Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berputar putar tanpa henti..

INGAT WAKTU KEWAJIPANMU..

Tuesday, January 25, 2011

Dulu SHREK sekarang tidak lagi...???

bismillahirrahmanirrahim

assalammualaikum..

mesti pelik kan kenapa aku meletakkan tajuk ini di awal tahun baru ini??

herm...

begini ceritanya...6 tahun yang lepas aku merupakan seorang manusia yang mempunyai suatu keistimewaan yang ada pada tidak semua wanita..aku dahulu digelar 'SHREK' yaa shrek ...shrek si kartun hijau itu kenapa aku dipanggil sampai begitu sekali??  hehehe kenapa shrek??

cuba lihat wajah shrek ini....







haaa ini lah aku yang dahulu...

dulu..aku ada 3G..
tahu apa 3G tu??
GempaL, GemuK dan GeniT....
wahhh ingat line 3G coverage tu ke??oh tidakkk


mungkin ada yang tidak percaya pada pernyataan ku ini..tapi percayalah aku pernah mendapat gelaran sebegini...
pada waktu itu..
aku tidak mempedulikannya ..(walaupun dalam hati ..sedih jugak)
tapi salah satu sebab aku aku tidak ambik kisah sebab nya??
haaa sebab nya pada waktu itu...aku belum merasa apa itu jatuh cinta...wahhh jatuh cinta...atokoiiii

pada waktu itu..bila ku melihat rakan2x ku sudah memiliki pasangan masing2x
aku kadang2x pelik dan adakalanya aku ketawa dalam hati....
napa lah dorang ni nak jaga badan sangat...bila depan kekasih hati..aduhaiii nak telan nasi pun payah...start dari situ lah sibuk mencari baju2x yang glamer2x cantik2x...
dan dari situ jugak lah mereka akan menjaga size badan mereka takut dikata oleh pasangan mereka nanti...
hermm pada waktu tu aku tak merasa sendiri apa yg dorang rasa 
'nak sentiasa cantik depan yang tersayang'


tapi betul kata orang...
jangan cakap orang..
nanti kita yang akan merasa sendiri
dan melaluinya sendiri...

waktu berlalu dan terus berlalu..
setelah aku tamat foundation...
aku menyambung degree ku di salah sebuah IPGM yang terkenal di kuala lumpur...
wuiyooo KL tu ohhh he3x

dan bermula dari sana lah 
perasaan ada ada cinta itu muncul...
pada waktu itu..
gelaran shrek masih utuh ku pertahankan...hahahahaha
bermulanya dengan simptom friendster..
haa dari situlah bahana kehebatannya mencari kenalan2x ini...
aku pun tidak terkecuali..
asal masuk library...
wahhh memang itu laman web yang fofular di setiap desktop library itu..
dari situ aku mula mengenali seseorang
dan dari situ juga semangat ku untuk diet pun datang....
wahhh shrek nak diet tu....

percaya atau tidak 
pernah seorang lec ku akan sentiasa menyuruhku untuk mengambil barang di dalam keretanya
dah lah jarak kelas dengan park kereta tu boleh lah tahan jauhnya..
aku disuruhnya..
rupa2xnya dia nak suruh aku exercise..
bagi kurus sikit..aduhhhhhh
sedih3x...

alhamdulillah perkenalan ku dengan seseorang itu berdasarkan perkenalan jarak jauh..
sambil dia study nun jauh di sana...(itu cerita dulu2x zaman dulu2x)
aku pun study nun dekat di sini...
aku ambil alternatif itu untuk mentranformasikan diriku..
aku tidak mahu digelar shrek lagi...
(pada waktu itu sepatutnya aku tidak memasang niat untuk seorang lelaki yang bukan lagi sah sebagai mahramku....time tu pemikiran ku kesian lagi..)ish3x

mula2x sekali...
di tahun kedua studyku..
aku sudah memasang niat itu...
1st sekali yang aku lakukan 
ialah..
mencari motivatorku...ya motivatorku..
sapa lagi umiku lahhh
umi ku lah orang yang paling kuat memberi ku semangat untuk kurus...
sampai satu tahap umi ku mengambil videoku
dan dari sanalah baru ku sedar betapa shreknya aku...
eeeeeeeeeeeeeee
makasih umi...

umi memang motivatorku yang paling mantap...
bila aku pulang bercuti di rumah...
dia yang setiap pagi akan membangunkan aku...
sebelum subuh lagi umi aku dah bangunkan...
lepas subuh..umi ku akan temankan aku pergi jogging di tasik ...
tasik tu....
time tu nak buat satu pusingan pun tak larat...
waktu tu berat paling cemerlangku ialah 70kg!!!
haaaaa
70kg tuuuu waktu tu size xl memang fav ku...size L,M,S jangan mimpi lahhh memang out of list....

umi ku akan melarangku untuk tidur siang...
memang dulu aku seorang yang sangat pemalas...
suka tidur siang
lepas makan tidur
lepas makan tidur
bak kata umi dan adik2x ku
'ayam karan yang disuntik' lah katakan
(apa punya anak dara waktu itu..padanlah dipanggil shrek)

start dari programku itu...
aku sentiada dijauhkan dengan nasi..yup nasi
masa mula2x tu..memang rasa sedih sangat nak tinggal kan nasi...
huhuhu
memang sedih
nasi itu digantikan dengan sup2x yang berasaskan air..
sampai pernah satu ketika meja makan di rumah ada cermin bulat yang boleh dipusing2x senang untuk mengambil lauk pauk yang terhidang..
asal ja aku nak ambik lauk umi ku automatik akan putarkan cermin bulat itu...
sambil memandangku dengan renungan mata 'warningnya JANGAN AMBIK!' 
takut aku terus hehehe
sepanjang program itu..semua makanan..umi yang kautkan untukku..aku jadi permaisuri lah hehehe ..tapi kuantitinya memangggggggggggggggggggggg ciputttt
sampai pernah aku curi2x masuk dapur ambil makanan sikit sebab lapar sangat..
hehehehe
dan pernah juga aku curi2x makan kfc kat luar sonyap2x sebab tak tahan hehehe
tapi kalau aku lapar sangat
umi pasti akan potongkan buah untukku 
buah jambu batu..epal hijau memang lazat..
fruit juicer tu sentiasa berfungsi untukku
rajin lah aku minum hehehe
umi ku punya strategy lah tu...
malam no no no 
cannot eat bak kata orang puteh...
rajin puasa ...
memang habis lah puasa2x ganti dan sunat aku kerjakan...
pegi aerobik ikut kelas ngan aunty2x cina..
sampai ada satu waktu..aku hampir pengsan 
sebab tak larat....
nasib baiklah umi ku sentiasa setia menemaniku di kelas itu...
haaa itulah motivator yang terbaik!!!

azam untuk buang gelaran shrek itu semakin kuat..
bila sem baru buka
ramai kawan2x ku menegurku
aku nampak kecik skit
skit jeee
jangan alpa dibuai mimpi itu ain ....( ha tu lah dalam hatiku waktu itu)
aku semakin bersemangat untuk jogging di tasik..
memang tasik UM tu jadi tempat aku untuk jogging...
pada waktu tu..7 pusingan pun aku dah tak semput lagi..
mungkin lemak2x shrek ku yang mahal2x itu sudah ku jual ke dalam tempat pembuangan hehehe
pada waktu itu walaupun motivatorku tiada depan mata..
tapi jangan ingat kau boleh lari kemana saja hik2x
hp ku sentiasa dimasuki sms yang berbentuk motivasi...
'AIN jangan TIDUR SIANG!!'
'AIN jangan makan nasi!!
AIN jogging jangan jadi ayam karan!!!
dan alhamdulillah aku punya co- motivator di hostel
nak tahu siapa??
wahhh rumet ku lah..
dia lah yang sentiasa menemaniku...
memang faktor persekitaran jugak sangat penting...
dia lah selalu menemankanku untuk jogging...
(jadi ajak lah sahabat anda untuk menemani anda berjogging)
best..boleh sembang2x boleh mengeratkan ukhwah persahabatan..
tak perlu untuk lari..
tapi jalan2x 7 pusingan pun dah cukup untuk bakar kalori yang banyak...

hari demi hari berlalu...
biar lambat asalkan selamat....
hari demi hari jugaklah beratku semakin berkurang...dari 70kg ke 65kg dari 65 kg ke 60kg
tapi itu perlukan daya usaha yang kuat untuk mencapai arah itu..
dan yang penting pastikan persaingan ada...
aku dan seorang sahabatku...sentiasa bersaing untuk kurangkan berat..hehehe
lucu2x..miss tyra bank miss u for that moment,,,
dan satu lagi jangan mengharapkan hasil yang cepat..dan perlu sabar untuk mencapai target yang kita perlukan..
nak tahu berapa lama aku membuang gelaran shrek ini??
3 tahun !!!
ya 3 tahun!!!
3 tahun baru aku mendapat berat yang ideal..
dan hari ini beratku 53kg...
dan harus dikekalkan ...insyaALLAH

nak tahu apa kebaikan disebalik perubahan ini...

1) ada yang sampai tak kenal aku ...lucu3x sebab dah lama tak jumpa kan
2) dah tak jadi pemalas dah..bukan seorang penidur yang setia dah bukan tukang buat peta dah..sebab automatik mata tak leh nak tidur kalau tak letih sangat..
3) kita active untuk bekerja..dah tak cepat letih dah
4) jerawat2x yang timbul di muka dulu pun dah kurang..mungkin sebab banyak toksin dah terbuang hehehe yelah tu
5) paling best kita tak susah2x nak cari size dah....dulu sampai XXL sekarang M@S dah..dah muat dah nak recycle baju adik dah..hehehe
6) bernafas pun senang dah tak semput2x dah...kita berjalan lama pun tak penat sangat dah..
7) dan lagi satu aku dapat membuatkan hati umi ku gembira kerana anak nya dah tak shrek dah hehehe...dia dah tak segan nak bawak aku g mana2x jumpa kawan2x dia dah...dulu nampak aku mak umi aku anak..sekarang...macam adik bradik dah hehehe
9) lastly jangan lah pasang niat nak mencantikkan diri untuk seseorang yang bukan menjadi mahram kita lagi...salah dah aku dulu...
sekarang ni bila aku fikir2x semula...sepatutnya aku pasang niat itu untuk kesihatan diriku...
hadiah untuk ku dan umi ku...dan insyaALLAH selepas ini aku akan menjadikan diriku yang ter 'special' untuk diriku sendiri....insyaALLAH

dan sekarang aku selalu digelar 'snow white' wahhhhhhhhhhhhhhh
alhamdulillah 
shrek oh tidak lagi....snow white? oh alhamdulillahhhh satu gelaran yang cukup baik untukku



so to all viewers out there...
jangan takut untuk mulakan hari baru anda...
ingat setiap ciptaan yang diciptakanNYA semua nya cantik2x belaka
kita yang diciptakannya ini harus menjaga nya dengan cukup sempurna dan sebaiknya...
biarlah apa orang nak kata..
yang penting nawaitu kita hanya DIA yang tahu....

selamat ber purple...:-)

0 comments: