Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berputar putar tanpa henti..

INGAT WAKTU KEWAJIPANMU..

Tuesday, January 25, 2011

road tax oh insurance

bismillahirramanirrahim..
assalammualaikum semua...wawawawa

hari ni...hari rabu...dan hari ini jugalahhh road tax ku yang baru belum melekat-lekat lagi di cermin keretaku sebelah kiri itu...walaupun tarikh expiry date nya sudah pun melebihi batas waktu iaitu 21.01.2011... ada cerita
di sebalik semua ini...aduihhhhhhhhhhh

ada alkisah di sebaliknya...
act ini merupakan 1st time aku membayar road tax dan insurance kereta ku dan genap setahun juga lah aku memiliki kereta ku sendiri....

di awal2x aku memiliki kereta...
apa yang aku set di dalam ofis kepalaku ini ialah...kereta
1) isi minyak untuk jalan
2) isi angin tayar
3) g hantar service on the right time
3) pakai spek mata hitam (konon nak bergaya dan protect mataku) start the engine then ZZZZZZommmmmmmmmm!!

rupa2x there's a lot more info yang aku tak tahu tentang kereta ni...
makin banyak info tentang kereta makin banyak lah wang kertas bersayap yang sentiasa membayangi mataku hehehe (duit terbang lah tu)...=)

to all women out there yang memiliki ur own car sendiri dan yang baru memasang cita2x atau baru nak survey kereta untuk diri anda...haaa di sini ada a few tips yang boleh aku share kan di sini...

1) kena tahu tahap kemampuan economy kita..supaya senang kita nak bayar keta tiap2x bulan...

2) mula2x dulu berangan2x nak beli yang 2.0 ke atas atau pun yang 4WD..nampak tinggi dan bergaya kalau pompuan yang drive..tetapi sekali tgk road tax nya sahaja dah mencecah rm400 above ayoooo tarak boleh ini macam..'MAKAN DALAM' ja lah dulu angan2x nak drive 4WD..jadi buat masa ni kemampuan beli yang 1.5 je lahhh road tax pun baru rm75 kalau tak silap...

3) check insurance road berapa...rasa2x nya memang kena siap simpan duit gaji sebulan awal2x yang KHAS UNTUK (INSURANCE ROAD + ROAD TAX+ HAL2X LAIN cthnya tayar pancit ka, service extra charge ka dll) remember that...
sebab pengalaman aku yang baru setahun jagung ni...rasa nak bernafas pun ada rasa tak nak bernafas pun ada sebab bila surat noticed pemberitahuan bayaran insurance brapa yang perlu dibayar (rm1600k) rasa nak tercabut urat halkum ku yang takde halkum ni hehehe....tapi alhamdulillah nasib baiklah ada rezeki lebih dapatlah aku nak membayar insurance + road tax tu...just imagine dalam 1 bulan sahaja anda kena bayar untuk INSURANCE ROAD + ROAD TAX + SERVICE KETA = $$$$$$ (duit duit di mana kau duit..bak kata M.NASIR) takkan lah keta sendiri nak minta support dari PAMA juga kan...ish2x...kenok lah like that  =)




4) haaa kalau bawak keta tu berhati2xlahhh membawa..jangan langgar sebarang lobang2x yang cantik menghiasi jalan raya di malaysia yang tercinta ini...sebab tayar2x tu sangat2xlah berharga sekali lobang kita terlanggar kalau ikut nasib lah...boleh menyebabkan alignment tayar tu tak stabil dah..bila alingnment tayar tu tak stabil...cthnya bila anda lepaskan stereng kereta sepatutnya jalan lurus ja (tu maknanya alingment tayar masih ok) tapi kalau jalan lurus tapi kereta ke kiri atau lebih ke kanan haaaa bersedialah untuk membawanya ke tempat service kereta untuk betulkan alignment tayar tu..sekali betul kan mungkin boleh mencecah rm30-rm60 depend on what car u have...

5) bagi yang suka berjalan jauh2x cthnya 400km ke atas (macam diriku sekarang hehehe) sebelum nak bertolak tu pastikan air kereta tu ada, angin tayar berisi dan minyak harus cukup...haa tu penting..lagi satu kalau berkesempatan...lap cermin kereta anda ngan penghadang hujan (apa nama urang putehnya lupa dah) hehehe sebab takut bila hujan lebat berlaku kita susah nak nampak jalan dengan jelas...

hermm apa lagi yang nak dikongsi???lupa dah takpe nanti akan di 'update' kan jugak hehehe

haaa berbalik kepada cerita roadtax ku....

gambar hiasan semata-mata

aku niii tersangatlah berani untuk me 'renew' kan road tax ku tepat2x pada tarikh road ku tamat tmpoh iaitu 21.1.2011...betul2x jatuh pada hari jumaat (hari yang penuh berkat bagiku)...
aku minta leave awal dari GB untuk pulang ke KK
GB pun baik hari tu..maka di benarkan...
perjalanan dari LAWAS ke KK mengambil masa 3 ke 4 jam..
tapi hari itu aku bawak 2 jam 45 minit...jam 11.30 bertolak..singgah di pekan sepitang kejap akibat kelaparan yang melampau dan menggegarkan badanku...aku singgah di kfc then menapau burger ...sambil drive sambil menelan...jimat sikit masa hehehe
nasib baik lah tak banyak kereta...
sampai di kk tepat 1.50 petang...
umi ku sudah sedia menanti ku di sebelaho ofisnya, untuk menemankan aku men settlekan beberapa perkara...

singgah di library jap untuk renew buku..
aku terus ke tempat renew roadtax dan insurance
dalam fikiran ku siaplah hari ini..
RUPA-RUPANYA!!!!!!
'cik tak sempat nak siapkan..hari isnin baru dapat siap...'
aku tgk jam a ah lahhh nak dekat jam 3 dah...
aduhhh macammana nak balik LAWAS ni...
dah lah sentiasa ada road block kat sana....bukan 1 road block ja kadang2x sampai 3 road block di sepanjang jalan tu...
hati ku dah berdebar dah...
dengan nada selamba dan gelak2x lagi ngan christine (orang yang menguruskan hal ku)
'heheheh ndak pa lah christine saya tawakkal ja..kalau kena tahan..saya panggil kau sekali ahhh hehehehe"
dalam hatikuuu
memang dah terbayang dahhh camna lah kalau keadaan tu berlaku hehehe
tapi nasib baik insurance sempat bayar so cthnya kalau ada road block tunjukkan ja slip insurance yang dah dibayar dan bagitau road tax belum siap...
dalam hatiku (BOLEH KE CAMNI?)
haaa tawakkal ja lahhh
jadi kesimpulannya hari jumaat tu road tax tak dapat nak ditampal...di kereta ku lagi..isnin baru mereka akan pos kan ke tempat ku ini...

haaa alkisah aku nak balik ke lawas...
sah memang confirm...dari jauhhhhhhh lagi aku lihat...macam banyakkkk ja kereta berbaris ni...kon oren tu dah buat aku kenal dari jauh lagi menandakan...HAAAAAAAAAAAA KAN SUDAH KU BILANGGGGGGGG ROAD BLOCK!!!! JPJ DAH SENYUM DAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!


gambar hiasan semata-mata


 terus ku perlahankan kereta....
dan aku ditahan sebentar...
dalam hatiku doa dan selawat banyak2x jangan lah aku ditahan dah lah road tax lamaku masih ada di situ...
insurance ku sudah aku standby kan awal2x dah di tepiku...lesen P ku memang dah setia menemaniku awal2x lagi....
''Cik laju ja cik bawak ni..." kata pemuda muda itu...muda ke???TING!
'ummmphhh assalammualaikum.." kataku..
"minta lesen cik"
ku berikan lesen kepadanya
"aik P lagi ni...."
aku pun senyum kambinggg hehehe
dia tgk road tax ku huhuhuhuhu
"ok cik jangan bawak laju2x lah ya bahaya"
ya3x terima kasih..assalammualaikummmm

terus ku tutup tingkap kereta...ku pecut minyakkk
tapi dengan perlahan lahhh nak pergi dari situ cepat2xxxx
ALHAMDULILLAHHHHHHHHHHHHHHH
lega dahhhhhhhhhhhhh
sejam jugakkkk aku tak onn kan radio
sejam tu jugak lahhh aku selawat dan berzikir sebab nak hilangkan nervous dug dag dug dag kuuuu

moralnya di sini...jangan lagi bawak laju2x bila2x masa kita takleh budget ada roadblock kat depan sedang menanti....pasni tak nak bawak laju2x dah...biar lambat asalkan selamat sampai di destinasi....

aduhaiii

isnin berlalu selasa juga berlalu dan hari ini rabuuu

baru hari niiii pihak road tax ku nak pos !!
aiyaaaaaa
takpelahh yang penting JUmaat ni aku dah kena balik KK jugakk
kalau tak sampai jugak sebelum jumaat ini..
alamatnya


kringg kringgg kringg
"umiii anak mu dah sampai di station bus dahhh ambiklah diriku inii !!!" hehehehe

p/s

so pengajarannya di sini...janganlahhh wat renew roadtax last minute....watlah seminggu @ 2 minggu lebih awal dari tarikh sebenarnya...kalau nak wat jugakkk aihhh hang tau lah nanti ngasanya melalui saat2x JPJ tu hehehe.....paling senang gunalah MYEG...lagi mudah tak yah nak bazir2x duit minyak g tempat bayar....
(promote MYEG ini hehehe)



oklah gurlzzz
insyaALLAH ketemu lagiiii
sayonaraaaaa purpleeeeeee

0 comments: