ya ?
hurmm

tadi, sewaktu aku sedang dilanda kepeningan aku berfikir, adakah ini sakit pening terakhirku?adakah ini bangun malam terakhir ku?adakah bunyi dan suasana hujan ini adalah yg terakhir untukku?dan adakah solat ini sebagai ibadah yang terakhirku...YA ALLAH...tak terungkap dan terjawab segala persoalan itu di benakku sekarang ni...kata orang kalau hujan sekejap2x itu tandanya ada kematian yg berlaku...(kata orang,mitos orang)..tapi tu semua nya bukan kata orang..kita jangan dengar kata orang...

menjelang genap umur ku ke angka 25 tidak berapa lama lagi, aku mengimbas kembali setiap memori yang telah aku lalui dan yang dah berlaku pada diriku...apa yang aku boleh simpulkan..YA ALLAH KAU BEGITU MENYANYAGI DIRIKU...SETIAP KALI AKU TERLEKA, KAU PASTI MENARIKKU SEMULA KE JALAN LURUSMU DAN REDHAMU...bila aku fikir dalam2x semula, aku bersyukur, kerana aku melalui pengalaman2x atau fasa kehidupan yg 'ALHAMDULILLAH'
dalam hatiku, dlm susah2xnya aku, mungkin ada lagi orang lain yang lebih susah dariku...mungkin ada lagi orang lain yang lebih manis dan beharga fasa kehidupan mereka dariku...tapi apa2x pun segala-galanya adalah aturan yang ESA, sebelum kita menjadi benih dan janin di dalam perut umi lagi, DIA dah tahu dan dah maktubkan setiap detik kehidupan seseorang itu mcm mana...jadi buat apa nak disesalkan diri sendiri...terima segalanya dengan hati yang terbuka, dan set dlm otak,'ada HIKMAH yang TERBAIK dalam setiap apa yang berlaku..

mungkin sekarang aku masih boleh bernafas dan menghirup udara kipas angin yang sempoi2x bahasanya yg membantu menyejukkan bilik ini, tetapi aku tidak tahu mungkin dalam 5 minit, 10 minit ,esok ,lusa, tulat, minggu depan etc mungkin kipas itu sudah tiada tuan untuk menghidupkannya...

bersedia dengan payung sebelum hujan
bersedia dengan iman&amalan sebelum pahala dan dosa mu dihitungkan
  
Sempatkah aku untuk itu?



 

0 comments: