Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berputar putar tanpa henti..

INGAT WAKTU KEWAJIPANMU..

Sunday, February 6, 2011

4 Batang Tiang Rumah dan sebuah pintu



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu


Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu


Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa


Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya


Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu


Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum...

inilah lirik yang mampu ku jelaskan betapa pentingnya mereka2x ini di dalam hidupku..
ermm siapa??apa kena mengena dengan 4 batang tiang rumah dan sebuah pintu pula?
:-)


perumpamaan itu ku tujukan kepada mereka yang aku sangat cintai dan sayangi sekali di dunia ini...






bila teringat kisah2x zaman waktu kecil2x dulu memang ada yang manis dan ada juga yang pahitnya..
tapi rasanya dan seingat diriku..
semua yang aku ingat semua yang manis2x belaka...

aku punya dua orang adik yang sangat comel dan aku bersyukur umi ku melahirkan mereka dan menghadiahkan mereka kepadaku ...ya mereka itu ku anggap sebagai hadiah yang sangat bermakna untukku...

ada dua maksud hadiah di sini, iaitu sebaik mereka berdua dilahirkan...aku secara automatically sudah bergelar kakak...aku juga automatically diberi mandat dan tanggungjawab untuk menjaga mereka sebaik mungkin...menjadi kakak yg terbaik untuk mereka berdua...insyaALLAH

kemudian hadiah2x itu adalah sebagai penemanku di kala diriku kesunyian perlukan teman untuk berbicara,bermain dan sebagainya...dan 2 hadiah itu akan kekal bersamaku sehingga akhir hayatku kelak...terima kasih umi sebab memberikan mereka buatku...:-)

aku ada dua adik yang sangat comel..seorang comel dan lembut orangnya...sorang lagi adalah waliku yang sah..sapa lagi heroku lah merangkap bodyguard kepada kami berdua yang perempuan ini hehehe...

ada pelbagai kisah menarik yang kami telah lalui dan akan simpan untuk selama-lamanya insyaALLAH...

waktu kecil2x dulu..memang kami bertiga akan tidur sekatil, bergusti atas katil,terutama sekali aku dengan adik lelaki ku lah selalu bergusti atas katil...adik perempuanku jadi pengadil..yang lucunya bila nenek datang suruh berhenti tak jugak kami berhenti hehehe tapi bila nenek dah nak balik rumah dia,semua keluar lambai tangan ngan nenek, sampailah tak nampak bayang nenek baru kami bertiga masuk sambung gusti balik hehehe (waktu tu nenek menjaga kami dr kecil sampailah sekarang, maklumlah ibu bapa bekerja hehehe)

kadang2x bila sepupuku datang ke rumah, kami bermain ting ting lah,panjat pokok jambu air yang ada depan rumah lah,main kat kawasan lapang depan rumah lah..pernah suatu ketika kami bermain hang tuah hang jebat...hehehe kebetulan teater tu abahku merupakan salah seorang ahli produksinya...apa lagi props teater tu kami gunalah,terutama sekali keris palsu,abahku bawak balik ke rumah...kami pun gunakanlah dengan semanfaatnya hehehe,asal ja nak sampai adegan nak tikam2x ngan keris,semua kami berlari tak tentu arah hahaha, ada yang keluar rumah lah, ada yang naik atas rumah lah..aku???selalunya aku akan lari masuk dalam tandas dan kunci pintu tandas tu terus hehehe....kesian siapa yang jadi tukang tikam,penat dia ngejar hehehehe

hari berganti hari...usia pun semakin meningkat dan tahap pemikiran pun sudah semakin berubah...
:-)
kami pun semakin membesar...
tapi satu ja kami still tak leh tak nak buat..iaitu baring atas satu katil ...adik lelaki ku memang suka baring di tengah2x aku dan adik perempuanku...hehehe
time tulah kami akan bercerita..ceritalah apa2x...lagi2x bila umi masuk bilik , nenek ngan hot drink nya masuk bilik lagilah meriah...huhahuha bilik tu jadinya..hehehe

tapi kalau part gaduh...antara kami bertiga..aku dengan adik lelaki ku rajin sangat gaduh..hehehe...mungkin sebab aku lah abang dan kakak untuknya jadi peranan aku kepadanya menjadi dua..ada waktunya aku menjadi abg dan menjadi kakak untuknya...jadi pendekatan aku dengan adik perempuanku dengan adik kesayanganku yang sorang ni pun memang berbeza hehehe....memang aku ngan adik lelaki ku boleh diibaratkan seperti anjing dengan kucing..tapi lucunya kejap ja gaduh pastu baik balik hehehe..adik perempuanku memang sangat cool, kadang2x bila aku dengan adik lelaki ku dah bergusti di atas lantai..dia selamba ja ngan buku2x yang dia baca..kadang2x gelak pula dia tgk kami berdua bergaduh hehehe....dedek dedek...

aku sangat sayangkan mereka berdua...
mereka adalah putera dan puteri di hatiku...
kalau boleh aku tak nak lihat mereka susah hati dalam apa juga perkara sekalipun...
aku nak mereka hepi..itupun sudah cukup membuatkan aku hepi sangat2x...
dan boleh membuatkan umi ku tersenyum tenang melihat kami bertiga hehehe

semakin hari semakin kami membesar dan masing2x membawa haluannya sendiri, haluan masing2x dalam membina kehidupan masing2x..sejauh mana pun kami berada..cuma ada satu ja kunci yang mengikat kami berlima iaitu..kasih sayang...gaduh macammana pun last2x mereka jugalah yang sentiasa berada dekat di hati ini,kadang2x aku tergelak bila teringat kisah2x aku dengan mereka...lucu banget deh,sampai aku boleh tergelak sendiri hehehe...


berbalik pada tajuk utama..chewah...


kenapa 4 batang tiang dan sebuah pintu ?hermm
kalau salah satu tiang itu roboh atau reput, maknanya robohlah rumah itu..


siapa pintu?
siapa tiang2xnya?


pintu itu adalah nenek ku...dia yang melahirkan umiku...nenek ku jugalah yang menjaga kami dari kecil sehinggalah sekarang...kalau bukan sebab nenek ku..mustahil umi ku wujud dan kami pun lagilah mustahil akan wujud ..(betul tak? :-)


4 tiang lagi..tidak perlulah aku menghuraikannya satu persatu 
mungkin kalian semua sudah boleh mengandaikan tiang2x itu mewakili siapa...yg penting aku sekali aku sangat sayangkan mereka sangat2x...:-)







0 comments: