Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berputar putar tanpa henti..

INGAT WAKTU KEWAJIPANMU..

Wednesday, January 26, 2011

gaji vs hutang.....mana menang????

bismillahirrahmanirrahim...
assalammualaikum....


tanggal 25hb hari tu...pasti semua sahabat-sahabatku yang bekerja dengan kerajaan akan tersenyum girang...dan mungkin juga ada sesetengah sahabatku yang sudah standby dengan calculatornya untuk mengira budget gaji mereka pada bulan ini :-)


jangan risau aku juga salah seorang di dalam kategori itu...kategori apa??kategori dalam financial management  ni huhuhuh....


belanja itu belanja ini
belanja sana belanja sini...
wahhhh
cukup ka gaji ku ini????pasti itu semua yang ada di benak setiap pemikiran kalian bukan???samalah macam aku juga hehehe


adakah kita bekerja untuk bayar hutang atau kita berhutang untuk dapatkan sesuatu lalu sebab itu kita bekerja?mungkin ada juga sesetengah dari kalian yang mungkin tidak pernah berhutang...(wahhh tu yang best tu..)


kalau waktu zaman2x study dulu..kita tak kan terfikir semua ni ...
duit elaun yang kita dapat pun tu dah cukup banyak dah untuk kita...dan kita tak perlu fikir tentang benda2x lain..contohnya seperti hutang kereta, hutang rumah, hutang credit card...hutang lain2x lagi...hurmmm apa yang kita hanya buat ialah study3x...hari jumaat atau di hujung minggu g midvalley atau tempat2x lain jalan2x,tgk wayang ataupun cuci2x mata...jusco,metrojaya,jalan TAR,SOGO..wahhh itu memang kegemaran seorang student dulu.....tapi nasib baik bukan category shopaholic lagi...tahu berjalan ja cuci mata...kalau beli2x tgk harga dulu mampu ke tak....ingat susah ibu bapa nak berikan kita duit .... 




aku ingat lagi kalau dulu nampak orang swap ja credit card kat cashier...aku mesti berangan nak jugak..but now..everytime aku teringin nak swap kan my own credit card..im gonna think it for twice or maybe more than that...aduhh kalau aku guna memang dapat point but at the same time aku jugak akan dapat interest nya sekali kalau lambat bayar...aduhaiii cerdik kan strategi bank2x ni ...bila kita tak apply credit card..tup2x pas beli kereta..credit card dah sampai kat rumah dah...sedangkan tak apply pun...ayoyo bank mana ni ..(haaa lu pikiaq lah sendiri :-)




kita takkan sedar..brapa kali kita swap lama2x akan mencecah ke satu limit yang boleh membuatkan kita akan mengalami masalah kelemumur yang kritikal (istilah diri sendiri) hehehe
sebab kita tak sedar..mungkin ingat oh takpe boleh bayar pelan2x
tapi semakin pelan kita membayar
semakin tinggi interest nya yang akan bertambah dalam RM$$$ pembayaran kita itu...itu yang aku sentiasa ingat dari pesanan umi ku...


betul kata orang setiap orang purata yang mempunyai hutang mesti akan melibatkan credit card...haaa sekarang lagi canggih..kalau takde apply credit card ..debit card dah ada dan boleh digunakan untuk swap di mana2x counter pun...wahhh ini lagi canggih...nanti bila check2x akaun..aikkkk ciput dah balance ni???haaa tu lagi bahaya...


yup memang aku akui ...ada juga kepentingannya penggunaan kad2x ni..mungkin untuk memudahkan segala urusan yang melibatkan jumlah RM$$ yang banyak..so lebih selamat daripada membawa money cash ke mana2x...dan yang penting dapat standby mana tahu ada emergency apa2x yang memerlukan wang segera...mungkin ini boleh membantu pada waktu itu...


tapi INGAT!!! jangan sampai benda ni boleh memudaratkan hati dan pemikiran kita..pening nak melangsaikan hutang credit card...
kena waspada dalam setiap penggunaannya...
kalau boleh gunalah ia di dalam situasi yang betul2x memerlukan..
SANGAT2X TERDESAK..
jangan bangga diri bila memiliki kepingan credit card yang banyak..
sebab nanti akan memakan diri sendiri juga...
to all women out there...kita kena waspada ketika shopping haaaaa
sebab shopping lah yang banyak membantu dalam mengactivekan virus swap2x ni hehehe
pening lah sang suami anda masing2x bila tgk bill credit card nanti..pada yang masih belum ada suami sepertiku ni haaa diri sendiri lah yang pening nak handle camna nak bayorr ni ayoyoyo tapi alhamdulillah setakat ni tak pening lagi lah...tenang ja dalam senyuman :-)






tak salah kalau nak mempunyai kemudahan seperti itu..
tapi gunalah ia dengan cara yang paling berhemat..
biar setiap kali gaji masuk...
kita takkan garu kepala untuk memikirkan hutang2x yang ada...
biar setiap kali kita menerima gaji
kita akan tersenyum lebar..
alhamdulillah rezeki ku masih ada ada...
dan kena ingat belanja lah gaji kita itu di tempat2x yang sebetulnya....(anda mesti dah faham di mana tempat2x yang betul itu...dan jangan sesekali mengabaikannya)


dan yang paling penting harus sentiasa bersyukur...dengan segala nikmat yang ada...kalau tak bersyukur gaji sebanyak mana pun..kita still akan rasa tak cukup jugak...tak ke rugi tu....
kalau rasa tak cukup..kita usaha lagi tak salah untuk usaha..
tapi diselangi dengan rasa syukur itu lagi cantik..:-)


ok lah rasanya blogging time dah tamat untuk hari ni..
uihhh rasa ketagih nak menaip pun ada jugak ni..bahaya ni..banyak lagi amanah lain yang harus ku selesaikan dahulu..
insyaALLAH si hazel purple akan muncul lagi ...panjang umur sihat tubuh badan..muncullah si hazel purple di sini...


assalammualaikum
selamat beramal purple..:-)





0 comments: